sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Showing posts with label KES LIWAT ANWAR II. Show all posts
Showing posts with label KES LIWAT ANWAR II. Show all posts

Tuesday, 4 November 2014

PANAS : DR MAZA SURUH ANWAR TINGGALKAN MALAYSIA (VIDEO)



Aku hanya boleh tersenyum bila Dr Maza kata di 'harapkan' Anwar Ibrahim lari tinggalkan Malaysia dan tak campur tangan lagi dalam urusan politik negara supaya beliau terselamat dari di penjara lagi. Nampak betapa sayangnya Dr Maza kat Anwarkan.

Kes liwat ii Anwar ni berada di kemuncak apabila hampir 70 % hujah dari pihak pendakwaan terhadap Anwar selesai, kini detik penamatnya kes ini akan selesai dalam waktu terdekat.

Kata Dr Maza lagi “Saya simpati dengan Anwar dari sudut usianya kalau benar dia akan masuk dalam semula sebagai orang yang pernah menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Ketua Pembangkang beliau juga menyumbang.




Bagi aku mungkin Dr Maza berasa Anwar di zalimi kerajaan BN. Biasalah orang seperti Dr Maza sama ja macam Anwar ( bukan seperti kes liwat ) kejap betul kejab salah !! Tak caya korang tengok video ni

Tuesday, 28 October 2014

LIVE : PENYOKONG ANWAR CUBA REMPUH PENGHADANG MAHKAMAH !! BIADAP



Lebih 200 penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berkumpul di depan Istana Kehakiman cuba merempuh pagar penghadang ketika Ketua Pembangkang berkenaan tiba di Istana Kehakiman bagi mengikuti rayuan kes liwat terhadapnya, kira-kira jam 8.50 pagi tadi.

Penyokong cuba merempuh pagar penghadang yang dibuat oleh pasukan keselamatan dan Perbadanan Putrajaya dengan menolak petugas media kerana menghalang pandangan mereka ketika Anwar turun berjumpa kumpulan berkenaan kira-kira lima minit sebelum memasuki Kompleks Istana Kehakiman.

Bagaimanapun, situasi berkenaan berjaya dihalang dan dileraikan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang mengawal pekarangan Istana Kehakiman.

Anwar yang hadir lengkap berpakaian sut hitam ditemani isterinya, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali.

RAKYAT NEWS 

7 PANDANGAN @AhmadMaslan MENGENAI KES LIWAT @AnwarIbrahim



7 pandangan Datuk Ahmad Maslan dalam kes Anwar Ibrahim.

1. Rakyat hakim negara hanya ketika pilihanraya bukan utk adili kes jenayah peribadi. Rakyat telah menghakimi BN & kami telah menang PRU13 yg lalu 133/222 kerusi. Anda telah kalah dengan 89/222 kerusi. Anak2 tadika pun faham 133 lebih banyak daripada 89.

2. Sebelas hakim, 11 orang telah yakin yg Anwar terlibat dgn liwat. 3 hakim Mahkamah Persekutuan kes pertama dgn Azizan nyatakan dlm 1 paragraf bahawa kejadian itu memang berlaku. 2 bebaskan Anwar hanya sbb teknikal kerana Azizan terlupa tarikh.

3. Kemudian Anwar minta supaya paragraf itu dibuang. Tahun ini 5 hakim secara 5-0 putuskan yg paragraf itu dikekalkan. Dgn kata lain, mereka bersetuju dgn fakta bahawa kejadian liwat memang berlaku. Siapa kita utk mempertikai kajian mereka yg pakar bab perundangan.

4. Dan bulan April thn ini 3 hakim mahkamah rayuan secara 3-0 setuju dengan tanpa syak lagi yg Anwar memang meliwat Saiful. Boleh baca keputusan ini dalam anwaraidc.com . Jadi 3+5+3=11 hakim telah buat keputusan ttg Anwar.

Friday, 18 April 2014

HOT NEWS : KEMATIAN KARPAL BUAT ANWAR PENING , RAYUAN KES LIWAT TINGGAL 10 HARI LAGI !! DI MANA MAHU CARI GANTI #LIWAT


Anwar tentunya pening memikirkan rayuan kes liwatnya hanya tinggal 10 hari sahaja lagi , jika tidak Anwar akan terus ke penjara selama 5 tahun selepas dijatuhkan hukuman bersalah oleh mahkamah kerana meliwat Saiful Bukhari Azlan. 

Peguam Anwar untuk kes ini Karpal Singh menemui ajal awal pagi semalam selepas terlibat dalam kemalangan di Ipoh. Dalam masa 10 hari ini Anwar perlu mencari peguam baru untuk membantunya membuat rayuan. Anwar tahu Karpal banyak menyimpan rahsianya dan adakah rahsia ini harus diceritakan kepada peguam lain ??

Malam tadi Anwar sudah membayangkan yang beliau akan ke penjara juga dan seperti beliau sudah bersedia untuk sebarang kemungkinan berhubung rayuan terhadap hukuman lima tahun kes penjara dalam kes liwat terhadapnya.

Berucap dalam ceramah Reformasi 2.0 di Seberang Jaya malam tadi, anggota Parlimen Permatang Pauh itu berkata:

“Ini mungkin pidato terakhir saya di sini.”

Friday, 7 March 2014

TUDAAA !!! LAPORAN PENUH TRANSKRIP KES LIWAT ANWAR II !!! @anwaribrahim #Liwat



Rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan kes Liwat II yang bermula semalam diteruskan hari ini di di Mahkamah Rayuan.

Keputusan rayuan kes dijangka bakal dikeluarkan panel tiga hakim Mahkamah Rayuan selewat-lewatnya petang ini.

Panel tiga hakim itu ialah Datuk Balliah Yusof Wahi, Datuk Aziah Ali dan Datuk Mohd Zawawi Salleh.

Perbicaraan ini diteruskan ekoran keputusan Mahkamah Persekutuan mengetepikan usaha kali terakhir Anwar untuk mengetepikan peguam kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah daripada mewakili pasukan pendakwaan baru-baru ini.

Berikut merupakan laporan penuh prosiding perbicaraan rayuan kes liwat II Anwar yang berlangsung semalam :-

SESI PAGI

9.00 pagi - Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Istana Kehakiman Putrajaya bersama isterinya, Datuk Wan Azizah bersama anak perempuan bongsunya dan menuju ke Bilik Bicara 2, Mahkamah Rayuan, Putrajaya.

Di luar Bilik Bicara 2 mahkamah dipenuhi dengan kehadiran media tempatan, dan juga pemerhati antarabangsa termasuk wakil Suruhanjaya Antarabangsa Kehakiman dan Kesatuan Antara Parlimen Mark Trowell.

9.15 pagi - Di perkarangan mahkamah, Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli dan beberapa penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim disekat dari memasuki Istana Kehakiman namun hanya Rafizi sahaja dibenarkan masuk.

Wakil rakyat yang kelihatan dalam mahkamah, Wong Chen (Parlimen Kelana Jaya), Dr Tan Kee Kwong (Parlimen Wangsa Maju) dan Nik Nazmi Nik Ahmad (DUN Seri Setia).

9.20 pagi - Ketibaan Ketua Pasukan Pendakwaraya, Tan Sri Dr. Shafee Abdullah di Bilik Bicara 2, Mahkamah Rayuan.

9.30 pagi - Mahkamah Rayuan mula bersidang dan diketuai oleh hakim Balia Yusof Haji Wahi, Aziah Ali dan Mohd Zawawi Salleh.

Ketua Pasukan Pendakwaraya, Tan Sri Dr. Shafee Abdullah memperkenalkan semua pihak terlibat dalam kes itu, termasuk Zamri Idrus, peguam pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan dan berkata penghujahan pendakwaan sudah dikemukakan pada 19 Julai.

Tempat duduk di dalam mahkamah dipenuhi dengan para penyokong dan media yang hadir, sementara di luar masih lagi ada media yang menunggu kerana kekurangan tempat duduk.



9.45 pagi - Shafee memulakan hujah dan berkata, satu-satunya isu yang menyebabkan pembebasan Anwar ialah eksibit DNA daripada rektum saiful telah dikompromi dan petisyen rayuan pada hari itu akan menumpukan kepada isu tersebut.

Menurutnya, persoalan yang dibangkitkan oleh pihak defendan ialah sama ada ia diusik oleh pegawai penyiasat Jude Pereira, integriti sampel yang dijaga oleh dua ahli kimia dan sama ada keterangan mereka boleh digunakan.

Shafee berkata, berlaku kekhilafan apabila hakim perbicaraan mempersoalkan sampel daripada rektum Saiful itu.

Katanya lagi, hakim juga salah apabila mempersoalkan laporan ahli kimia yang mengambil kira pelbagai faktor serta penemuan DNA.

“Hakim juga gagal mengambil kira keterangan sokongan.”

9.55 pagi - Katanya, ahli kimia asing yang diupah oleh Anwar mencipta keraguan terhadap kualiti sampel yang telah disahkan mengalami proses pereputan.

“Bagaimanapun, tiada penghakiman bertulis yang mengatakan mahkamah yakin dengan pakar asing itu,

“Hakim hanya berkata tiada kepastian 100 peratus bahawa sampel itu tidak terjejas,” kata Shafee dan oleh sebab itu, tiada sebab untuk menimbulkan 100 peratus keraguan munasabah terhadap sampel tersebut.

Beliau merujuk Seksyen 3 Akta Keterangan yang menurutnya untuk membuktikan fakta seimbang dan kemungkinan-kemungkinan dan bukannya 100 peratus.




10.00 pagi - Sementara itu, di luar perkarangan mahkamah terdapat kira-kira 40 orang penyokong Anwar kelihatan cuba menimbulkan kekecohan apabila dihalang memasuki bangunan mahkamah bagi mengikuti perbicaraan oleh pihak polis.

10.05 pagi - Menurut Shafee, sampel yang diperoleh daripada tiga doktor Hospital Kuala Lumpur terdapat tembusan di rektum tinggi dan rendah Saiful Bukhari.

Sementara itu, anak sulung Anwar, Nurul Izzah dan suaminya menimbulkan suasana gamat di luar mahkamah apabila hadir bersama menghadiri perbicaraan.

10.10 pagi - Shafee berkata, tiada penjelasan yang boleh dibuat apabila disoal bagaimana sperma Anwar berada dalam dubur Saiful.

“Dengan penemuan kukuh sperma itu, para doktor menyimpulkan terdapat tembusan zakar," kata Shafee.

10.12 pagi - Menurut Shafee, kadang - kadang kecederaan tidak berlaku pada dubur apabila pelincir digunakan (jel KY) dan menurutnya terdapat kesan kulit tertuduh (Anwar) pada juju Saiful.

10.15 pagi - Shafee berkata, sampel dari rektum Saiful dalam keadaan "original” walaupun diambil 56 jam selepas insiden yang didakwa itu.

Dia menambah, hakim perbicaraan telah tersalah anggap terhadap fakta dan mengambil jalan keluar mudah apabila menerima pengakuan pakar asing.

Menurutnya, pakar itu bergantung kepada buku teks berbanding ahli kimia tempatan Dr Seah Lay Hong, yang pakar dalam bidangnya dan melakukan banyak kerja lapangan dengan meluas.

“Terdapat beberapa botol ditutup dan dimasukkan dalam botol plastik. Doktor tidak menanda sebarang nombor, mereka tulis rektum atas, rektum bawah dan peri annal.”

Botol itu ditutup dan ditandatangani oleh doktor dan kemudian oleh Saiful sendiri.


10.27 pagi - Shafee berkata, pegawai penyiasat yang ditugaskan telah meletakkan botol itu dalam sampul berasingan dan ia kekal dalam keadaan baik.

Tambahnya, hakim tersilap menilai dan memutuskan bahwa beg plastik yang terkoyak menunjukkan sampel tersebut telah diusik.

“Saya syak (hakim perbicaraan) keliru perkara itu dengan botol yang sudah ditutup.”

10.42 pagi - Ahli kimia Dr Seah Lay Hong memberi keterangan bahawa sampel yang diambil Hospital Kuala Lumpur kekal dalam keadaan baik.

10.46 pagi - Shafee tunjukkan beg plastik HKL yang digunakan bagi menyimpan sampel, yang dibuka oleh Jude Pereira.

Bagaimanapun semua sampel disimpan dalam sampul berasingan menurut Perintah Tetap Ketua Polis Negara (IGSO).

Ahli kimia tidak menolak sebarang sampel yang diberikan Jude walaupun dalam keadaan itu.

10.52 pagi - Shafee berkata ahli kimia telah mengambil semua langkah berjaga-jaga daripada hospital dan pegawai penyiasat (IO) dan bagaimana hakim boleh tidak mengendahkannya.

Tinbalan Pendakwa Raya yang dilantik itu berkata Borang Pengendalian yang didedahkan juga menunjukkan sampel itu disimpan dengan baik oleh Dr Siew.

“Sukar untuk katakan doktor-doktor dan IO berkomplot.” katanya.



11.00 pagi - Shafee berkata, ia mempunyai tandatangan doktor dan Saiful.

“Ini langkah pencegahan... Biasanya tandatangan doktor sahaja sudah cukup,” katanya.

Mahkamah kemudiannya berhenti rehat selama 15 minit.

11.30 pagi - Perbicaraan bersambung semula.

Shafee berkata pakar luar kepada Anwar, Dr David Wells berkata bahawa beg plastik yang mengandungi sampel, tidak mengganggu bukti.

Peguam yang dilantik berhujah bahawa di Australia, mereka tidak boleh mendapatkan sampel selepas 36 jam dan mendakwa ianya bukanlah suatu keadaan yang standard.

11.47 pagi - Shafee berkata hakim perbicaraan membuat kesilapan apabila membuat tafsiran bahawa botol mengandungi sampel itu telah diusik.

Sedangkan, saksi pembelaan David Wells hanya bersetuju bahawa beg plastik itu sahaja yang diusik.

"Bagaimanapun, apabila ditanya oleh (bekas ketua peguamcara negara II Mohd) Yusof (Zainal Abiden), saksi itu berkata beliau tetap tidak pasti sekiranya integriti sampel itu terjejas.”

Shafee juga membangkitkan bahawa dalam kes jenayah, hujah perlu diberikan ke atas keseimbangan kemungkinan.

Tambahnya, pegawai penyiasat mematuhi IGSO mengikut bantuan saintifik, di mana kesemua bahan perlu dibungkis berasingan dan tidak boleh dicampur bersama, dan dilabel dengan jelas.

Menurutnya, dalam kes ini, doktor di HKL telah meletakkan kesemua sampel dalam satu beg plastik.

11.57 pagi - Shafee kemudiannya membandingkan kes tersebut dengan satu lagi kes di mana mahkamah menerima tiga tabung uji yang tidak dimaterai, namun mahkamah menerimanya sebagai bahan bukti memandangan rantaian bukti itu tidak terjejas.

“Dalam kes (Anwar), ahli kimia menerima sampel yang dimaterai, namun ia menyebakan tertuduh dibebaskan.”




SESI TENGAHARI

12.07 tengah hari - Mahkamah kemudiannya meminta Shafee menjelaskan sekiranya hakim rayuan menerima kenyataan Anwar dari kandang tertuduh.

Shafee ketika menjelaskan penghakiman Mahkamah Tinggi berkata ia umpama membaca novel seram Agatha Christie.

Katanya, hakim hanya memutuskan untuk membebaskan Anwar berdasarkan dua hujah terakhir.

Shafee berkata hakim tidak mengambil kira kernyataan tertuduh dari kandang.

Katanya, kenyataan dari kandang tertuduh itu hanya penafian semata-mata, selepas memberi notis alibi.

12.17 tengah hari - Shafee berkata rakaman gambar dan video di kawasan kejadian menunjukkan Anwar berada di lokasi.

Beliau mendakwa pembelaan tidak jujur ketika diminta menjelaskan video tersebut.

12.27 tengah hari - Shafee menunjukkan notis alibi Anwar dan tempoh waktu ketika ketua pembangkang itu tidak berada di unit kondominium Desa Damansara ketika kejadian itu dikatakan berlaku.

Katanya, Anwar menyatakan dalam notis tersebut bahawa beliau berada di unit bersebelahan dan ianya adalah suatu tindakan yang licik.

Tambahnya, tiada seorangpun di antara 14 orang saksi dipanggil untuk menyokong notis alibi tersebut.




TERKINI !!! ANWAR KECUT PERUT PEGUAM KARPAL SINGH LAMBAT SAMPAI MAHKAMAH !!!! #LIWAT



Gelak besar aku dengan gelagat kem Anwar ni dalam perbicaraan kes liwat ii hari ni. Peguam Anwar , Karpal Singh telah lewat hadir ke Mahkamah hari ini sedangkan perbicaraan kes dah mula. 

Hari ini memasuki hari terakhir perbicaraan rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasan Anwar terhadap pertuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Keputusan rayuan kes dijangka bakal dikeluarkan panel tiga hakim Mahkamah Rayuan selewat-lewatnya petang ini.


Nampak gayanya Peguam Anwar ni macam dah tau saja nak kalah , hahaha ... Kompem Anwar gelabat bertambah buruk dalam tu !!!  Tentunya ayat dari Karpal dulu suruh Anwar bertaubat bakal jadi kenyataan !!! 

JOM NANTIKAN PETANG INI KEPUTUSAN KES INI !!!!

Thursday, 21 November 2013

TUDIAA !!! ANWAR KECUT TELOQ APABILA DATUK SFAFIE KEKAL SEBAGAI KETUA PEGUAM DALAM KES LIWAT II !!! @anwaribrahim


Mahkamah Persekutuan hari ini menolak permohonan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim melucutkan kelayakan peguam kanan, Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah mengetuai pasukan pendakwaan bagi rayuan kes dakwaan liwat.

Dalam Twitternya, Anwar berkata, “Mahkamah Persekutuan: Seperti dijangka mengekalkan perlantikn ShafieAbdullah (yang selama ini dikenali sebagai Peguam Umno) pendakwa (dalam rayuan terhadap saya).

Nampak sangat Anwar ni takut dengan bayang-bayang dia sendiri !! Nak takut apa bang Non oii , Shafie tu pun manusia !! Salah ka dia nak bela Saiful tu !! Hang ambik Karpal yang dah sah-sah bapak DAP tak apa pulak , ni Shafie tak nampakpun berjuang dalam Umno !! 




Monday, 22 July 2013

KES LIWAT II : ANWAR TAKUT PELANTIKKAN SHAFEE ? BARU KENA BUKU DAN RUAS !!


vs


Apj teruja untuk mengikuti perkembangan kes rayuan dakwaan liwat melibatkan Anwar Ibrahim yang sepatutnya bermula hari ini tetapi terpaksa di tangguhkan apabila ketua peguam bela Anwar iaitu Karpal Singh cuti sakit dan menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur. 

Macam-macam pulak si Karpal ni kan , kalau dah tak mampu baik berhenti saja dari jadi peguam , buang duit rakyat saja duk tangguh-tangguh ni , mereka jugak yang selalu kata kerajaan duk habis duit rakyat tapi depa yang selalu perabih duit rakyat !! huh 

Apj  tertarik dengan kenyataan Anwar dalam twitternya yang membantah pelantikkan peguam kanan , Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah yang mengetuai pasukan pendakwaan bagi rayuan kes dakwaan liwat itu. 

Barisan peguam Anwar juga membantah dengan pelantikkan Datuk Shafee , kita semua tahu bahawa Datuk Shafee adalah seorang peguam yang tegas dan memenanggi banyak kes panas di Malaysia ni , tentunya geng-geng Anwar ni kecut perut terutama Anwar sendiri yang takut dengan pelantikkan Datuk Shafee ni.

Kes ini terpaksa di tangguh ke 1 ogos depan , Apj harap tak ada pulak peguam-peguam Anwar yang sakit , nenek meninggal la , bini nak beranak la lepas ni. 

Allah tu Maha Kaya Anwar , satu hari pasti akan tiba . 

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...