sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Showing posts with label KETUA WANITA UMNO. Show all posts
Showing posts with label KETUA WANITA UMNO. Show all posts

Wednesday, 11 September 2013

PANAS!!! AZALINA JANGAN BUNYI SAJA LEBIH !!! WANITA UMNO MENDISKRIMINASI WANITA YANG BELUM KAHWIN??



Mula-mula Ratu Pengasas Puteri ni bunyi, sudah goyang satu Malaya mengenai hasratnya bertanding Calon Ketua Wanita Umno dalam pemilihan Umno oktober nanti , ramai akar umbi yang menyokong dan berharap agar wanita Umno lebih kuat dan mampu bersuara dalam perjuangannya sebagai sayap Umno.

Apj turut teruja dan menyokong penuh hasrat Datuk Azalina ni bertanding menentang Datuk Shahrizat yang dilihat kurang menyengat selepas kontroversi melibatkan suaminya dalam NFC. Selepas kontroversi itu , Wanita Umno dilihat layu seperti bunga yang tidak disiram air. huh !! Maaf cakap bukan menidakkan pengorbanan Datuk Shahrizat tapi apa yang berlaku kesannya amat dalam pada Umno walaupun Umno menambah kerusi dalam PRU13, itupun kerana isu lain yang banyak membantu Umno.

Tuesday, 2 July 2013

GEMPAR !!! AZALINA TAWAR RAFIZI JADI PENGURUS DALAM KEMPEN PEMILIHAN UMNO ?? PEHHH !!!


Dewan Rakyat semalam gamat dengan gurauan Datuk Seri Azalina Othman Said menawarkan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli jawatan pengurus kempennya bagi bertanding jawatan Ketua Wanita Umno .

Azalina secara berseloroh dan bersahaja  ketika Rafizi bangun untuk meminta laluan bagi mencelah perbahasan bekas Ketua Puteri Umno itu atas titah menjunjung kasih Yang di-Pertuan Agong.

"Oh, Rafizi. Saya beri peluang sebab saya nak dia jadi 'campaign manager' saya nanti semasa bertanding Ketua Wanita Umno," katanya sebelum memberikan laluan kepada Rafizi.

Tawaran Azalina itu mengundang tawa anggota Parlimen yang hadir sebelum disambut Rafizi yang menyatakan persetujuan beliau untuk menjadi pengurus kempen Azalina bagi menentang Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Mengalu-alukan persetujuan Rafizi, Azalina seterusnya memberi syarat kepada Anggota Parlimen baharu itu untuk menyertai Umno terlebih dahulu dan beliau sebagai Ketua Umno Bahagian Pengerang boleh membantunya.

Azalina pada Jumaat lepas dilaporkan mengakui kesediaannya untuk bertanding jawatan Ketua Wanita Umno itu pada Pemilihan Agung Umno hujung tahun ini, membayangkan pertembungan sengit bagi merebut jawatan tertinggi sayap parti itu.

Ini memandangkan Shahrizat turut mengesahkan hasrat untuk mempertahankan jawatan itu yang dimenanginya pada 2009, selepas berdepan pertandingan hebat ketika menentang Tan Sri Rafidah Aziz. 

Bagi Apj , sememangnya mengalukan dan memberi sokongan penuh kepada Azalina atas pengalaman beliau membimbing dan menubuhkan Puteri Umno dahulu . Semoga Azalina mendapat sokongan dalam pertandingan Ketua Wanita Umno Malaysia nanti dan jika menang dapat menjadikan Wanita Umno digeruni kembali seperti dahulu. 

Teruskan perjuangan wahai Azalina. 

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...