sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Wednesday 11 September 2013

PANAS!!! AZALINA JANGAN BUNYI SAJA LEBIH !!! WANITA UMNO MENDISKRIMINASI WANITA YANG BELUM KAHWIN??



Mula-mula Ratu Pengasas Puteri ni bunyi, sudah goyang satu Malaya mengenai hasratnya bertanding Calon Ketua Wanita Umno dalam pemilihan Umno oktober nanti , ramai akar umbi yang menyokong dan berharap agar wanita Umno lebih kuat dan mampu bersuara dalam perjuangannya sebagai sayap Umno.

Apj turut teruja dan menyokong penuh hasrat Datuk Azalina ni bertanding menentang Datuk Shahrizat yang dilihat kurang menyengat selepas kontroversi melibatkan suaminya dalam NFC. Selepas kontroversi itu , Wanita Umno dilihat layu seperti bunga yang tidak disiram air. huh !! Maaf cakap bukan menidakkan pengorbanan Datuk Shahrizat tapi apa yang berlaku kesannya amat dalam pada Umno walaupun Umno menambah kerusi dalam PRU13, itupun kerana isu lain yang banyak membantu Umno.

Selepas bersemangat untuk melihat Wanita Umno kembali segar dengan hasrat Datuk Azalina bertanding Ketua Wanita Umno , tiba-tiba semangat direntap bukan sahaja dalam diri Apj tetapi diri akar umbi yang lain seperti yang Apj lihat dalam media maya dan sembang orang kampung, mereka juga kecewa teramat apabila mendengar cerita yang Datuk Azalina menarik diri dari bertanding Ketua Wanita Umno.

Apj dengar cerita Azalina tarik diri sebab mendapat nasihat dari ahli pegerakkan wanita parti dan juga dari Datuk Seri Najib Razak sendiri , bagi Apj jika Azalina tarik diri nampak sangat Azalina tiada penderian tetap seperti cakapnya mula-mula berhasrat bertanding dulu yang mahu meremajakan Wanita Umno.

Apj juga melihat cakap-cakap seperti Ketua Wanita Umno Kedah yang berkata, wanita sentiasa boleh merujuk kepada Shahrizat jika mereka berhadapan dengan masalah keluarga kerana beliau sudah berumahtangga dan juga seorang ibu.

“Wanita itu adalah seorang ibu, isteri dan anak perempuan. Sesiapa sahaja yang hendak mengetuai pergerakan ini mestilah terlebih dahulu memiliki semua itu," itu kata Ketua Wanita Kedah !!

Tak semestinya jawatan Ketua Wanita Umno Malaysia tu dari golongan yang dah kawin dan jadi ibu sahaja kak oiii !! kalau Datuk Shahrizat tak jadi Ketua Wanitapun tak semestinya dia tak boleh jadi penasihat kepada wanita , apa salahnya Azalina jadi Ketua walaupun beliau tidak berkahwin lagi dan menjadi ibu ??? nampak sangat mendiskriminasi wanita yang belum kahwin !! Huh !!

Apj harap sangat ada yang berani menjadi atau mencalonkan diri untuk bertanding Ketua Wanita Umno agar terus gah mempertahankan nasib wanita Melayu dan Umno.


No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive