Showing posts with label LANGKAWI. Show all posts
Showing posts with label LANGKAWI. Show all posts
Tuesday, 19 July 2016
Monday, 9 February 2015
TUN M Rasmi Muzium 3D Langkawi

LANGKAWI - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini merasmikan Muzium 3D Art of Paradise Langkawi yang merupakan muzium seni tiga dimensi yang kedua terbesar di dunia.
Terletak di Oriental Village, muzium yang memiliki keluasan ruang pameran hampir 2,000 meter persegi dalam bangunan tiga tingkat, terbahagi kepada sembilan zon yang meliputi ilusi optik, akuarium, safari, interaktif 1 dan 2, fantasi, klasik, zon tema Mesir, istana lama dan pemandangan serta zon Malaysia.
Muzium yang mendapat pengikitirafan sebagai muzium terbesar seumpamanya itu oleh Malaysian Book of Records mempamerkan lebih 100 buah lukisan besar tiga dimensi yang dihasilkan 23 orang pelukis pakar dari Korea dengan kerjasama pelukis tempatan.
Bercakap kepada media selepas majlis itu, Dr Mahathir menyifatkan muzium itu sebagai satu kejayaan baharu untuk mempromosikan aktiviti pelancongan khususnya di Oriental Village, di mana terletaknya perkhidmatan kereta kabel yang begitu popular dalam kalangan pelancong.
Saturday, 17 May 2014
Thursday, 6 March 2014
HOT NEWS !!! NASIB MALANG ANUAR TERLIBAT NAHAS JALANRAYA #LTDL
NASIB tidak menyebelahi pelumba kelahiran Terengganu, Anuar Manan apabila gagal menamatkan perlumbaan di kedudukan terbaik pada perlumbaan jelajah Le Tour de Langkawi (LTdL) 2014 hari ini.
Lebih malang lagi, pelumba berusia 27 tahun itu terlibat dalam kemalangan bersama kelompok besar kira-kira dua kilometer terakhir sekali gus menidakkan kemenangan podium kepada pelumba Terengganu Cycling Team (TSG) itu.
"Saya tidak dapat mengelak sebab keadaan dari jalan besar tiba-tiba jadi kecil, semua pelumba cuba untuk masuk ke situ.
"Saya kecewa sikit sebab tamat di tempat saya dan garisan penamat itu memang dah biasa. Kita memang sasar, strategi untuk satu kilometer terakhir tapi 'crash' pula," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Perlumbaan peringkat kelapan adalah peringkat kedua terpanjang bermula dari Kuantan ke Marang sejauh 202.2km menyaksikan pelumba Belanda, Theo Bos dari Belkin-Pro cycling Team mengungguli peringkat itu selepas menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 5 jam, 01 minit dan 58 saat, diikuti rapat pelumba sensasi Itali Andrea Guardini yang mewakili Astana Pro Team dan Kenny Van Hummel dari Androni Giocattoli-Venezuela.
Mohd Harrif Salleh dari TSG adalah pelumba terbaik Malaysia selepas menamatkan perlumbaan di tempat ke-11.
"Hari ini perlumbaan betul-betul laju dan saya tidak pernah rasa kelajuan macam hari ini. Ada kemalangan dan saya tidak perasan Anuar (Manan) terjatuh.
"Bila ada kemalangan, ada kesan sikit sebab hendak kejar balik 400 meter terakhir, saya pun tidak larat hendak kejar. Lagipun, satu kilometer terakhir pasukan Belkin memang henjut betul-betul hingga ramai yang tercicir," katanya.
Katanya dengan berbaki dua lagi peringkat di tanah kelahirannya, pasukan TSG tetap akan mencuba memberikan sesuatu kepada warga Terengganu pada perlumbaan peringkat kesembilan dari Bandar Permaisuri ke Kuala Terengganu (111.1km) esok dan peringkat ke-10 dari Tasik Kenyir ke Kuala Terengganu (103.1km) pada hari Sabtu.
Sehingga peringkat kelapan hari ini, pasukan TSG berada di tangga ke-18 keseluruhan dan kelima terbaik Asia dengan jumlah masa terkumpul 91 jam, 44 minit dan 41 saat.
Pasukan kebangsaan Malaysia pula berada di tangga ke-15 keseluruhan dan keempat terbaik Asia dengan jumlah masa terkumpul 91'35:12s. - Bernama

Saturday, 14 December 2013
INI PROJEK UNTUK ORANG LUAR SAJA !! ANAK KEDAH TENGOK SAJA !!! @NajibRazak

Hebat dan lagi mantap Event yang di katakan bertaraf antarabangsa ini bakal berlangsung di Langkawi !! wahhh satu dunia panggil tu !!!! Mesti ramai yang datang beb !!!

LABUR 18 JUTA , BUNGA API SAJA 5 JUTA !! KAYA KEDAH LA NI !!! TENAGA KERJA PANGGIL ORANG LUAQ !! IMPORT DARI KL !! ORANG KEDAH TAK RETI BUAT KERJA SEBAB TU TELAN AYAQ LIOQ SAJA !!! ANAK2 LANGKAWI HAMPA TENGOK SAJA OK , INI UNTUK KRONI DAN PENYAMUN PUNYA PROJEK SAJA !!!
APA NAK KISAH BAZIR DUIT RAKYAT BUKAN POKET DEPA PUNYA !!!

HARGA UNTUK BUNGA API BARU 5 JUTA BEB !!!
Aku dah usha penipuan yang di buat oleh Consultant media sosial yang diupah oleh penganjur untuk menipu kerajaan Kedah dan orang ramai !! Sehari lalu Page mereka baru LIKE berjumlah 29 orang , hari kedua naik 29 ribu orang dan sejam selepas itu naik kepada 30 ribu orang lebih like !! aku dah tanya kawan-kawan yang aku lihat ada like di page itu , mereka menafikan telah like page itu !!!
WAHHH BEB !! NAK MENIPU LIKE PUN AGAK-AGAK LA BEB !!!! AKU PUN BOLEH BELI LIKE TU KALAU NAK !!! NAMPAK BENAR MENIPU !!! YANG KERAJAAN PUN BODOH PERCAYA CONSULTANT MEDIA SOSIAL NI !!! HUH !!! DUIT RAKYAT KAN APA NAK KISAH !!! DUIT KEDAH NI UNTUK ORANG LUAR BUKAN UNTUK ANAK KEDAH MAHUPUN ANAK LANGKAWI !!!!
Friday, 29 March 2013
LIMA LANGKAWI : TUDIAAA KONTRAK PERTAHANAN RM 4 BILLION #TukarKedah
Ia merangkumi enam dokumen kontrak dan tiga surat setuju terima (LoA) bernilai RM548.63 juta yang dimeterai dengan lapan syarikat iaitu Joint Stock Company (JSC) Aviation Holding Company Sukhoi, Rosebank Engineering Pte Ltd, Hei Tech Padu Bhd, UniKL Resources Sdn Bhd, Telekom Malaysia (TM), Penerbangan Malaysia (MAS), BHIC Aeroservices Sdn Bhd dan BHIC Defence Techservices Sdn Bhd.
11 MoA, empat MoU
Manakala 11 Memorandum Persetujuan (MoA) dan empat Memorandum Persefahaman (MoU) bernilai RM3.72 bilion membabitkan kerajaan Pahang, Kementerian Sumber Manusia, Puncak Niaga Holdings Bhd, Taman Teknologi Pertahanan dan Keselamatan Malaysia (MDSTP), Persatuan Industri Marin Malaysia (AMIM) dan Aerotree Defence and Services Sdn Bhd.
Majlis pemeteraian dokumen disaksikan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, pada hari ketiga Pameran Antarabangsa Aeroangkasa dan Maritim Langkawi 2013 (LIMA ’13), semalam.
Hadir sama, Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin dan Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Sri Dr Ismail Ahmad.
Kontrak dengan Aviation Holding Company Sukhoi adalah bagi membekal komponen alat ganti, membaik pulih dan sokongan teknikal untuk jet pejuang Sukhoi SU-30MKM.
SU-30MKM juga mendapat sokongan Hei Tech Padu yang akan menyediakan sistem bantuan latihan dipertingkatkan untuk operasi Sekolah Sistem SU-30MKM di Pangkalan Udara Gong Kedak, Terengganu.
Rosebank Engineering pula bertanggungjawab bagi komponen alat ganti, penyelenggaraan dan baik pulih (MRO) dan sokongan teknikal untuk jet pejuang F/A-18 Hornet, S70 Blackhawk, Sk61 Nuri dan C130 Hercules.
Antara LoA yang dimeterai ialah dengan MAS bagi perkhidmatan penerbangan catar udara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dari Semenanjung ke Sabah, Sarawak dan Labuan, serta penerbangan antara negeri di Malaysia Timur.
Manakala BHIC Defence Techservices pula akan menyediakan perkhidmatan MRO dan pembekalan alat ganti bagi meriam Oerlikon 35mm dan radar Skyguard untuk Tentera Darat.
Antara MoA pula ialah pelantikan AMIM sebagai peneraju industri sektor pembinaan dan pembaikan kapal.
MoA dimeterai MDSTP pula membabitkan beberapa siri perjanjian berasingan merangkumi perkongsian kerjasama menerokai dan memasuki perjanjian sah bagi penubuhan dan sokongan aktiviti membabitkan pembangunan di MDSTP dengan antaranya Artimal De System Sdn Bhd, Duromac (M) Sdn Bhd, Gem Elettronica SRI, Khadra Ventures Sdn Bhd, Italian Aerospace Research Centre, IDS Ignegneria Dei Sistemi dan Vitrociset SpA.
Sementara itu, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyaksikan MoU ditandatangani antara PWN Excellence Sdn Bhd diwakili Pengarah Urusannya, Ahmad Khairul Hafiez dan Weststar Aviation Services Sdn Bhd diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya, Jen (B) Tan Sri Muhammad Ismail Jamaluddin.
Sumber-Bharian Online
Monday, 25 March 2013
TUDIAAA !!! APA DAH JADI DENGAN LIMA LANGKAWI NIH !! PANAS !!!
LANGKAWI: Sebanyak 226 syarikat tempatan mengesahkan penyertaan dalam Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi ke-13 (LIMA 13) kali ini, menjadikannya penyertaan terbesar di kalangan syarikat tempatan sejak acara dwitahunan itu mula diperkenal pada 1991.
Pengarah Urusan HW LIMA Sdn Bhd Ahmad Dzuhri A Wahab berkata peningkatan penyertaan syarikat tempatan merupakan satu perkembangan yang baik berbanding LIMA 11, iaitu sebanyak 178 syarikat, sekali gus membuktikan perkembangan positif industri maritim dan aeroangkasa negara.
“Penyertaan syarikat tempatan amat menggalakkan berbanding LIMA 11, ia merupakan salah satu sasaran kita yang mana ingin menarik seberapa banyak penyertaan syarikat tempatan, selain penyertaan syarikat antarabangsa pada kali ini sebanyak 207 syarikat,” katanya kepada pemberita di sini Ahad.
Ahmad Dzuhri berkata penyertaan lebih 400 syarikat dari dalam dan luar negara jelas membuktikan LIMA 13 bukan sahaja platform pameran inventori ketenteraan sebaliknya ia membuka peluang perniagaan antara syarikat tempatan dan antarabangsa.
Terdahulu, beliau mengiringi Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Datuk Seri Dr Ismail Ahmad meninjau persiapan gerai pameran LIMA 13 di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC).
Dalam pada itu, Ahmad Dzuhri berkata sebanyak 78 pesawat dan 63 kapal turut dipamer di MIEC dan di pangkalan jeti Porto Malai.
“Kita menjangkakan semua pesawat dan kapal ini akan dapat menarik pelancong dari dalam dan luar negara untuk datang ke Langkawi bagi memeriahkan pameran pada kali ini,” katanya.
Beliau berkata LIMA 13 turut menampilkan pasukan Aerobatik 1Malaysia Krisakti dan pertunjukan udara pasukan aerobatik ‘The Smokey Bandits’ dari Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang menggunakan pesawat tempur MIG29 serta The Russian Nights (Rusia) dan pasukan Jupiter (Indonesia).
LIMA 13 yang membuka tirai Selasa ini, dijangka melabuhkan tirai pada 30 Mac dan akan dibuka kepada orang awam pada 29 dan 30 Mac dengan bayaran tiket serendah RM10 seorang. - BERNAMA
Sunday, 6 January 2013
EKSKLUSIF NEWS : TUN MAHATHIR DISAYANGGI RAKYAT SELATAN THAILAND
Satun yang kebanyakkan rakyatnya beragama Islam dilihat ketinggalan dalam pelbagai sektor terutama pembangunan semamangnya mengharap bantuan dari Malaysia.
Tun Mahathir semasa berucap memberi pandangan bagi memajukan dan kerjasama sektor pelancong antara Satun - Langkawi Kedah dan Perlis dalam pelbagai sektor terutama sektor eksport barangan dan kerjasama pelancongan antara kedua-dua negara.
Menurut Tun Mahathir , Thailand terutama wilayah Satun di pelawa untuk mengeskport barangan ke Langkawi kerana Langkawi mempunyai pasaran yang besar.
Pertemuan dan perbincangan 2 hala ini di laksanakan di rumah Gabenor Satun dan dihadiri Gabenor Satun sendiri dan pemimpin Islam tempatan terutama imam masjid sekitar Satun. Bagi pihak Malaysia selain Tun Mahathir dan Isteri, ia turut disertai Dato Seri Shahidan Kassim dan pemimpin dari Perlis.
Selepas selesai mengadakan pertemuan , Tun mahathir dan rombongan menunaikan solat zuhur bersama pemimpin Islam tempatan dan memberi sedikit ucapan semangat kepada mereka.
Tun Mahathir dan Isteri berangkat pulang ke Langkawi jam 5 petang menaikki bot dari pengkalan Satun ke Langkawi.
APJ - Tersentuh dengan penghormatan rakyat Satun Thailand kepada Tun M dan Tun Siti Hasmah - Live Satun Thailand.
Subscribe to:
Posts (Atom)
POSTING PALING HOT
-
Buat artis-artis terutama artis perempuan hati-hatilah memilih pakaian semasa berlakon tu, kang dah jadi lagu ni.... hanya ingatan .....
-
'Bihun Istimewa' cap masjid keluaran sebuah kilang di sini tidak mempunyai sijil halal yang sah, demikian menurut Jabat...
-
J Sebuah page 'Jom Stream' telah membuat undian Online antara Perdana Menteri Dato Seri Najib Razak dan Mantan Perdana Men...
-
Junko Furota – Mangsa Seks yang Paling Malang Salam semua. Tadi saya terbaca tentang Junko Furota, seorang mangsa seks yang pal...
-
Hari pembukaan Sidang Parlimen tadi tercemar apabila pihak Ahli Parlimen Pakatan Rakyat bertindak biadap dengan tidak menghormati Yang ...