sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Showing posts with label PAKATAN HARAM. Show all posts
Showing posts with label PAKATAN HARAM. Show all posts

Sunday, 7 April 2013

GEMPAQ !!! EDAR RISALAH PALSU UNTUK MENANG PRU13 - BONGGOK PUNYA NUAR !!! CEHH !!!! #PRU13 #GE13


Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) hari ini mendedahkan percubaan terbaharu pakatan pembangkang untuk menipu dan mengelirukan rakyat negara ini menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Penipuan yang dimaksudkan ialah pakatan pembangkang dikatakan bakal menyebarkan kira-kira satu juta risalah kononnya ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat sokongan ulama tersohor, Dr. Yusuf al-Qardawi untuk menjadi Perdana Menteri.

Naib Presiden Perkasa, Datuk Zulkifli Nordin berkata, pihaknya telah mendapat salinan risalah tersebut yang antara lainnya mengandungi kononnya surat sokongan Dr. Yusuf bertarikh 2 Mac lalu, yang dipercayai surat palsu.

"Ini merupakan politik terdesak Anwar untuk penuhi nafsu ke Putrajaya.

"Rakyat Malaysia jangan tertipu dengan risalah palsu yang merupakan taktik kotor pembangkang," katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap dalam perhimpunan 'Selamatkan Selangor' anjuran Perkasa di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE




MENIPU RAKYAT TAKPA LA  TAPI MENIPU TUHAN TAHULAH AKIBATNYA



Friday, 5 April 2013

HOT : KAK CAH DAH TAK TAHAN DAH !!!! #TolakPAS #PRU13


PAS yang semakin jauh tersasar dalam perjuangan ASAL memperjuangkan ISLAM semakin angkuh dalam mengejar kuasa dan kedudukan.menggadai prinsip dan dasar perjuangan Islam termasuk kerap tunduk pada tekanan rakan cina DAP dari pembangkang turut menyumbang ke arah perubahan trend tersebut.

Sehinggakan pandangan alim ulama tidak diendahkan seperti mematahkan dan menolak Ustaz Taib Azamuudin sebagai Calon Parlimen di Baling.terbaru Penyanyi yang terkenal dengan lagu “Janji Manismu", Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin dilaporkan akan bertanding mewakili Pas di kerusi Parlimen Jempol, Negeri Sembilan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Menurut sumber, Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu dalam satu ceramah yang turut dihadiri penyanyi itu, di Markas Pas di Taman Melewar di sini malam tadi.

Sumber juga melaporkan, Aishah terkejut dengan pengumuman tersebut kerana beliau hanya bercadang menjadi calon pada pilihan raya umum akan datang.

"Berderau darah saya. Tetapi ini keputusan Pas Pusat. Walaupun ikut kata hati saya, tunggulah sepenggal dua lagi (untuk bertanding)," katanya yang dipetik daripada Antara Pos hari ini.

Dengan pengumuman itu, Aishah menjadi artis propembangkang pertama yang diumumkan sebagai calon bagi PRU-13.

Inilalah yang menjadi matlamat dan perjuangan PAS sekarang. Ulama dan tok guru pondok seakan sudah tiada nilai untuk dimanfaatkan sebaliknya kemunculan beberapa artis perempuan yang suatu ketika dulu meliuk-liuk tubuhnya bergaya seksi di depan kamera kini dilihat lebih berharga untuk memancing undi muda mudi.

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...