sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Showing posts with label PAPA GOMO. Show all posts
Showing posts with label PAPA GOMO. Show all posts

Tuesday, 18 November 2014

PANAS !!! BLOG PAPA GOMO MILIK ANWAR ??




Individu yang disaman Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung kesalahan memfitnah Ketua Pembangkang itu, Wan Muhammad Azri Wan Deris hari ini mengeluarkan kenyataan berbentuk 'Q and A' di laman Facebooknya berkaitan kes tersebut.

Menerusi Facebook Sir Azri, Wan Muhammad Azri dilihat memberi jawapan kepada beberapa soalan yang diajukan oleh kenalannya berhubung kes saman fitnah diantara dirinya dengan Anwar.

Antara soalan yang diberikan oleh kenalannnya ialah bagaimana dia ingin menjelaskan jumlah bayaran saman kepada Anwar yang berjumlah RM850,000 dan adakah dia memiliki wang yang mencukupi untuk menjelaskannya?

"Jika mahkamah sudah arahkan dan Datuk Seri Anwar Ibrahim tuntut RM850 ribu maka saya akan bayar kepada beliau dengan menjual apa yang saya ada. (Kecuali Punggung).

"Tidak cukup wang ataupun aset yang saya ada. Terpulang kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sama ada beliau mahu bangkrapkan saya atau pun tidak," katanya menerusi laman sosial itu.

Wan Muhammad Azri membuat keputusan untuk melawan Anwar tanpa diwakili seorang peguam kerana yakin mampu melakukannya (lawan) walaupun hanya mempunyai pendidikan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan tiada kepakaran dalam bidang guaman.

Menerusi kenyataannya, Wan Muhammad Azri mengakui tindakan dirinya untuk melawan secara bersendirian kerana tidak mampu membayar kos guaman diperingkat Mahkamah Rayuan kerana kos yang agak tinggi dan masih belum melangsaikan baki bayaran pihak peguam di Mahkamah Tinggi yang lalu.

"Saya nak tunjukkan kepada rakyat Malaysia bahawa jika kita benar tidak ada apa yang kita perlu takutkan walaupun seseorang itu besar pangkatnya dan mempunyai wang yang banyak. Apa yang saya tunjukkan adalah untuk memberikan kesedaran kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa kita hanya perlu takut kepada Allah SWT dan selain itu kita tidak perlu untuk takut," tambahnya.

Wan Muhammad Azri juga yakin pihaknya akan mendapat kemenangan diperingkat Mahkamah Rayuan.

Saturday, 5 April 2014

BERITA HANGAT !!!! ANWAR BERAHIM TERKELU LIDAH , WAN AZRI LAPOR POLIS , RAFIZI TERSENTOT !!!!



Berikut merupakan kenyataan Wan Muhammad Azri berhubung laporan polis terbaru terhadap Ketua Pembangkang, Dato Seri Anwar Ibrahim : -

Semalam 3 hb April 2014 YB Pandan Rafizi Ramli dalam kenyataan beliau di parlimen telah cuba untuk menggugut saya melalui laporan Polis yang akan beliau dan YB N.Surendran buat pada Selasa tanggal 8hb April ini.

Menurut Rafizi Ramli laporan Polis akan dibuat ke atas saya kerana didakwa telah memberi keterangan palsu di Mahkamah sewaktu kes saman Dato Sri Anwar Ibrahim bulan Febuari yang lalu.

Saya tidak salah dan tidak ada apa yang perlu untuk ditakutkan dengan ugutan dari YB Rafizi Ramli dan YB N.Surendran dalam perkara ini. Saya menunggu laporan polis yang akan dibuat oleh mereka berdua ini pada 8hb April untuk saya menjalankan tindakan selanjutnya pada 9hb April yang mana turut akan membuat laporan Polis.

Beberapa penipuan sewaktu memberikan keterangan telah dilakukan oleh Dato Sri Anwar Ibrahim di mahkamah dan ianya merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 193 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan memberi keterangan palsu kepada mahkamah.

Kesalahan ini boleh dijatuhkan hukuman penjara 7 tahun dan merupakan satu kesalahan yang boleh ditahan(arrestable offence).

Thursday, 3 April 2014

RAHSIA HAMPIR BOCOR , RAFIZI TERSENTOT KECUT TELUR !!! 1 LAWAN 1 KALAU ANAK JANTAN !!!!!



Aku geli ketiak hari ni tengok twitter budak suruhan Rahum Ghouse si Rafizi Ramli yang telah menyerang Sir Azri dan cuba menakut-nakutkan beliau dengan hukuman penjara 7 tahun kerana dkatakan Sir Azri telah memberi keterangan palsu di Mahkamah. 

Bukan takat Rafizi saja yang serang Sir Azri tapi N.Surendran ahli parlimen Padang Serai dan Lathefa Koya ahli majlis tertinggi PKR yang juga bekas ahli majlis perbandaran Petaling Jaya. Lathefa Koya dan N.Surendran ini juga merupakan peguam kepada Anwar Ibrahim sewaktu kes saman Anwar ke atas Sir Azri. 

Wah dasyatnya puak-puak ni kan !!! Rafizi selaku Ahli Parlimen telah membuat kenyataan berbaur ugutan untuk membuat laporan Polis ketas Sir Azri yang dikatakan oleh puak ni sebagai menipu Mahkamah masa pembicaraan kes saman Anwar terhadap Sir Azri RM100 juta 

Rafizi Ramli juga kata nak saman Sir Azri kerana fitnah beliau telah dipecat dari Petronas. Akupun terkejut juga , setahu aku yang buat artikel tu adalah 'PAPA GOMO' bukannya Sir Azri. Aku perati juga Sir Azri langsung tidak gentar dengan ugutan dari Rafizi tu malah terus mencabar Rafizi untuk saman beliau.



Friday, 28 February 2014

VIDEO PANAS !!! ITU BUKAN SAYA DAN SAYA BUKAN ANWAR !! ANWAR ADALAH PAPA GOMO !!!




alt

Wan Azri : Keputusan Sudah Dijangka, Mahkamah Berat Sebelah

KUALA LUMPUR 28 Feb - Ketua Pegawai Eksekutif KLPOS Media Production Sdn Bhd Wan Muhammad Azri Wan Deris menyatakan tidak terkejut dan sudah menjangka dengan keputusan mahkamah mengarahkan beliau membayar RM800,000 kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Wan Azri berkata, sejak dari mula perbicaraan lagi hakim yang mengadili kes tersebut sudah dilihat berat sebelah dan sering tidak mengendahkan tuntutan pihak defendan.

"Sebenarnya memang dan dijangka saya akan kalah, kerana sejak mula lagi pihak mahkamah dilihat berat sebelah dengan tidak membenarkan pihak defendan mempertikaikan kenyataan saksi pertama, Mohamad Fauzi di mana kenyataan saksi tersebut di empat mahkamah sebelum ini bercanggah," katanya kepada pemberita di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan Duta di sini hari ini.

Sementara itu, Azri terus menafikan bahawa beliau merupkan pengendali blog kontroversi PapaGomo.com kerana baginya pihak defendan masih tidak mampu membuktikan dengan jelas bahawa beliau penulis blog kontroversi itu.

Wednesday, 22 May 2013

ARGGGHHH !!!! SAYA BUKAN PAPA GOMOLAH !!!! ANWARLAH PAPA GOMO SEBENARNYA !!!!

Papa Gomo


KUALA LUMPUR - Wan Muhammad Azri Wan Deris yang disaman Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung paparan video seks dengan seorang lelaki, menafikan beliau pemilik blog 'Papa Gomo'.

Wan Muhammad Azri, 30, menerusi pernyataan pembelaan yang difailkan semalam di Mahkamah Tinggi di sini berkata alamat kediaman yang dinyatakan menerusi saman itu juga bukan miliknya dan beliau tidak pernah mengenali Anwar secara peribadi.

Beliau turut menafikan pernah menyiarkan sebarang perkataan atau imej berunsur fitnah terhadap Anwar serta tiada sebarang niat jahat untuk merosakkan reputasi Anwar sepertimana didakwanya.

Peguam Mohd Afiq Mohd Noor yang mewakili Anwar memberitahu pemberita bahawa dalam prosiding hari ini, Pesuruhjaya Kehakiman Lee Heng Cheong telah menetapkan 5 Jun untuk pengurusan kes.

Pada 21 Mac lepas, Anwar memfailkan saman menuntut ganti rugi berjumlah RM100 juta kerana mendakwa Wan Muhammad Azri menyiarkan empat siri perkataan fitnah di laman blog www.papagomo.com pada 16, 17, 19 dan 20 Mac lepas.

Selain ganti rugi am, teruk, teladan, faedah, kos dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah, beliau memohon satu perintah injunksi bagi menghalang defendan terus menerbitkan perkataan fitnah dan imej berkenaan. - Bernama

Monday, 25 March 2013

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...