sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Showing posts with label SIAM DOLL. Show all posts
Showing posts with label SIAM DOLL. Show all posts

Friday, 3 May 2013

TUDIAA !!! TERBAKAR MUKA ANWAR KERANA SUMPAH !!! #PilihBN #TolakPR #NajibMyPM #GE13 #PRU13 #BetterNation


 

Setelah bersumpah laknat buat kali pertama di Masjid Wilayah KL, Saiful Bukhari Azlan telah membuat sumpah laknat kedua di hadapan Kaabah, Mekah.

Bapa beliau juga telah menarik balik permohonan maaf kepada Anwar Ibrahim dan keluar dari PKR.

Pendedahan bapa Saiful bahawa beliau dibayar RM3 juta menunjukkan Anwar Ibrahim memang seorang peliwat dan penipu.

Malang sekali masih ada yang lebih mempercayai seorang yang enggan bersumpah daripada seorang yang telah bersumpah dua kali termasuk di hadapan Rumah Allah.



YA ALLAH , KAU TUNJUKKANLAH SEGALANYA TENTANG INSAN BERNAMA ANWAR IBRAHIM 

Wednesday, 1 May 2013

PANAS !!! DAH RUPA ANAK SULTAN ARAB SAUDI ANWAR NI !!! PEHHH !!! #PRU13 #GE13 #TolakPR #BNBagus




Kekayaan Luar Biasa Anwar Sepanjang PRU-13

Satu perkara menarik sepanjang kempen PRU-13 yang sudah seminggu berlangsung ini ialah kemampuan kewangan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim untuk ke hulu dan ke hilir menjelajah seluruh negara dengan menaiki jet eksekutif dan helikopter.

Sedangkan di masa yang sama para pemimpin PR yang lain dari DAP dan PAS, kebanyakannya hanya mampu menaiki penerbangan biasa sahaja, sama ada menggunakan perkhidmatan Air Asia atau pun MAS.

Jarang yang ada menyewa pesawat atau helikopter peribadi seperti Anwar, kalau ada pun cuma segelintir itu pun melibatkan mereka yang benar-benar rapat dengan Anwar.

Kos sewaan per jam jet eksekutif dan helikopter itu bukannya murah, ia melibatkan perbelanjaan yang tinggi mencecah angka ribuan dan puluh ribu yang bukan calang-calang orang mampu menanggungnya apatah lagi bila hampir setiap hari kemudahan itu digunakan.

Dari satu sudut ia adalah satu kelebihan dalam melancarkan kempen pilihan raya PKR selain memudahkan pergerakan dari satu tempat ke satu tempat, namun di masa yang sama ia juga melambangkan gaya hidup Anwar yang serba mewah.

Itu belum lagi dikira jumlah perbelanjaan yang perlu dikeluarkan untuk menampung pembelian lori kontena dan bas Jelajah Merdeka Rakyat serta segala kos tanggungan perjalanannya dari utara ke selatan.

Selain itu, gaji dan sara hidup berbelas orang pengawal peribadi Anwar termasuk empat orang yang diimport khas dari Filipina juga bukan kecil anak perbelanjaannya.

Ini menimbulkan persoalan dari mana Anwar memperoleh dana pilihan raya sepanjang kempen PRU 13 ini sehingga membolehkan dirinya menikmati semua kemudahan ini, nak dikatakan hasil dari duit tabungan sejak dari kecil, agak mustahil.

Hasil tabungan duit dari kecil itu kalau pun ada, nak menampung kos pembinaan banglo mewah Anwar yang berharga RM7 juta di Segambut itu pun tak terdaya, inikan pula untuk menyelesaikan kos pengangkutan Anwar dan keluarganya dalam kempen PRU-13.

Baru-baru ini timbul dakwaan mengenai dana asing yang mengalir masuk bagi menampung kempen pilihan raya PR, ada kebarangkalian gaya hidup mewah Anwar ini disebabkan dana tersebut. Itu tak mustahil jika dilihat keakraban pemimpin PKR itu dengan pihak asing.

Namun untuk mendapat kepastiannya, Anwar perlu tampil memberi penjelasan kepada umum supaya dapat merungkai tanda tanya. Kalau dapat dijelaskan lagi apa istimewa dirinya berbanding pemimpin PR yang lain sehingga sebegini hebat gaya hidup mewahnya, itu lebih baik.

Sunday, 28 April 2013

TUDIAA !!!! SCANDAL MAT TAIB PULAK !!! #PakatanCurang #GE13 #PRU13 #Vote4BN



Anwar, Karpal, Tuduh Mat Taib Penuh Skandal

Nampaknya perjalanan Mat Taib untuk ‘bertaubat’ dengan masuk PAS tidak semudah yang disangka.  Walaupun PAS menerimanya dengan tangan terbuka dan tepuk sorai gembira tetapi kemasukannya telah dipandang sinis oleh Ketua Pembangkang sendiri serta dipersoal pula oleh Karpal Singh, sebagai mewakili DAP.  

Menurut Karpal bekas Menteri Besar Selangor itu tidak layak menyertai Pas apatah lagi bersama dengan Pakatan Rakyat (PR) kerana mempunyai rekod yang buruk.  Beliau juga menempelak Mat Taib sebagai tidak ikhlas menyertai PAS iaitu kerana tidak mendapat apa yang diidam.

Anwar pula dalam satu ceramahnya di Felda Lepar Hilir 1 semalam, berkata beliau antara yang meminta Mat Taib meletakkan jawatan di dalam UMNO dulu kerana tidak bersih. Namun, pantas berhenti setakat itu apabila hadirin mengingatkan beliau yang Mat Taib sudah masuk PAS.

Walau apapun, Mat Taib bertuah kerana PAS menerimanya dan kini terpaksa membelanya.

Kita pasti PAS lebih tahu bahawa orang seperti Mat Taib sebenarnya berada di tempat yang sewajarnya iaitu di dalam PAS dan PR.

Ini kerana, jika PR perlu menolak Mat Taib, maka PR perlu terlebih dahulu menolak Kadir Sheikh Fadzir, malah Anwar Ibrahim juga iaitu dua personaliti yang telah diketahui umum sebagai antara yang paling korup dalam sejarah politik Malaysia.  Malah, Anwar sendiri mempunyai gelaran khas iaitu ‘Bapa Politik Wang’ di dalam UMNO.

Anwar dipecat dari UMNO juga kerana skandal liwat dan rasuah.  Mungkin Karpal Singh lupa yang beliau sendiri pernah menyuruh Anwar bertaubat.  Dan sehingga kini Anwar belum bertaubat kerana belum masuk PAS.  Tetapi, kenapa Karpal tetap sedia menjulang atau lebih tepat ‘memijak’ Anwar sebagai bakal Perdana Menterinya?

Kerana itulah PAS tidak kisah menerima Mat Taib kerana Mat Taib hanyalah setaraf amatur sahaja dari segi skandal jika dibandingkan dengan bakal Perdana Menteri PR itu.  Lagipun, PAS mampu menyucikan sesiapa sahaja yang masuk ke parti itu sehingga cuci dan bersih seputih spender Mustafa Ali.

Setelah berada di dalam PAS pula, mereka boleh melakukan apa saja dan tetap akan dianggap bersih dan suci…selagi tidak menyinggung DAP.  Jika ini berlaku, maka mereka automatik menjadi hitam dan kotor lalu terpaksa disepak keluar seperti Hasan Ali.

Dari satu sudut, kita melihat tindakan Karpal dan Anwar memperlekeh Mat Taib sebenarnya samalah dengan memperlekeh PAS.  Di masa yang sama, tindakan PAS menerima Mat Taib pula samalah seperti menyindir Anwar.

Sesungguhnya, PAS, PKR, DAP, Anwar, Karpal dan Mat Taib tidak wajar mempersoalkan sesama sendiri dan wajib menerima hakikat bahawa mereka adalah satu entiti.  Bagaikan anggota badan yang jika dicubit sebelah kanan, kiri tetap terasa.  Atau, jika tangan kirinya penuh kurap, maka seluruh anggota juga terpaksa menanggung kegatalannya.  Jika kaki kiri buruk, maka seluruh anggota akan berjalan senget juga.

Apatah lagi jika kepalanya yang buruk, reput dan berulat, maka seluruh anggota juga tentulah tidak boleh dipakai lagi dan wajar dibuang saja ke dalam tong sampah.  Dan bukankah itu gunanya PR?  Iaitu sebagai tong sampah UMNO?

Friday, 19 April 2013

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...