sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Showing posts with label PERMATANG PAUH. Show all posts
Showing posts with label PERMATANG PAUH. Show all posts

Friday, 7 June 2013

ALAMAK DAH DEKAT NAK ANGKAT SUMPAH NI MACAM MANA NIH !!! #BLACKOUT505 @Tunfaisal


Pengundi Bangla dah , dakwat tak kekal dah , campak peti undi dari helikopter dah , blackout dah, semua dah kelentong rakyat , pusing satu Malaysia pun dah , tinggal sikit lagi nak mohong rakyat tapi rakyat tak buat jugak toing toing Arab Spring tuh Adoiii !!! 

Hujung bulan ni dah nak kena angkat sumpah , pening dah !! Kalau tak angkat maka tak jadi ahli Parlimen , Kalau Angkat nanti orang kata blackout tu semua menipu !! adehhh apa lagi nak buat nih !!! 

Tapi takpa , rakyat yang menyokong pakatan semua pak turut , A kata Anwar maka A lah mereka !!! Kalau Anwar angkat sumpah jugak depa spin la kot lain , kata kalau tak angkat nanti BN senang lenang dalam Parlimen .. Huh .. 

Angkat la Kalau Berani Anwar oiii !!! 

Sunday, 5 May 2013

GEMPAR !!! SOLAT HAJAT TUN M DI PERMATANG PAUH DI GANGGU SYAITAN PAKATAN HARAM #PRU13 #GE13 #TolakPR

Majlis Solat Hajat disempurnakan oleh calon BN bagi Parlimen Permatang Pauh dan calon-calon DUN yang diserikan dengan kehadiran YAB Tun Dr Mahathir Mohamad.

Di dalam kemeriahan dan semangat yang tinggi dengan kehadiran beliau, terdapat peristiwa yang hina dan hodoh pihak pembangkang.

Sekumpulan penunggang motosikal penyokong pembangkang telah menyembur serbuk bahan asing ke atas beberapa pengunjung majlis.

Ini telah menaikkan rasa kurang senang dan tidak puashati tindakkan kurang ajar. Pasukan FRU terpaksa dikerah bagi menggelak sebarang kejadian tidak diingini.

Inilah contoh dan kerasukan yang dinafikan Pembangkang. Namun itulah kebenarannya. Pembangkang bukan mencerminkan pendokong undang2 tetapi peruntuh segala sikap kemanusiaan.

Baling Batu sembunyi tangan. Lantaran igauan keputusan PRU13 tidak menyebelahi mereka mulai membuat provokasi.

Anak2 siapakah ini sehingga tiada rasa malu, lantang tidak bertepi?




Wednesday, 1 May 2013

PANAS !!! DAH RUPA ANAK SULTAN ARAB SAUDI ANWAR NI !!! PEHHH !!! #PRU13 #GE13 #TolakPR #BNBagus




Kekayaan Luar Biasa Anwar Sepanjang PRU-13

Satu perkara menarik sepanjang kempen PRU-13 yang sudah seminggu berlangsung ini ialah kemampuan kewangan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim untuk ke hulu dan ke hilir menjelajah seluruh negara dengan menaiki jet eksekutif dan helikopter.

Sedangkan di masa yang sama para pemimpin PR yang lain dari DAP dan PAS, kebanyakannya hanya mampu menaiki penerbangan biasa sahaja, sama ada menggunakan perkhidmatan Air Asia atau pun MAS.

Jarang yang ada menyewa pesawat atau helikopter peribadi seperti Anwar, kalau ada pun cuma segelintir itu pun melibatkan mereka yang benar-benar rapat dengan Anwar.

Kos sewaan per jam jet eksekutif dan helikopter itu bukannya murah, ia melibatkan perbelanjaan yang tinggi mencecah angka ribuan dan puluh ribu yang bukan calang-calang orang mampu menanggungnya apatah lagi bila hampir setiap hari kemudahan itu digunakan.

Dari satu sudut ia adalah satu kelebihan dalam melancarkan kempen pilihan raya PKR selain memudahkan pergerakan dari satu tempat ke satu tempat, namun di masa yang sama ia juga melambangkan gaya hidup Anwar yang serba mewah.

Itu belum lagi dikira jumlah perbelanjaan yang perlu dikeluarkan untuk menampung pembelian lori kontena dan bas Jelajah Merdeka Rakyat serta segala kos tanggungan perjalanannya dari utara ke selatan.

Selain itu, gaji dan sara hidup berbelas orang pengawal peribadi Anwar termasuk empat orang yang diimport khas dari Filipina juga bukan kecil anak perbelanjaannya.

Ini menimbulkan persoalan dari mana Anwar memperoleh dana pilihan raya sepanjang kempen PRU 13 ini sehingga membolehkan dirinya menikmati semua kemudahan ini, nak dikatakan hasil dari duit tabungan sejak dari kecil, agak mustahil.

Hasil tabungan duit dari kecil itu kalau pun ada, nak menampung kos pembinaan banglo mewah Anwar yang berharga RM7 juta di Segambut itu pun tak terdaya, inikan pula untuk menyelesaikan kos pengangkutan Anwar dan keluarganya dalam kempen PRU-13.

Baru-baru ini timbul dakwaan mengenai dana asing yang mengalir masuk bagi menampung kempen pilihan raya PR, ada kebarangkalian gaya hidup mewah Anwar ini disebabkan dana tersebut. Itu tak mustahil jika dilihat keakraban pemimpin PKR itu dengan pihak asing.

Namun untuk mendapat kepastiannya, Anwar perlu tampil memberi penjelasan kepada umum supaya dapat merungkai tanda tanya. Kalau dapat dijelaskan lagi apa istimewa dirinya berbanding pemimpin PR yang lain sehingga sebegini hebat gaya hidup mewahnya, itu lebih baik.

Tuesday, 30 April 2013

PANAS !!! TUDIA !! BERAT SEBELAH !!! #TolakPR #GE13 #PRU13 #TolakPR #BetterNation


Suara-suara akademik yang beri pendapat tentang sesuatu isu haruslah tidak berat sebelah. Sepatutnya lebih bersifat objektif.
Bridget Welsh ternyata berat sebelah; paparkan diri beliau sebagi seorang pro-Pakatan Rakyat secara terbuka.
Ternyata beliau salah seorang dari rakan-rakan Anwar di Barat yang kerap memburukkan Malaysia.

JOM BACA SINI 

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...