sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Showing posts with label SINAR. Show all posts
Showing posts with label SINAR. Show all posts

Friday, 14 March 2014

GEMPAR !!! OBJEK MISTERI DI LANGIT KELANTAN DISAKSIKAN ORANG RAMAI MALAM TADI !!!


Pemandu kereta sewa daerah ini dan orang ramai yang melalui jalan berhampiran Pasar Besar Kuala Krai gempar apabila mendakwa melihat objek seperti kertas bersaiz A4 yang berkilauan di langit kira-kira jam 3.15 petang kelmarin.

Mereka mendakwa, objek berkenaan kelihatan seolah-olah seperti kertas dalam jumlah yang banyak dibuang dari jarak tinggi dan tersusun jatuh.

Dakwa mereka lagi, objek berkenaan dapat dilihat dalam masa kurang satu jam dan ramai pengguna yang memberhentikan kenderaan masing- masing untuk melihatnya.

Ramai yang kagum melihatnya dan beranggapan kesemua itu berlaku atas kehendak ALLAH SWT kerana manusia tidak dapat mencampak apa-apa barangan daripada ketinggian seperti itu.

Salah seorang yang menyaksikan kejadian tersebut ialah Zalahuddin Ismail, 53.

Pemandu kereta sewa itu menyaksikan sendiri kejadian itu berhampiran stesen kereta sewa selepas dimaklumkan dua wanita yang dipercayai mula-mula melihatnya.

Thursday, 4 July 2013

HOT ARTIS : PELAKON CUN MARIA FARIDA TIDAK TERJEKUT !!! @mariafarida



PELAKON, Maria Farida akui tidak terkejut dengan kontroversi yang melanda pelakon, Shah Jaszle yang pernah menjadi kekasihnya sebelum ini.

"Saya tak terkejut pun perkara itu berlaku," katanya ketika ditemui pada majlis memperkenalkan produk terbaru Habib Jewels, hari ini.

Maria menegaskan sudah tidak mengambil tahu tentang Shah selepas kisah cinta mereka berakhir.

"Selepas dah tak ada apa-apa, saya tak nak ambil tahu langsung tentang dia.

"Tapi sebab orang bercerita, saya dapat tahu tentang kes tersebut," katanya.

Beberapa tahun lalu, kisah cinta Maria dan Shah menarik tumpuan.

Selepas berpisah, Shah bercinta pula dengan pelakon, Miera Liyana. SINAR 

apj : ehemmm bila la dapat date dengan maria farida nih .. kikiki

Monday, 1 July 2013

GEMPAR !!! PAS PECAT AHLI TERLIBAT SYIAH !!! JANGAN TUNGGU LAGI !!! #HanyaDiKedah

Pas pecat ahli terlibat kegiatan Syiah

ALOR SETAR - Pas akan mengenakan hukuman tegas ke atas ahlinya termasuk memecat keahlian jika terbukti mereka terlibat dengan kegiatan Syiah.

Tindakan itu adalah untuk mencegah kegiatan yang dikatakan makin menular dalam kalangan pemimpin dan penyokong parti itu walaupun sehingga kini masih belum dapat dibuktikan.

Ahli Majlis Syura Ulamak Pas (Syura), Zaharuddin Mohammad berkata, antara syarat menjadi ahli Pas ialah mesti berpegang kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah seperti yang termaktub dalam perlembagaan parti.

“Jika ada bukti seorang itu adalah pengikut Syiah, kita pecat serta merta tidak kira apa jawatannya sekali pun dalam parti,” katanya ketika menjawab pertanyaan peserta Forum Post Mortem PRU13 Menuju PRU14 diadakan di Komplek Pas Kedah di sini, kelmarin.

Sebelum ini, seorang pemimpin kanan Pas didakwa terbabit dengan ajaran Syiah, yang turut menjadi faktor kekalahan PR di Kedah.

Menurut sumber dalaman, Syura sudah memanggil pemimpin berkenaan untuk membuat pengakuan sama ada terlibat atau sebaliknya dengan Syiah.

Beliau berkata, beberapa hari lalu pemimpin itu sudah menandatangani surat pengakuan bahawa tidak terbabit dengan sebarang aktiviti Syiah seperti yang diuar-uarkan.

Kerajaan negeri sebelum ini memohon kerjasama golongan ulama dan masyarakat setempat dalam menangani isu penyebaran ajaran Syiah yang berlaku di negeri ini.

Exco Agama, Hal Ehwal Masyarakat India dan Siam, Sumber Tenaga Manusia dan Pelancongan, Mohd Rawi Abd Hamid berkata, semua pihak perlu memainkan peranan kerana ia merupakan ancaman terbesar akidah yang harus dikekang.

Menurutnya, golongan ulama lebih arif untuk mengenal pasti individu terlibat dan maklumat itu boleh dijadikan panduan agar orang ramai lebih berhati-hati manakala pusat pengajian agama diminta menyalurkan maklumat mengenai penyebaran ajaran itu jika dikesan di kawasan mereka - SINAR

Apj : Jangan cakap ja terus bertindak wahai Pas ..

Sunday, 19 May 2013

PADAN MUKA !!!! 5 HARI DALAM LOKAP !!!

Adam Adli Abdul Halim

SHAH ALAM - Aktivis mahasiswa, Adam Adli Abdul Halim ditahan reman selama lima hari di bawah Kanun Keseksaan 124 B dan Seksyen 4 (1) C Akta Hasutan bermula hari ini.

Presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Indipenden (Kami), Khalid Mohd Ismath berkata, sehubungan dengan penahanan Adam Adli, kumpulan aktivis akan terus 'berkampung' di hadapan lokap tersebut bagi membantah penahan rakan mereka itu.

"Kita juga akan bermalam di sini dan menyalakan lilin sepanjang lima hari penahanan Adam Adli.

“Malahan, Adam Adli juga sempat berpesan kepada rakan aktivis di luar supaya terus berjuang melalui bapanya, Abdul Halim yang hadir di lokap Balai Polis Jinjang pada jam 11.30 pagi tadi," katanya kepada Sinar Harian Online.

Menurutnya lagi, Adam Adli diwakili peguam Latheefa Koya dan Eric Paulsen untuk kes ini.

Semalam, Adam Adli yang digantung tiga semester pengajian dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) ditangkap berhubung kenyataan beliau yang dibuat semasa forum selepas pilihan raya anjuran Suara Anak Muda Malaysia (SAMM) pada 13 Mei lalu.

Dalam forum itu, Adam Adli bersama beberapa badan bukan kerajaan (NGO) anti kerajaan memanggil satu perhimpunan jalanan besar-besaran untuk meluahkan rasa tidak puas hati terhadap proses Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) pada 5 Mei lalu.

Friday, 10 May 2013

GEMPAR !! PR GUNA MEDIA SOSIAL FITNAH PRU13 MACAM-MACAM !!! #TolakPR #GE13 #PRU13 #BetterNation


Isu pengundi hantu, gangguan bekalan elektrik dan bermacam-macam lagi fitnah disebarkan oleh penyokong PR di serata media sosial.

Malangnya, ramai rakyat Malaysia yang terus mempercayai semua finah & penipuan tanpa usul periksa.

Jika benar ada pengundi hantu seramai 600,000 orang, mana buktinya?


Adakah masuk akal 600,000 pengundi hantu membantu BN menang tipis dan tewas undi popular?

Walaupun isu gangguan elektrik telah dinafikan oleh ramai penyokong serta wartawan pro-PR, ramai lagi yang masih percaya.

Taktik Anwar menggunakan penipuan telah menjangkiti penyokong-penyokong PR.

Pemerhati-pemerhati asing memuji perlaksanaan PRU13. Kenapa Anwar dan PR masih kecoh?

Jelaslah perjuangan Anwar hanya untuk jadi PM.

Beliau pernah janji untuk bersara jika gagal jadi PM. Sekali lagi penipu besar ini memungkari janji sendiri.

LAGI DISINI

Wednesday, 24 April 2013

PANAS !! 'PENGUNDI HANTU' LEMBAH PANTAI BERANG DENGAN NURUL IZZAH !!! #TolakPR #GE13 #PRU13 #BNBagus #Vote4BN #BetterNation

Inline image 2

Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar tersepit selepas gagal memainkan isu pengundi hantu di Lembah Pantai. 50 orang “pengundi hantu” yang dicanang oleh Nurul Izzah tampil membuat kenyataan membidas beliau.

4,637 orang pengundi di Parlimen Lembah Pantai akan pastikan Nurul Izzah tersungkur pada PRU kali ini.
Sebelum itu permohonan Semakan Kehakiman Nurul Izzah untuk membatalkan 4,000 nama pengundi di Lembah Pantai telah ditolak oleh Mahkamah Tinggi.

Setelah gagal dengan isu pengundi hantu, Nurul Izzah mula politik kotor dengan serang peribadi keluarga Raja Nong Chik.

BANYAK LAGI BACA SINI

Thursday, 28 February 2013

NAK BERPOLITIK BOLEH TAPI JANGAN JADI SEPERTI HAIWAN @Tunfaisal @umbkedah


Transformasi politik yang dibawa kerajaan, antara lain meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) telah meningkatkan kuasa politik mahasiswa menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), kata bekas aktivis mahasiswa, Tun Faisal Ismail Aziz hari ini.

Beliau berkata demikian pada Wacana Sinar Siri 17: Kuasa Politik Mahasiswa di sini.

Menurutnya, dengan pindaan yang dibuat menggambarkan keterbukaan kerajaan untuk memberi kesamarataan dalam sistem demokrasi kepada rakyat termasuk mahasiswa.

Beliau berkata, mahasiswa pada masa kini bebas untuk berpolitik secara terbuka, sekali gus mendapat peluang untuk menjadi calon pada pilihan raya umum ini.

Namun, Tun Faisal berkata, kebebasan yang diberikan perlu diiringi dengan panduan supaya tidak menimbulkan sebarang perkara tidak diingini.

"... kita bagi ruang untuk mereka bebas berpolitik, tapi perlu ada juga yang menjadi panduannya.

“Kita bagi kepercayaan kepada pelajar, ini menjadi medan terbuka kepada mahasiswa untuk memberi sokongan secara terbuka dan menjadi calon PRU13," katanya.

Pada 19 April tahun lepas, Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 2012, yang membenarkan penuntut universiti terbabit dalam politik dan memegang jawatan dalam persatuan serta pertubuhan di luar kampus.

Mengulas lanjut, Tun Faisal yang juga pengasas media Umno berkata, tranformasi politik membabitkan pindaan Auku tidak menghalang kebebasan berpolitik, tetapi memberi panduan dan mengelakkan sifat partisan di kalangan pengajar serta mahasiswa di institut pengajian tinggi.



Tun Faisal juga berkata, parti politik boleh mengambil kesempatan terhadap mahasiswa untuk menjadikan mereka sebagai tonggak dalam pergerakkan parti pada PRU13.

"... transformasi tak menghalang pelajar berpolitik, tapi kita tak mahu ada budaya partisan dalam kampus termasuk pensyarah dan mahasiswa.

“Keterbukaan atau kebebasan ini juga akan memberi peluang kepada parti politik menjadikan mahasiswa sebagai tonggak utama mereka pada pilihan raya kali ini," katanya.

Selain Tun Faisal, barisan panel terdiri daripada Timbalan Presiden Majlis Belia Malaysia, Muammar Ghadafi; Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad; penganalisis politik, Prof Dr Azmi Hassan dan Presiden Gabungan Mahasiswa Islam (Gamis), Azan Safar.

Bagi pendapat Mc senang saja, mahasiswa nak berpolitik boleh, tetapi haruslah berpolitik cara baik. Bukannya politik kotor yang menyesatkan.

Contohnya seperti Adam Adli yang panjat pagar UPSI, baring dan demo tengah jalan, masuk PWTC turunkan bendera PM, ada mahasiswa yang londeh seluar tunjuk punggung, apakah itu berhemah? Perkara macam tu yang perlu kita kawal.

Kalau setakat nak masuk PKR atau PAS, nak demo cara aman dan mengikut undang-undang. Rasanya takdak masalah kot. Contohnya macam HKR tempohari, berapa ramai mahasewel yang berhimpun, ada kena undang-undang ke?

Itu maksud Tun Faisal, pada pencacai yang lembab, sila faham ok. LANJUT DISINI

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...