sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Showing posts with label UMB. Show all posts
Showing posts with label UMB. Show all posts

Thursday, 3 October 2013

HOT VIDEO !! PEMILIHAN UMNO 13 - SATU PERSPEKTIF BARU !!! @NajibRazak @tunfaisal #TF4MT



Let's Talk : Pemilihan UMNO 2013 - Satu Perspektif Baru
Gendang perhimpunan Agung UMNO semakin rancak kedengaran dan pada tahun ini, buat kali pertamanya, UMNO akan menyaksikan pemilihan jawatan tertinggi parti dengan cara berbeza melalui proses demokrasi yang lebih meluas bagi menguji kematangan transformasi dan politik UMNO terutamanya di peringkat akar umbi. Let's Talk! kali ini bersama Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Tun Faisal Ismail Aziz bagi mengupas dengan lebih terperinci mengenai pemilihan bagi sesi Pemilihan Agong UMNO 2013.

JOM TENGOK VIDEO DI SINI




Wednesday, 25 September 2013

PANAS MELAMPAU !!! APA DAH JADI NI !!! NAMA CALON MT UMNO LENYAP DALAM SENARAI !!! JAWAB ATAU MALAPETAKA ?? @NajibRazak @khairykj @tunfaisal #TF4MT



Apj agak terkejut apabila senarai UmnoOnline nama calon Majlis Tertinggi dari EXCO PEMUDA iaitu Tun Faisal Ismail Aziz No.60 tidak tersenarai .

Apakah ertinya semua ini ??? adakah kerana Tun Faisal  bukan AJK Bahagian satu penggal maka kelayakan Tun Faisal digugurkan dari bertanding ??? Huh !!!

Adalah Ibu Pejabat Umno buta atau lupa  yang Tun Faisal adalah Exco Pemuda Umno diperingkat pusat yang telah banyak menyumbang kepada Umno?

Sesungguhnya Apj dan pastinya rakan-rakan yang menyokong Tun Faisal mahu jawapan dari Ibu Pejabat Umno sendirj nanti !! Jangan sampai malapetaka menanti !!! 

Monday, 23 September 2013

PANAS PEMILIHAN UMNO !!! KENAPA HARUS TUN FAISAL BERADA DALAM MAJLIS TERTINGGI !!! @tunfaisal @NajibRazak #TF4MT


Apj sependapat dengan sahabat TaipingMali berkenaan dengan salah seorang wakil exco Pemuda Umno Malaysia iaitu Tun Faisal Ismail Aziz yang bertanding untuk berada dalam Majlis Tertinggi Umno. 

Apj tidak nampak ada sebab perwakilan boleh menolak Tun Faisal untuk berada dalam Majlis Tertinggi Umno. Suara muda harus diberi ruang dalam Majlis Tertinggi Umno agar hasrat dan perjuagan orang muda boleh didengari oleh pemimpin atasan dalam Umno sendiri. 

Sebagai ahli kecil pemuda Umno Apj berasa bangga apabila Tun Faisal berani mahu membawa suara orang muda dalam Majlis Tertinggi apabila menyatakan hasrat untuk bertanding dalam pemilihan nanti. 

Monday, 16 September 2013

TUDIAA !!! PERWAKILAN HARUS BUAT PILIHAN BIJAK !!! @tunfaisal @NajibRazak #TF4MT



Perwakilan di peringkat cawangan dan bahagian perlu bijak dalam membuat pilihan mereka kerana ia akan menentukan kestabilan parti dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Exco Pemuda Umno, Tun Faisal Ismail Aziz berkata, tindakan mereka di peringkat akar umbi akan menentukan kekuatan serta perubahan tonggak kepimpinan Umno dalam menghadapi pelbagai cabaran yang sedang dilalui.

"Di peringkat bahagian, di peringkat cawangan, orang yang ada kuasa mengundi ini mereka boleh memilih orang yang bawa perubahan, yang amanah dan sebagainya.

Wednesday, 28 August 2013

PANAS !!!! PEMIMPIN BN PERLU UBAH MENTALITI MENGENAI MEDIA SOSIAL !!! @tunfaisal @NajibRazak



Dominasi Pakatan Rakyat (PR) di alam maya dilihat lebih ketara jika dibandingkan dengan Barisan Nasional (BN) dalam menarik penglibatan orang ramai di media sosial seperti Twitter, blog, dan Facebook.

Pengerusi Unit Media Baru (UMB) Pemuda Umno Malaysia, Tun Faisal Ismail Aziz menerusi satu kenyataan kepada Antarapos berkata, ini kerana rata-rata pemimpin dan jentera BN yang ada ketika ini masih lagi di takuk lama dengan hanya bergantung kepada blog dan portal berita sahaja. "BN masih ketinggalan dan kurang berkesan dalam menarik penglibatan orang ramai dalam media sosial. "Pemimpin dan jentera BN masih berada dalam era blog dan portal berita," jelas beliau.

Monday, 29 July 2013

PANAS !!!! GUAN ENG KENA TIBAI KAW KAW DENGAN EXCO PEMUDA UMNO MALAYSIA !!! @tunfaisal @NajibRazak


SHAH ALAM: Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng tidak faham konteks hubungan diplomatik yang diadakan oleh Barisan Nasional (BN) dengan Parti Komunis China, kata Exco Pemuda Umno Tun Faisal Ismail Aziz.

Wednesday, 10 July 2013

TUDIAA !!! PROF UKM SYOR TENTERA SIBER BN DITUBUH !!! @NajibRazak @Tunfaisal



Kuala Lumpur: Kerajaan disaran mewujudkan pasukan tentera siber yang berperanan menjawab tohmahan pembangkang terhadap Barisan Nasional (BN) yang disiarkan blog propembangkang melalui media sosial Internet di Malaysia.

Pensyarah Geo-Politik, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Profesor Madya Dr Mohd Fuad Mat Jali berkata, keperluan itu amat mendesak hari ini memandangkan trend generasi muda yang lebih cenderung mengikuti perkembangan politik negara melalui Internet.

Menurutnya, dalam kajian yang dilakukan di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) mendapati, bilangan belia yang mendapatkan maklumat politik daripada akhbar arus perdana terlalu sedikit berbanding laman media sosial.

“Lebih membimbangkan ialah apabila mereka berpandangan apa yang ditulis blogger terutama dalam blog propembangkang itu sahih dan boleh diterima bulat-bulat tanpa perlu membuat analisis dan ketiadaan pihak ketiga yang cuba menjelaskan fakta sebenar memburukkan lagi keadaan.

“Jadi bermula daripada sekarang, kerajaan perlu mewujudkan tentera siber yang berfungsi 100 peratus sepanjang masa untuk menjawab segala tohmahan dengan fakta yang dapat mengubah tanggapan belia terhadap kerajaan sedia ada,” katanya.

Dr Mohd Fuad yang juga Timbalan Dekan (Siswazah dan Hubungan Antarabangsa) UKM berkata demikian selepas membentangkan hasil kajian pada Seminar Antarabangsa Selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13): Analisis dan Implikasinya di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, di sini, semalam.

MyMetro 

Apj : Yang ada dulu dianaktirikan dan ditamatkan  ... Tahniah Dap kerana terus menyara RED BEAN ARMY 

Sunday, 9 June 2013

TUDIAA !!! RED BEAN SINGA PULAK MENGAMOK !!!! LEPAS NI RED BEAN ARMY PULAK !!!!

Penulis blog Singapura bantah pelesenan lawan web

SINGAPURA - Kira-kira 2,500 rakyat Singapura yang diketuai penulis blog tempatan mengadakan bantahan di Speakers' Corner di Hong Lim Park hari ini untuk mendesak kerajaan menarik balik syarat baharu pelesenan yang dikenakan terhadap laman web berita berkuatkuasa 1 Jun.

Perhimpunan aman ini dianjurkan sekumpulan penulis blog dikenali sebagai #FreeMyInternet, yang menentang pelaksanaan syarat itu. Kumpulan ini berpendapat penguatkuasaan syarat berkenaan merupakan cubaan untuk membuat penapisan dan melanggar hak rakyat Singapura untuk mendapatkan maklumat secara dalam talian.

Dalam kenyataan dikeluarkan selepas bantahan itu, #FreeMyInternet berkata ia mendapat semangat daripada kejayaan kempen pertamanya menentang Rejim Pelesenan MDA baharu, yang disifatkan ramai pengulas media sebagai titik perubahan dalam landskap peraturan media di republik ini.

Kata kumpulan ini, lebih 4,000 orang menandatangani petisyen yang dikemukakannya secara dalam talian (jumlahnya terus meningkat), manakala lebih 150 blog menyertai mogok secara dalam talian anjurannya dan kira-kira 2,500 orang menyertai bantahan paling besar yang diterajui penulis blog dalam sejarah Singapura, tengah hari ini.

Sebagai langkah berikutnya, kenyataan itu berkata #FreeMyInternet akan terus membuat gesaan agar Rejim Pelesenan itu ditarik balik. Kata kumpulan itu, pada minggu-minggu akan datang ia akan mengedar bahan dan mengadakan program untuk mendidik orang ramai serta Anggota Parlimen tentang kenapa Rejim Pelesenan itu perlu ditarik balik.

"Kami tidak menolak mengadakan dialog dengan kerajaan, tapi dialog ini mestilah berupa perbincangan tentang cara Rejim Pelesenan ini akan ditarik balik dan ia mestilah merupakan dialog tentang bagaimana langkah membebaskan persekitaran media daripada belenggu peraturan boleh dilakukan dengan sebaik-baiknya untuk memberi manfaat kepada rakyat Singapura," kata kenyataan itu.

Mulai 1 Jun 2013, laman berita dalam talian yang sering memuatkan laporan tentang isu berkaitan Singapura dan mempunyai ramai pengikut di sini, dikehendaki mendapatkan lesen daripada Lembaga Pembangunan Media (MDA).

Di bawah rangka kerja pelesenan ini, laman berita dalam talian akan diberi lesen secara individu sekiranya ia (i) menyiarkan laporan purata sekurang-kurangnya satu artikel seminggu tentang berita dan hal ehwal semasa berkaitan republik ini bagi tempoh dua bulan, dan (ii) dikunjungi sekurang-kurangnya 50,000 alamat IP unik dari Singapura sebulan bagi tempoh dua bulan. - Bernama 

APJ : ADA BRAN WAHAI PENCACAI PAKATAN ?? 

Tuesday, 4 June 2013

INI RUPANYA BLOGGER @NajibRazak ?




SEMUANYA TENTANG TAJUK TU  DISINI 

KAT BAWAH NI LOGO KAMI DARI MULA DULU , SETIA MEMPERTAHANKAN SIAPA KETUA KAMI !!! 

DI BAWAH PARTI MELAYU UMNO 

Saturday, 13 April 2013

HOT NEWS : PERANG MAYA , TENTERA BN LEBIH HEBAT !!! TUDIAAA #Vote4BN #BetterNation #BNBagus #Najib4PM #GE13 #PRU13




Tidak seperti PRU12 dahulu , perang maya yang dulu dimanopoli oleh puak syaitan pembangkang akhirnya dapat di tawan oleh pejuang-pejuang UMNO dan sudah di ketahui hebat dalam menghadapi PRU13. Ramai pihak sudah mengetahui akan cabaran perang cyber sekarang. 

Tindakkan pantas pejuang-pejuang MAYA UMNO akhirnya membuahkan hasil dan dilihat sekarang mereka sekata dalam membalas sesuatu isu yang difitnah oleh puak pakatan syaitan.

Kita boleh lihat jika sesuatu isu mereka tidak dapat menjawab mereka terus menukar topik atau hanya mampu memaki hamun sahaja. 

CONTOH BERITA DAN FAKTA SAHIH DISINI 

Kalau nak info menarik korang boleh ke page ini . Kita tolak FITNAH Pembangkang 


KAMI TOLAK FITNAH PR DAN KAMI SOKONG BN DALAM PRU13 


Thursday, 11 April 2013

TUDIAA !!! HAMPA NI TERUK DAH !!! JIJIK BETUI LA PAKATAN LUCAH NI !!! AGAK-AGAK NAK MENIPU PUN !!! #PRU13




Kini Pakatan Haram sudah mula goyang dengan BN apabila menggunakan taktik kotor pemalsuan akaun blog yang seakan-akan sama dengan blog Unit Media Baru Pegerakan Pemuda UMNO Malaysia ( UMBPPUM ) untuk menyebar maklumat palsu berkenaan calon yang di gugurkan oleh YAB DS Najib Razak.

Untuk pengetahuan semua blog palsu di atas digunakan untuk menyebarkan maklumat palsu telah menggunakan URL http://umb-ppum.blogspot.com

Antara Artikel haprak lagi bangkai adalah seperti gambar-gambar dibawah , nampak sangat mereka ni dah semakin teruk kerana sanggup menyamar untuk mengelirukan rakyat , dah tak ada pegangan Agama kot depa ni , opssss aku lupa yang depa ni mana percaya Agama.

Fitnah dah jadi acam barang mainan dan ayat Al-Quran yang menyatakan bahawa dosa fitnah ini lebih berat dari dosa membunuh sudah tidak dipandang lagi oleh mereka. Inilah akibat dari ajaran Anwar dan Nik Aziz kepada pencacainya.







Untuk pengatahuan semua blog sebenar UMB adalah seperti dibawah dan anda boleh linkkan blog ini untuk maklumat yang sahih dan menolak fitnah !!! 



Sesungguhnya apa yang kami amalkan adalah menolak sekerasnya fitnah ini , kerana kami percaya bahawa Agama perlu diletakkan di atas dan bukannya boleh di persenda-senda.

KAMI TOLAK FITNAH TOLAK PAKATAN SYAITAN 

Thursday, 28 February 2013

NAK BERPOLITIK BOLEH TAPI JANGAN JADI SEPERTI HAIWAN @Tunfaisal @umbkedah


Transformasi politik yang dibawa kerajaan, antara lain meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) telah meningkatkan kuasa politik mahasiswa menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), kata bekas aktivis mahasiswa, Tun Faisal Ismail Aziz hari ini.

Beliau berkata demikian pada Wacana Sinar Siri 17: Kuasa Politik Mahasiswa di sini.

Menurutnya, dengan pindaan yang dibuat menggambarkan keterbukaan kerajaan untuk memberi kesamarataan dalam sistem demokrasi kepada rakyat termasuk mahasiswa.

Beliau berkata, mahasiswa pada masa kini bebas untuk berpolitik secara terbuka, sekali gus mendapat peluang untuk menjadi calon pada pilihan raya umum ini.

Namun, Tun Faisal berkata, kebebasan yang diberikan perlu diiringi dengan panduan supaya tidak menimbulkan sebarang perkara tidak diingini.

"... kita bagi ruang untuk mereka bebas berpolitik, tapi perlu ada juga yang menjadi panduannya.

“Kita bagi kepercayaan kepada pelajar, ini menjadi medan terbuka kepada mahasiswa untuk memberi sokongan secara terbuka dan menjadi calon PRU13," katanya.

Pada 19 April tahun lepas, Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 2012, yang membenarkan penuntut universiti terbabit dalam politik dan memegang jawatan dalam persatuan serta pertubuhan di luar kampus.

Mengulas lanjut, Tun Faisal yang juga pengasas media Umno berkata, tranformasi politik membabitkan pindaan Auku tidak menghalang kebebasan berpolitik, tetapi memberi panduan dan mengelakkan sifat partisan di kalangan pengajar serta mahasiswa di institut pengajian tinggi.



Tun Faisal juga berkata, parti politik boleh mengambil kesempatan terhadap mahasiswa untuk menjadikan mereka sebagai tonggak dalam pergerakkan parti pada PRU13.

"... transformasi tak menghalang pelajar berpolitik, tapi kita tak mahu ada budaya partisan dalam kampus termasuk pensyarah dan mahasiswa.

“Keterbukaan atau kebebasan ini juga akan memberi peluang kepada parti politik menjadikan mahasiswa sebagai tonggak utama mereka pada pilihan raya kali ini," katanya.

Selain Tun Faisal, barisan panel terdiri daripada Timbalan Presiden Majlis Belia Malaysia, Muammar Ghadafi; Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad; penganalisis politik, Prof Dr Azmi Hassan dan Presiden Gabungan Mahasiswa Islam (Gamis), Azan Safar.

Bagi pendapat Mc senang saja, mahasiswa nak berpolitik boleh, tetapi haruslah berpolitik cara baik. Bukannya politik kotor yang menyesatkan.

Contohnya seperti Adam Adli yang panjat pagar UPSI, baring dan demo tengah jalan, masuk PWTC turunkan bendera PM, ada mahasiswa yang londeh seluar tunjuk punggung, apakah itu berhemah? Perkara macam tu yang perlu kita kawal.

Kalau setakat nak masuk PKR atau PAS, nak demo cara aman dan mengikut undang-undang. Rasanya takdak masalah kot. Contohnya macam HKR tempohari, berapa ramai mahasewel yang berhimpun, ada kena undang-undang ke?

Itu maksud Tun Faisal, pada pencacai yang lembab, sila faham ok. LANJUT DISINI

Friday, 1 February 2013

EKSKLUSIF : PANAS GEGARAN JANJI PERDANA MENTERI UNTUK ORANG MUDA KEDAH !! PAS KEDAH GOYANG WEIII ! #BNYjobsfair13 #savekedah @tunfaisal





Hampa ingat tak dulu masa PRU12 , PAS Kedah telah berjanji kepada golongan muda yang mempunyai minat kepada pemotoran, PAS Kedah akan bina litar lumba untuk golongan muda di Kedah sekiranya PAS memenangi Kedah.

Setelah hampir lima tahun berlalu, janji berkenaan tidak pernah di tepati PAS Kedah setelah menjadi Kerajaan Negeri.


Sehubungan dengan itu, YAB DS Najib Razak telah membuat pengumuman yang agak mengejutkan golongan muda yang berminat kepada pemotoran apabila berjanji akan membina Litar Lumba untuk golongan muda sekiranya BN mentadbir Kedah selepas PRU13.

Janji berkenaan akan di masukan dalam Manifestor BN Kedah di PRU13 ini.

- JANJI DITEPATI KERANA RAKYAT 

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...