sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Showing posts with label TUN FAISAL. Show all posts
Showing posts with label TUN FAISAL. Show all posts

Sunday, 20 April 2014

ORANG MUDA HARUS MEMAHAMI DASAR KERAJAAN SEBELUM BANTAH !!! @RazaliIbrahim #BTN @tunfaisal



Muafakat merupakan kaedah terbaik untuk membina sesebuah negara berbanding demonstarsi di jalan raya, kata Pengerusi Biro Pengajian Tinggi UMNO, Datuk Razali Ibrahim.

Razali berkata golongan muda terutama mahasiswa perlu memahami bahawa sesuatu tindakan yang mahu dibuat perlu dilihat kesan baik dan buruk kepada diri sendiri dan negara.

Katanya, banyak pihak yang sering mengkritik apa sahaja tindakan kerajaan tetapi tidak pernah memberi sumbangan dari segi buah fikiran untuk menambah baik apa yang ada.

"Ada pihak yang sering mengkritik, apa sahaja yang kerajaan buat, semua tak betul bagi mereka.

"Kerajaan memang banyak laksanakan dasar yang tidak popular tetapi bertanggungjawab," katanya ketika berucap di majlis perbincangan meja bulat Program Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) dan pimpinan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), di sini, hari ini.

Monday, 7 October 2013

HOT PEMILIHAN UMNO !! AKHIRNYA TUN FAISAL LAYAK BERTANDING MT !! TAHNIAH @khairykj @tunfaisal #TF4MT




Sebentar tadi, Pengerusi Jawatankuasa Parti , Tan Sri Tajol Rosli Ghazali telah mengumumkan bahawa Tun Faisal telah dibenarkan bertanding unuk jawatan Majlis Tertinggi Umno. Mengenai perkara ini di dalam keratan Berita Harian di atas.

Monday, 23 September 2013

PANAS PEMILIHAN UMNO !!! KENAPA HARUS TUN FAISAL BERADA DALAM MAJLIS TERTINGGI !!! @tunfaisal @NajibRazak #TF4MT


Apj sependapat dengan sahabat TaipingMali berkenaan dengan salah seorang wakil exco Pemuda Umno Malaysia iaitu Tun Faisal Ismail Aziz yang bertanding untuk berada dalam Majlis Tertinggi Umno. 

Apj tidak nampak ada sebab perwakilan boleh menolak Tun Faisal untuk berada dalam Majlis Tertinggi Umno. Suara muda harus diberi ruang dalam Majlis Tertinggi Umno agar hasrat dan perjuagan orang muda boleh didengari oleh pemimpin atasan dalam Umno sendiri. 

Sebagai ahli kecil pemuda Umno Apj berasa bangga apabila Tun Faisal berani mahu membawa suara orang muda dalam Majlis Tertinggi apabila menyatakan hasrat untuk bertanding dalam pemilihan nanti. 

Monday, 16 September 2013

TUDIAA !!! PERWAKILAN HARUS BUAT PILIHAN BIJAK !!! @tunfaisal @NajibRazak #TF4MT



Perwakilan di peringkat cawangan dan bahagian perlu bijak dalam membuat pilihan mereka kerana ia akan menentukan kestabilan parti dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Exco Pemuda Umno, Tun Faisal Ismail Aziz berkata, tindakan mereka di peringkat akar umbi akan menentukan kekuatan serta perubahan tonggak kepimpinan Umno dalam menghadapi pelbagai cabaran yang sedang dilalui.

"Di peringkat bahagian, di peringkat cawangan, orang yang ada kuasa mengundi ini mereka boleh memilih orang yang bawa perubahan, yang amanah dan sebagainya.

Wednesday, 28 August 2013

PANAS !!!! PEMIMPIN BN PERLU UBAH MENTALITI MENGENAI MEDIA SOSIAL !!! @tunfaisal @NajibRazak



Dominasi Pakatan Rakyat (PR) di alam maya dilihat lebih ketara jika dibandingkan dengan Barisan Nasional (BN) dalam menarik penglibatan orang ramai di media sosial seperti Twitter, blog, dan Facebook.

Pengerusi Unit Media Baru (UMB) Pemuda Umno Malaysia, Tun Faisal Ismail Aziz menerusi satu kenyataan kepada Antarapos berkata, ini kerana rata-rata pemimpin dan jentera BN yang ada ketika ini masih lagi di takuk lama dengan hanya bergantung kepada blog dan portal berita sahaja. "BN masih ketinggalan dan kurang berkesan dalam menarik penglibatan orang ramai dalam media sosial. "Pemimpin dan jentera BN masih berada dalam era blog dan portal berita," jelas beliau.

Monday, 29 July 2013

PANAS !!!! GUAN ENG KENA TIBAI KAW KAW DENGAN EXCO PEMUDA UMNO MALAYSIA !!! @tunfaisal @NajibRazak


SHAH ALAM: Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng tidak faham konteks hubungan diplomatik yang diadakan oleh Barisan Nasional (BN) dengan Parti Komunis China, kata Exco Pemuda Umno Tun Faisal Ismail Aziz.

Thursday, 28 February 2013

NAK BERPOLITIK BOLEH TAPI JANGAN JADI SEPERTI HAIWAN @Tunfaisal @umbkedah


Transformasi politik yang dibawa kerajaan, antara lain meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) telah meningkatkan kuasa politik mahasiswa menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), kata bekas aktivis mahasiswa, Tun Faisal Ismail Aziz hari ini.

Beliau berkata demikian pada Wacana Sinar Siri 17: Kuasa Politik Mahasiswa di sini.

Menurutnya, dengan pindaan yang dibuat menggambarkan keterbukaan kerajaan untuk memberi kesamarataan dalam sistem demokrasi kepada rakyat termasuk mahasiswa.

Beliau berkata, mahasiswa pada masa kini bebas untuk berpolitik secara terbuka, sekali gus mendapat peluang untuk menjadi calon pada pilihan raya umum ini.

Namun, Tun Faisal berkata, kebebasan yang diberikan perlu diiringi dengan panduan supaya tidak menimbulkan sebarang perkara tidak diingini.

"... kita bagi ruang untuk mereka bebas berpolitik, tapi perlu ada juga yang menjadi panduannya.

“Kita bagi kepercayaan kepada pelajar, ini menjadi medan terbuka kepada mahasiswa untuk memberi sokongan secara terbuka dan menjadi calon PRU13," katanya.

Pada 19 April tahun lepas, Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 2012, yang membenarkan penuntut universiti terbabit dalam politik dan memegang jawatan dalam persatuan serta pertubuhan di luar kampus.

Mengulas lanjut, Tun Faisal yang juga pengasas media Umno berkata, tranformasi politik membabitkan pindaan Auku tidak menghalang kebebasan berpolitik, tetapi memberi panduan dan mengelakkan sifat partisan di kalangan pengajar serta mahasiswa di institut pengajian tinggi.



Tun Faisal juga berkata, parti politik boleh mengambil kesempatan terhadap mahasiswa untuk menjadikan mereka sebagai tonggak dalam pergerakkan parti pada PRU13.

"... transformasi tak menghalang pelajar berpolitik, tapi kita tak mahu ada budaya partisan dalam kampus termasuk pensyarah dan mahasiswa.

“Keterbukaan atau kebebasan ini juga akan memberi peluang kepada parti politik menjadikan mahasiswa sebagai tonggak utama mereka pada pilihan raya kali ini," katanya.

Selain Tun Faisal, barisan panel terdiri daripada Timbalan Presiden Majlis Belia Malaysia, Muammar Ghadafi; Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad; penganalisis politik, Prof Dr Azmi Hassan dan Presiden Gabungan Mahasiswa Islam (Gamis), Azan Safar.

Bagi pendapat Mc senang saja, mahasiswa nak berpolitik boleh, tetapi haruslah berpolitik cara baik. Bukannya politik kotor yang menyesatkan.

Contohnya seperti Adam Adli yang panjat pagar UPSI, baring dan demo tengah jalan, masuk PWTC turunkan bendera PM, ada mahasiswa yang londeh seluar tunjuk punggung, apakah itu berhemah? Perkara macam tu yang perlu kita kawal.

Kalau setakat nak masuk PKR atau PAS, nak demo cara aman dan mengikut undang-undang. Rasanya takdak masalah kot. Contohnya macam HKR tempohari, berapa ramai mahasewel yang berhimpun, ada kena undang-undang ke?

Itu maksud Tun Faisal, pada pencacai yang lembab, sila faham ok. LANJUT DISINI

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...