sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Showing posts with label TWITTER. Show all posts
Showing posts with label TWITTER. Show all posts

Monday, 10 February 2014

ANALISIS KLOUT SCORE : PEMIMPIN PR TUNJUK MEREKA LAGI BAGUS DARI PEMIMPIN BN #PRKKajang #SyokSendiri


Analisis hashtag #PRKKajang pada 6 Februari 2014 - TIADA pemimpin UMNO/BN. Tiada juga pemimpin PR kerana ramai yang memberi tumpuan kepada #Kajang.



Analisis hashtag #PRKKajang pada 7 Februari 2014 - Masih TIADA pemimpin UMNO/BN. Tetapi ada pemimpin PR.


Analisis hashtag #Kajang pada 6 Februari 2014 - Ramai pemimpin PR. TIADA pemimpin UMNO/BN. 

Monday, 23 September 2013

PEHH !!! PERDANA MENTERI TWEET DARI PEJABAT TWITTER TU !!!! TERBAIK !!! @NajibRazak @twitter



AMERIKA SYARIKAT. Lebih 1.7 juta pengikut Twitter Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak @NajibRazak akan merasai pengalaman membaca tweet beliau yang dihantar sendiri dari Ibu pejabat Twitter di San Francisco, California, pada Isnin.

Sebagai seorang yang gemar menghantar tweet dengan 4,999 tweet and 1,745,037 pengikut setakat ini, menurut perangkaan Twitter.Com, Najib dikenali dalam kalangan pemimpin dunia antara yang paling aktif menghantar tweet.

"CEO asing kagum dengan pengetahuannya mengenai IT...beliau malah lebih tahu banyak perkara mengenai aspek teknikal berbanding sesetengah daripada kami. Beliau menarik perhatian CEO dan tokoh usahawan dengan pengetahuannya dalam cara yang mengkagumkan," kata seorang pegawai Malaysia mengulas lawatan kerja perdana menteri ke San Francisco dan New York dari 22 September hingga 29 September.

Kementerian Luar dalam kenyataan hari ini berkata, Najib dijadual melakukan lawatan kerja ke San Francisco untuk mesyuarat tahunan Majlis Penasihat Sain dan Inovasi Global (GSIAC) dari 22 September hingga 24 September dan selepas itu perdana menteri akan mengetuai delegasi Malaysia ke sesi ke-68 Perhimpunan Agung Bangsa Bersatu di New York dari 25 September hingga 29 September.

Wednesday, 26 June 2013

GEMPAR !!! ISU KESELAMATAN DUNIA SIBER DIPERBINCANGKAN !!!

Isu keselamatan dunia siber jadi tumpuan DSA tahun depan


KUALA LUMPUR - Isu keselamatan dunia siber bakal menjadi tumpuan perbincangan pada Persidangan dan Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia ke-14 (DSA14) yang akan diadakan di sini selama empat hari mulai 14 April tahun depan.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, negara ini boleh menjadi mangsa serangan siber sekiranya rakyat termasuk pihak berkuasa keselamatan masih memandang ringan tentang ancamannya sekarang.

Beliau berkata, biarpun ancaman yang dihadapi Malaysia ketika ini masih belum

lagi mencapai tahap kritikal namun rakyat perlu belajar daripada situasi yang

telah berlaku di negara-negara lain yang pernah dilanda serangan siber.

"Amerika Syarikat contohnya pernah mengalami maklumat negara bocor dan

kemudian dirasai pula di Moscow (Rusia) dan Equador.

"Justeru itu, ancaman-ancaman ini perlu diambil kira kerana melibatkan maklumat rahsia kerajaan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan program DSA-14 di Wisma Perwira Angkatan Tentera Malaysia, di sini hari ini. - Bernama

apj : dunia siber penuh dengan cabaran dan kemusnahan 

Wednesday, 24 April 2013

PRU13 : NIK AZIZ KALAH AWAL DI MEDIA SOSIAL !!! #BNBagus #BNBaru #Transformasi #ManifestoBN #BetterNation #GE13 #PRU13 #Vote4BN #BetterNation


Digital News Asia (DNA) dalam liputan 22 April 2013 melaporkan usaha kerajaan BN mendekati rakyat melalui media sosial seperti Twitter, Facebook, blogs dan YouTube berjaya merapatkan hubungan kerajaan dengan rakyat jelata.

Dari segi jumlah pengikut serta “likes” ternyata BN jauh ke hadapan walaupun agak ketinggalan untuk menggunakan sepenuhnya potensi internet dan media sosial jika dibandingkan dengan pembangkang yang telah lama menggunakan internet untuk berhubung dan berkempen.

Media sosial digunakan sepenuhnya dalam kempen PRU13 sehingga DNA menggelarkannya “Pilihanraya Media Sosial.”

Inline image 1

LANJUT JOM BACA SINI 

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...