sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Showing posts with label WUKUF. Show all posts
Showing posts with label WUKUF. Show all posts

Tuesday, 30 September 2014

#HAJI1435H : SEKALIPUN DGN AMBULANS , SEMUA JEMAAH HAJI AKAN DI PASTIKAN BERWUKUF DI ARAFAH



Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, pihaknya turut menerima khabar gembira apabila empat daripada lapan jemaah Malaysia yang terlantar atau dirawat di pusat rawatan rapi (ICU) di hospital Arab Saudi, telah dibenarkan keluar semalam.

insya-Allah kita (Tabung Haji) akan berusaha membawa mereka semua (empat orang yang masih dirawat) ke Arafah melainkan tidak dibenarkan hospital Arab Saudi.

"Sekalipun terpaksa membawa mereka dalam ambulans sebab kita faham 'haji adalah Arafah'," kata beliau selepas melawat pusat penginapan jemaah haji Malaysia di Hotel Rehab Al-Janadiriyyah

Turut serta isterinya, Datin Seri Fatmawati Saidin; Pengerusi Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim; Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji, Tan Sri Ismee Ismail dan Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman.

Berwukuf bermaksud seseorang jemaah itu wajib berada di bumi Arafah walau satu saat sekalipun dalam sebarang keadaan bermula daripada gelincir matahari hari 9 Zulhijjah (3 Oktober ini) sehingga seketika sebelum terbit fajar pada 10 Zulhijjah.



Thursday, 18 September 2014

#HAJI1435 : LAWATAN TH KE KAWASAN PENEMPATAN HAJI MALAYSIA DI ARAFAH , MUZALIFAH DAN MINA


Semalam , satu lawatan awal ke Kawasan penempatan jemaah haji Malaysia di Arafah, Muzdalifah dan Mina dan ianya hampir sama dengan lokasi penempatan pada musim haji tahun lepas.

Ketua Rombongan Haji Malaysia Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata Tabung Haji (TH) baru saja menerima pelan tapak untuk jemaah haji Malaysia di ketiga-tiga lokasi berkenaan daripada Muassasah Asia Tenggara.

"Selalunya persiapan untuk jemaah haji akan siap dalam masa dua atau tiga hari sebelum jemaah haji bergerak dari Makkah ke Arafah (sehari sebelum Wukuf pada 8 Zulhijjah, yang dijangka bersamaan 2 Okt)," katanya.

Syed Saleh berkata tinjauan awal dilakukan bagi memastikan kawasan yang diperuntukkan untuk pelbagai perkhidmatan haji termasuk bilik operasi haji, kawasan media, warga emas, dapur dan klinik perubatan, dikenal pasti.

Menurut Syed Saleh, di Arafah khemah penginapan hanya dilengkapi dengan kipas kerana jemaah akan hanya tinggal semalaman sementara di Mina, khemah akan dilengkapi dengan pendingin hawa.

Beliau berkata sebanyak 22,320 jemaah haji Malaysia dijangka mula bergerak dalam tiga peringkat iaitu selepas solat Zuhur, Asar dan Maghrib ke Arafah yang terletak kira-kira 22km dari Masjidilharam.

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...