
Showing posts with label PRK KAJANG. Show all posts
Showing posts with label PRK KAJANG. Show all posts
Monday, 24 March 2014
Saturday, 22 March 2014
PANAS #PRKKAJANG : WAN AZIZAH SILAP LANGKAH MAI KAJANG - TUN M #Kajang #pilihmeifun

Bekas Perdana Menteri itu berkata cita-cita pembangkang untuk membentuk kerajaan Persekutuan melalui Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Kajang sebenarnya sia-sia malah menyusahkan rakyat.
"Tadi, waktu saya datang ke sini, (saya) ingat sudah tersalah tempat...saya nampak poster Wan Azizah tertulis dari Kajang ke Putrajaya.
"Beliau silap jalan tu...tujuan PRK ini adalah untuk pilih wakil rakyat Kajang dalam Dun Selangor," katanya ketika berucap pada majlis bersama Kelab Umno Pesara Kanan Kerajaan di Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Langat di sini, hari ini.
Turut hadir calon Barisan Nasional (BN) Datin Paduka Chew Mei Fun.
Friday, 21 March 2014
HOT #PRKKAJANG : AZWAN BRO BALUN PR KAW KAW !! PR HANYA TAHU BERBOHONG !!! @khairykj @azwanbro

Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun, ketika diminta mengulas tuduhan terbaru calon PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengenai berlakunya pertambahan mendadak pengundi baru dalam pengundian awal, menyifatkan kenyataan Wan Azizah itu sebagai pembohongan terancang.
Malah Khairul Azwan turut menambah, tuduhan Wan Azizah itu bertujuan untuk mengaburi mata rakyat terutama ketika Pakatan Rakyat (PR) semakin ketandusan isu, selain gagal membuktikan tuduhan parti itu terhadap BN pada Pilihanraya Umum lalu adalah berasas.
HOT #PRKKAJANG : TUN FAISAL MINTA WAN AZIZAH HENTI PEMBOHONGAN !!! #Kajang #pilihmeifun
.jpg)
Panel Pemikir JASA, Tun Faisal Ismail menasihatkan calon PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail supaya berhenti melemparkan pembohongan termasuk menuduh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terlibat dalam pertambahan pengundi awal dari 300 pengundi pada Pilihanraya Umum Ke-13 kepada 1197 pengundi, baru-baru ini.
Menurut Tun Faisal, pembohongan demi pembohongan dilakukan calon PKR itu menjadikan Wan Azizah dilihat hilang kredibiliti dan intergeriti, terutama ketika tempoh kempen Pilihanraya Kecil (PRK) DUN Kajang masih berbaki tiga hari.
“Ini adalah pembohongan kali ketiga oleh Wan Azizah dalam tempoh lima hari selepas menuduh pihak berkuasa Malaysia menggunakan khidmat bomoh dan menafikan suaminya (Anwar Ibrhaim) mengenali juruterbang pesawat MAS MH360 sebelum ini.
“Adakah Wan Azizah tidak malu sedangkan segala pembohongannya telah dibongkar? Kesanggupannya berbohong telah merosakkan imej beliau yang baik,” katanya ketika dihubungi Selangor Press, hari ini.
Tambah Tun Faisal lagi, Wan Azizah seharusnya terlebih dahulu mengkaji segala fakta sebelum membuat sebarang kenyataan dalam media berhubung PRK ini bagi mengelakkan sebarang persepsi negatif timbul.
Malah pembohongan calon PKR itu membuktikan bahawa Pakatan Rakyat telah kehabisan modal, selain gagal menunjukkan track record cemerlang sepanjang mewakili rakyat di Kajang.
Thursday, 20 March 2014
PANAS #PRKKAJANG : GODAM TELEFON , ITU TAKTIK LAMA WAHAI PUAK PR !!! #KAJANG #PILIHMEIFUN

Pengarah Pilihanraya BN bagi PRK Kajang Datuk Seri Noh Omar turut berkata rakyat tidak sewajarnya diperbodohkan sedemikan rupa.
"Semua boleh tuduh. Saya pun boleh buat, suruh sesiapa guna telefon saya dan cakap kena godam. Jangan perbodohkan rakyat, dalam PRK ini semua isu hendak mencari simpati. Ini merupakan taktik dan cara lama berpolitik," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita dalam majlis perasmian Senamrobik Zumba Perdana Pengundi Wanita Muda anjuran Puteri UMNO di Kolej Komuniti Hulu Langat di Prima Saujana semalam.
Hadir sama Timbalan Pengerusi BN Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Datin Seri Norainee Abd. Rahman, dan Ketua Pergerakan Puteri UMNO Mas Ermieyanti Shamsudin.
Lantas yang demikian Noh berpendapat rakyat mampu menilai dengan baik cara berpolitik yang diamal PKR. Dalam masa sama Noh memberitahu BN kini lebih mengutamakan kempen mendekati pengundi.
Wednesday, 19 March 2014
PANAS #PRKKAJANG : UCAPAN EXCO SELANGOR SATU PERNGHINAAN !!!! #Kajang #pilihmeifun

Mei Fun berkata gesaan Chang Khim yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Selangor supaya beliau menarik diri dalam tempoh 48 jam daripada bertanding disifatkan amat menghina kredibiliti beliau.
"Dia (Chang Khim) hanya menghina saya... kalau saya nak jadi Ahli Majlis, tak kan saya meletak jawatan sebagai Timbalan Menteri (Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat) pada tahun 2010," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Jalinan Mesra Pesara-Pesara Kerajaan anjuran Kelab Umno Pesara-Pesara Kanan Kerajaan di sini hari ini.
Chang Khim dalam ceramahnya semalam menyeru beliau untuk menarik diri daripada bertanding pada PRK ini dan sebagai ganjarannya beliau ditawarkan jawatan Anggota Majlis Perbandaran Kajang, katanya.
UPDATE #MH370 : APA KATA JEPUN MENGENAI MISI MENCARI PESAWAT MH370 ? #PRAYFORMH370 #Kajang

Dalam taklimat media di kediaman duta itu di sini hari ini, beliau berkata setakat ini, tiada tanggapan sedemikian daripada anggota pasukan SAR Jepun.
"Terdapat 107 pegawai, terdiri anggota Kementerian Pertahanan dan Pengawal Pantai Jepun, berpangkalan di Lapangan Terbang Subang, dan tiada sebarang masalah seumpama itu daripada pihak kerajaan Malaysia.
"Kerajaan Malaysia memberikan kerjasama baik kepada kami, memberikan kami banyak maklumat, tepat pada masanya dan amat cepat. Oleh itu, kami tiada sebarang masalah untuk menyertai operasi ini," katanya.
Kepada soalan sama ada Jepun akan menghentikan misi SAR, Miyagawa berkata Jepun tidak akan menghentikan kerjasamanya untuk membantu Malaysia, malah akan meneruskan dan memperluaskan bantuan berdasarkan perkembangan terbaru.
.jpg)
Beliau berkata, Jepun kini menumpukan ke kawasan tenggara Indonesia, terletak di sepanjang garisan koridor selatan, tetapi akan bergantung kepada perkembangan terkini dan penyelarasan oleh kerajaan Malaysia.
Monday, 17 March 2014
PANAS #PRKKAJANG : #ANWARIZAH KENA BALUN TERUK DENGAN ZUL NORDIN !! TUDIAAA !!! #Kajang #WAWI

BLOG ZULKIFLI NOORDIN - Tindakan Anwar Ibrahim dan PKR meletakkan Wan Azizah sebagai calon untuk PRK DUN N.25 menggantikan suaminya Anwar mengitar semula kisah politik 1999 dan 2008. Pada saya Wan Azizah kekal menjadi politikus kitar-semula yang cuba menghidupkan dan menyambung talian-hayat politik Anwar.
Setelah pemecatan Anwar oleh mantan Perdana Menteri Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamed (sekarang Tun Mahathir) dan UMNO pada 02.09.1998 atas dakwaan amalan seks songsang dan luar tabi'e, Wan Azizah menjadi penyambung talian-hayat politik Anwar apabila ditabal sebagai Presiden PKN-Parti Keadilan Nasional (nama lama PKR) bagi pihak suaminya yang menghadapi pertuduhan meliwat pemandunya Azizan Abu Bakar.
Tahun 1999 juga menyaksikan Azizah diangkat menjadi calon kerusi Parlimen Permatang Pauh dalam PRU-11 menggantikan tempat suaminya Anwar yang pada waktu itu sudah dijatuhkan hukuman 6 tahun penjara kerana menyalahgunakan kuasa sebagai TPM mengarahkan Cawangan Khas PDRM untuk memaksa Umi Hafilda dan Azizan Abu Bakar membuat Akuan Sumpah palsu untuk melepaskan Anwar daripada pertuduhan meliwat Azizan dan amalan seks songsang dengan isteri orang.
Berbekalkan paluan gendang simpati dan airmata, Wan Azizah menang selesa dalam PRU-11 di Parlimen Permatang Pauh dan diangkat menjadi Ketua Pembangkang. Wan Azizah mengekalkan kerusi Parlimen Permatang Pauh dalam PRU-12 tahun 2004 juga atas paluan simpati dan airmata, walaupun PKR kehilangan semua kerusi lain yang dimenangi dalam PRU-11.
GEMPAR !!! RAJA BOMOH MAHU SAMAN ANWAR IBRAHIM !! ANWAR PERNAH GUNA KHIDMAT RAJA BOMOH !! #PRKKajang #Kajang
.jpg)
Datuk Ibrahim Mat Zin yang dipetik sebuah blog berkata, tindakan Anwar mahu meraih populariti dengan menggunakan namanya sewaktu berkempen sebagai tidak wajar.
Malah Ibrahim turut mendakwa, Anwar sebagai "kacang yang lupakan kulit" kerana melupakan budi yang pernah diberikannya sebelum ini.
“Saya tidak pernah kenal dia, tapi dia pernah makan budi saya. Masa dia jadi Menteri Pertanian dia datag ke Sungai Manik, Perak. Masa itu dia datang saya sponsor (taja) dia makan. Tapi manusia lupa kulit, tak tahu nak cakap la (jenis) lupa orang. Kita tak lupa dia (tapi) dia lupa kita” katanya.
Beliau turut menjelaskan akan memfailkan saman malu terhadap Ahli parlimen Permatang Pauh itu kerana menggunakan nama dan popularitinya di dalam kempen dan ceramah pilihan raya.
“Anwar Ibrahim kalau dia lantang (bangkitkan lagi isu) saya akan sama malu, kerana dia menjual nama saya ketika (ceramah) pilihan raya kerana dia tidak ada modal.
“Dia cakap dalam Parlimen baru-baru ini, siasat siapa Ibrahim Mat Zin. Jadi dia nak siasat saya, siasat diri sendiri dulu, jangan tuduh orang bukan-bukan," bidasnya.
Katanya lagi kepada blog berkenaan, Anwar sepatutnya menjaga aib dan masalah sendiri, sebelum sibuk dengan isu orang lain
ISU #MH370 : TENGKU ADNAN BIDAS ANWAR KERANA BIADAP !!! #PRAYFORMH370 #Kajang
.jpg)
Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini membidas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disifatkan sebagai seorang yang hanya mempunyai kepentingan politik semata-mata.
Katanya, Anwar telah mengkritik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana tidak mengadakan soal-jawab media pada sidang akhbar MH370 di Putrajaya semalam.
Sedangkan tujuan Najib berbuat demikian adalah bagi mengelak berlakunya kekeliruan, kata Tengku Adnan.
Beliau yang juga Setiausaha Agung Umno berkata tindakan Anwar yang suka memperbesarkan perkara kecil adalah untuk kepentingan politik semata-mata.
"Anwar ni apa kita buat semua salah. Pasti Perdana Menteri tak jawab soalan (media) kerana tidak mahu mengelirukan keadaan.
"Dia (Anwar) tak faham...dia akan timbulkan setiap perkara kecil untuk kepentingan politik dia. Ini masalahnya", kata Tengku Adnan kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Hala Tuju Melayu anjuran Umno Bahagian Bandar Tun Razak di sini.
Sebuah laman portal memetik Anwar sebagai mengkritik Najib kerana tidak mahu mengambil sebarang soalan dari media pada sidang akhbar tersebut. - Bernama
MAKIN PANAS ISU #MH370 : TIAN CHUA NAFI ANWAR BUKAN DALANG KEHILANGAN PESAWAT MH370 !!! #PRAYFORMH370 #Kajang

Tian merujuk kepada laporan Daily Mail hari ini yang mendakwa penyiasat sedang menyiasat teori bahawa pandangan politik Kapten Zaharie Ahmad Shah boleh menjadi faktor dalam kes itu.
Menurut laporan itu, Zaharie, seorang ahli PKR seumur hidup, telah pergi ke mahkamah pada 7 Mac untuk perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes liwatnya.
Laporan itu juga memetik sumber polis sebagai berkata mereka tidak menolak kemungkinan Zaharie telah kecewa dengan keputusan mahkamah. Zaharie, kata akhbar itu, merupakan seorang "aktivis politik vokal" dan juga sebagai "penyokong Anwar yang kuat".
Walau bagaimanapun, Tian berkata bahawa tidak ada bukti yang menunjukkan bahawa Zaharie berada di mahkamah itu, sambil menambah kecenderungan politiknya tiada kaitan dengan kes terbabit.
Read more at:http://www.astroawani.com/news/show/mh370-jangan-kaitkan-anwar-dalam-apa-apa-sahaja-tian-chua-31922?cp
AKU TAK MAHU CERITA BANYAK PASAL PENAFIAN TIAN CHUA !!



AKU JUGA TERTARIK DENGAN ARTIKEL DARI SIR AZRI MENGENAI ISU INI KATANYA :

Kes kehilangan pesawat MH370 milik Malaysia Airlines pada pendapat saya ianya adalah satu konspirasi oleh pihak yang mahu negara Malaysia menjadi huru hara. Teori saya berpandukan kepada beberapa pekara dan juga subjek yang dilihat berpotensi untuk terlibat dalam kes kehilangan pesawat MH370. Teori ini bukan mahu mencampuri urusan pihak kerajaan dalam misi mencari pesawat MH370 namun ianya lebih kepada pendapat dan pandangan peribadi saya.

Keputusan Kes Liwat Dato Sri Anwar Ibrahim 7 Mac 2014:
7 Mac 2014 - perbicaraan hari kedua di istana Kehakiman mahkamah Putrajaya berlangsung yang mana pada hari tersebut perbicaraan dijangkakan selesai namun keputusan penghakiman oleh ketiga tiga hakim belum dapat diketahui dan bila tarikh keputusan hukuman yang akan dikenakan kepada Dato Sri Anwar Bin Ibrahim sama ada beliau bebas ataupun disabitkan dengan kesalahan meliwat Saiful Bukhari.
Sunday, 16 March 2014
PANAS !!! LEBAI2 PAS TERBELIAK MATA TENGOK AMOI DAP PAKAI BIKINI MENARI DEPAN MATA !!! ADOIII !!! #WAWI #PRKKajang

Nasib baik ada lebai-lebai PAS hadhir untuk duduk di meja depan dalam majlis DAP. Kalau tak tu, majlis DAP kelihatan kosong lengang disebababkan pengundi menyampah dengan politik berlebihan di Kajang sejak PKR berkempen sebulan lebih dahulu.
Ada segelintir masyarakat cina Kajang lantang menganggap PRK kajang ini tidak perlu kerana PR sudah menang di situ dan tidak perlu nak tukar orang.
Ada segelintir masyarakat cina Kajang lantang menganggap PRK kajang ini tidak perlu kerana PR sudah menang di situ dan tidak perlu nak tukar orang.
\
SELANJUTNYA JOM BACA
Subscribe to:
Posts (Atom)
POSTING PALING HOT
-
Buat artis-artis terutama artis perempuan hati-hatilah memilih pakaian semasa berlakon tu, kang dah jadi lagu ni.... hanya ingatan .....
-
'Bihun Istimewa' cap masjid keluaran sebuah kilang di sini tidak mempunyai sijil halal yang sah, demikian menurut Jabat...
-
J Sebuah page 'Jom Stream' telah membuat undian Online antara Perdana Menteri Dato Seri Najib Razak dan Mantan Perdana Men...
-
Junko Furota – Mangsa Seks yang Paling Malang Salam semua. Tadi saya terbaca tentang Junko Furota, seorang mangsa seks yang pal...
-
Hari pembukaan Sidang Parlimen tadi tercemar apabila pihak Ahli Parlimen Pakatan Rakyat bertindak biadap dengan tidak menghormati Yang ...









.jpg)




