sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Tuesday, 10 February 2015

Terkini !! Anwar Tiba Di Penjara Sungai Buloh



Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dibawa ke penjara Sungai Buloh untuk menjalani hukuman penjara lima tahun bermula hari ini.

Mahkamah hari ini memutuskan Anwar bersalah meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, enam tahun lalu.

Pada 9 Januari 2012, Mahkamah Tinggi membebaskan dan melepaskan Anwar daripada tuduhan meliwat Mohd Saiful dengan alasan ia tidak 100 peratus pasti tentang integriti sampel yang diambil bagi ujian DNA daripada Mohd Saiful.

Bagaimanapun, Mahkamah Rayuan mengubah keputusan Mahkamah Tinggi itu dan mendapati Anwar bersalah meliwat Mohd Saiful serta memberi alasan hakim perbicaraan terkhilaf dalam keputusan beliau tentang sampel berkenaan, yang dibuat berdasarkan keterangan dua saksi pakar yang dipanggil pihak pembelaan.



Moga Anwar dapat muhasabah diri dan ingatlah Pintu taubat Allah sentiasa terbuka .. Semoga keputusan ini diterima dengan hati yang terbuka . 

Kantoi !! MAT SABU MENGAMOK PADA TOK GURU HADI ISU ANWAR



Panas gila kem Pas la ni no , satu team yang di bela oleh Anwar dan DAP .. satu lagi team yang memang pejuang Pas betui-betui. Huh 

Tadi kecoh jugak kem Pakatan Anwar apabila Satu kenyataan rasmi dari Presiden PAS mengenai Pas tidak menyeru mana-mana ahli untuk hadiri sokongan pada Anwar esok di Putrajaya. 

Kita pun tau Kem Pas sejati memang tak ngam dengan PKR dan DAP tp masalah paling besar Pas adalah group Pasma dan kita tau Mat Sabu adalah antara manusia yang mahu jatuhkan Tok Guru Hadi Awang .. 

Cuba kita lihat sendiri mesej daripada Setpol Tok Guru yang terpaksa kata surat tu palsu kerana Abg Mat Sabu kita marah .. 

Hoho apa dah jadi .. dah macam mat Sabu pulak yang jadi presiden Pas ..  adohhh makin parah Pas la ni .. dah jadi dua puak ...

Pada aku inilah kesannya apabila Pas bergabung dengan PR dulu .. bila Dap dan Pkr tak boleh makan geng2 Ulama Pas akhirnya mereka cari jalan untuk pecahkan Pas .. 

Betulahkan .. manusia ni bila dijamu dengan pangkat,harta, duit ringgit segala perjuangan lebur mcm tu saja .... 

Apapun eson kita boleh lihat siapa yang dibela oleh PR dan sapa Pro ulama Pas ... adiosss

LIWAT TETAP LIWAT 


Monday, 9 February 2015

TUN M Rasmi Muzium 3D Langkawi


LANGKAWI - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini merasmikan Muzium 3D Art of Paradise Langkawi yang merupakan muzium seni tiga dimensi yang kedua terbesar di dunia.

Terletak di Oriental Village, muzium yang memiliki keluasan ruang pameran hampir 2,000 meter persegi dalam bangunan tiga tingkat, terbahagi kepada sembilan zon yang meliputi ilusi optik, akuarium, safari, interaktif 1 dan 2, fantasi, klasik, zon tema Mesir, istana lama dan pemandangan serta zon Malaysia.

Muzium yang mendapat pengikitirafan sebagai muzium terbesar seumpamanya itu oleh Malaysian Book of Records mempamerkan lebih 100 buah lukisan besar tiga dimensi yang dihasilkan 23 orang pelukis pakar dari Korea dengan kerjasama pelukis tempatan.

Bercakap kepada media selepas majlis itu, Dr Mahathir menyifatkan muzium itu sebagai satu kejayaan baharu untuk mempromosikan aktiviti pelancongan khususnya di Oriental Village, di mana terletaknya perkhidmatan kereta kabel yang begitu popular dalam kalangan pelancong.

PAS Tidak Seru Ahli Ikut Demo Untuk Anwar - Haji Hadi


Menarik jugak kenyataan Presiden PAS ni berkenaan isu Anwar yang akan dijatuhkan hukuman bersalah ataupun tidak esok di Mahkamah Putrajaya. 

Menurut kenyataan Hadi, PAS tidak pernah menyeru ahli-ahlinya berkumpul di Putrajaya esok. Jika ada ahlinya yang terlibat ianya hanyalah bersifat peribadi mereka. 

Aku dengar semalam dalam mesyuarat PR, Hadi lantang menentang beberapa perkara yang dibangkitkan oleh DAP dan PKR terutamanya isu Hukum Hudud dan pilihanraya PBT di Pulau Pinang. 

Tiada kata putus dapat diperoleh PR semalam dalam beberapa isu. Tentunya perkara ini meresahkan DAP dan PKR juga penentang-penentang Hadi dalam PAS. 

Sunday, 8 February 2015

Isu Harga Barang, Pemuda Umno Hantar Memorandum Ke KPDNKK @azwanbro



Mengenai isu harga barang yang masih belum turun, Pemuda UMNO Malaysia telah menghantar memorandum cadangan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dalam usaha Pemuda Umno membantu Kementerian menyelesaikan isu ini.

Naib Ketua Pemuda Umno Malaysia, Khairul Azwan Harun mengetuai delegasi Pemuda Umno bersama Mohd Ar Rahman Husin yang juga Pengerusi Biro Kepenggunaan, Alam Sekitar dan Kualiti Hidup (KASKH) dan beberapa Exco Pemuda telah hadir ke Kementerian di Putrajaya menghantar cadangan memorandum itu kepada Menteri KPDNKK.

Menurut Azwan, memorandum ini adalah hasil perbincangan pihak Pemuda Umno Malaysia dalam membantu kerajaan melalui KPDNKK bagi mencari jalan untuk menangani masalah harga barang.

" Pemuda Umno telah meneliti beberapa perkara berkaitan intipati cadangan yang disampaikan melalui memorandum ini, bagaimanapun kita yakin KPDNKK dibawah kepimpinan YB Dato' Seri Hassan Malek telah mempunyai perancangan yang teliti untuk dilaksanakan". Ujarnya.

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...