Dah lama jugak Apj tak main golf nih , dari zaman sekolah masa jadi kedi dulupun dah main , kalau ada sapa berani nak cabar meh le muahahaha !!! rasa tajam lagi pukulan nih !!! memang golf ni menjadi salah satu permainan rasmi untuk ahli-ahli perniagaan , ahli politik , dah ahli-ahli yang minat sukan nilah !! macam terkurang kalau tak main !!
Oklah nak disambungkan cerita bab golf ni adalah mengenai ribut taufan yang bertiup kencang bak angin tsunami yang menbedai pantai al kisah mengenai seorang Ketua Bahagian ni yang dikatakan membawa bersama calon MT UMNO bersamanya bermain golf di Nilai Spring and Golf Club .. Wahhhh hebat tuan !!!
Makin dekat dengan pemilihan ni makin pandai tuan main golf ya !! huh !!! Kalau dalam bab etika pemilihan ni rasanya salah kot hehhhhh ?? Kalau dah ajak main golf dekat pemilihan ni kiranya dah langgar etika lah !! etika mana dia pakai ??? nak kata etika rimba , kat Nilai Spring tu dah tak rupa rimba !!
Bukankah etika pemilihan setiap calon yang bertanding tidak sama sekali dibenarkan untuk menjalankan apa-apa program atau aktiviti selama 6 bulan sebelum atau selepas pemilihan !! ni kalau dah etika pemilihan dilanggar sesuka hati bak kereta api yang tak ada brek macam mana ceritanya ni der ??? huh
Ehhhh lupa pulak nak sebut nama Ketua Bahagian nih , bukan apa selalu sangat sebut kerana banyak sangat kesnya nih sampai lupa nak sebut kali ni huh !!! haha
Ok der ni berkenaan dengan Ketua Bahagian Batu, katanya dia buat pertandingan lawan golf di Nilai tuh siap ajak calon MT lagi tu !! huhhh dengar kata program ni untuk mencari dana bagi pemilihan huh betui ka fitnah nih der ??? tapi kalau nak elak fitnah baik kita tak payah buat benda yang boleh mendatangkan fitnah kan ???
Katanya hampir 30 flight akan diadakan dan setiap flight dikenakan sebanyak RM 2 ribu ringgit.
Woww!!! Kalau macam tu sekali sudah pasti akan menjana pendapatan yang agak lumayan kepada Ketua Bahagian yang memang boleh digelar sebagai golfer ni.
Selama ni pun Datuk Yahya asyik main golf sampai lupa nak jaga bahagian dan bila masa pemilihan macam ni mula la menjanjikan bulan dan bintang segala bagai kepada perwakilan.
Dan satu lagi yang menariknya tentang Ketua Bahagian ni ialah, beliau mampu untuk menangis dihadapan semua orang dan memohon simpati semata mata untuk mendapat kemenangan atau apa juga yang beliau hadapi.
Apa sekalipun bukan takat Datuk Yahya saja yang perlu dipantau oleh Parti tapi orang lain juga perlu dipantau oleh parti agar undang-undang parti atau etika parti tidak diundang rimbakan oleh puak-puak nih !!!
Lagi dekat lagi la kena pantau kan ???
1 comment:
haha KB Batu bkan pkai undang2 rimba lervtpi undang2 laut mklum ler kn dulu asik duk kt pasar borong selayang jual ikan huhu
Post a Comment