sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Friday, 23 August 2013

PANAS !!! PAK LAH SELAMATKAN MALAYSIA DARI SIKAP BOROS TUN M ??? HUH !!!



Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad secara sinis menyatakan Malaysia akan lebih terselamat daripada krisis bankrap sekiranya Tun Abdullah Ahmad Badawi terlebih dahulu menjadi Perdana Menteri.

Menurut beliau, perkara itu berdasarkan 'kejayaan' Abdullah membatalkan projek pembinaan jambatan bengkok, projek landasan kereta api berkembar dan projek bekalan elektrik yang membabitkan kos berbilion-bilion ringgit.

Katanya, projek jambatan bengkok membabitkan kos kurang daripada RM1 bilion namun pembatalannya menyebabkan kerajaan rugi kira-kira RM200 juta dari segi nilai pampasan dan kerja-kerja yang belum selesai.

Tambahnya, pembatalan projek landasan kereta api berkembar dari Johor Bahru ke Padang Besar pula membolehkan kerajaan menjimatkan sebanyak RM14 bilion meskipun selepas itu kerajaan meluluskan projek serupa dari Ipoh ke Padang Besar dengan kos RM12 bilion.

"Saya mengakui saya adalah Perdana Menteri yang boros membelanjakan wang kerajaan untuk membina Lebuh Raya Utara-Selatan, jambatan Pulau Pinang, West Port, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Putrajaya, Cyberjaya dan banyak lagi.

"Jika Abdullah terlebih dahulu menjadi Perdana Menteri, semua projek itu mungkin dibatalkan untuk menyelamatkan Malaysia daripada bankrap," katanya menerusi entri terbaharu di blognya di www.chedet.cc hari ini.

Menurut Dr. Mahathir, kerajaan ketika era Abdullah juga berjaya menyelamatkan berbilion-bilion ringgit ekoran projek koridor yang setiap satu dianggarkan menelan kos RM70 bilion tidak digerakkan.

Dalam keadaan itu, tambah beliau, kerajaan yang ada sebelum berlangsungnya Pilihan Raya Umum Ke-12 adalah sebuah kerajaan yang kaya.

Namun, apa yang dikesalkan, katanya, rakyat tidak menghargai berbilion-bilion ringgit yang diselamatkan itu sebaliknya memilih pakatan pembangkang memerintah di lima negeri selain menyebabkan kerajaan sedia ada hanya memperoleh majoriti mudah.

"Bayangkan berapa billion ringgit boleh diselamatkan jika saya berundur lebih awal sebelum membina Lebuh Raya Utara-Selatan, jambatan Pulau Pinang, KLIA, West Port, Putrajaya, Cyberjaya, Menara Berkembar Petronas dan pelbagai projek mega lain.

"Kita mungkin akan 'duduk' di atas berbilion-bilion ringgit," katanya.

UTUSAN ONLINE 

Apj : huh !!! 

3 comments:

Othman said...

Oh.. Pedihnyaaa... Apa lagi Pak Lah mau..tak habis-habis lagi ke? Perangai dendam ni tak tau dari mana Pak lah ambil... Tulisan itu memang ditulis oleh orang lain..apa bangap Pak lah tak semak dulu ke sebelum dipublish..haa kan dah getahhh... Patutnya lupakan segala..Pak Lah lebih muda dari Tun M... apa salah hulurkan tangan perdamaian..berganding untuk membantu pemimpin yang ada... Ini tidak..contoh yang tak baik ditunjuk...dah tua-tua masih bercakaran..kemudian nak minta orang bawah buat baik..apa citer ni.. Berbaiklah semula..turun kesemua bahagian beri nasihat agar kita semua bersatu..bersahsiah..bermuhasabah..jangan tunjuk degil..meluat dah kami tengok

Anonymous said...

Pak Lah sibuk dok layan Jeannie dia...hahaha..tak dan nak turun padang...

Anonymous said...

Bapa perpecahan bangsa,kaum dan negara. Cakap macam orang tak ada akal, ada org cakap dia ini macam village idiot.

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive