sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Saturday, 24 August 2013

PEHH !!! GAMBAR-GAMBAR TERBAIK HARI NI !!! GEMPAQ NAK HABAQ MAI !!! #HariKoperasi13 @skm_malaysia @tunfaisal @MukhrizMahathir















Pakej Insentif kepada sektor koperasi di negara ini perlu dikaji semula supaya selaras dengan agenda transformasi negara dalam melonjakkan lagi sumbangan sektor itu kepada pertumbuhan ekonomi negara, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Katanya kerajaan mengutamakan kajian semula pakej insentif tersebut bagi memastikan koperasi terus diberikan peluang saksama untuk menceburi pelbagai bidang perniagaan yang baharu serta meningkatkan rantaian sedia ada.

Ini bertujuan memastikan gerakan koperasi turut sama menyumbang kepada agenda transformasi negara.


"Saya berpendapat sudah sampai masanya untuk Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) mengkaji semula pakej insentif yang ditawarkan kepada sektor koperasi," katanya pada majlis perasmian Hari Koperasi Negara 2013 di Dataran Darul Aman, Bandar Darul Aman.

Katanya hari ini koperasi memainkan peranan utama sebagai penjana pertumbuhan ekonomi.

Sumber




No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive