Pemilihan Umno: Khairun Aseh tak bertanding
Beliau berkata keputusan itu adalah muktamad biarpun mendapat banyak sokongan dan dorongan daripada peringkat akar umbi untuk merebut jawatan kanan khususnya dalam sayap Pemuda.
"Keputusan ini adalah selaras dengan pegangan prinsip saya untuk menjalankan amanah dan tugas sebagai Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan penuh integriti dan komitmen," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau yakin perwakilan akan memilih barisan kepimpinan khususnya sayap Pemuda Umno yang mantap untuk berdepan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) kelak.
Pemilihan jawatan Majlis Tertinggi (MT) Umno akan diadakan serentak dengan mesyuarat perwakilan bahagian pada 5 Okt ini sementara pemilihan jawatan tertinggi sayap Wanita, Pemuda dan Puteri Umno akan diadakan secara berasingan pada 28 Sept ini.
Lebih 150,000 perwakilan daripada 191 bahagian di seluruh negara akan membuat pemilihan pucuk pemimpinan parti tahun ini selaras dengan pindaan perlembagaan baharu parti itu. - Bernama
No comments:
Post a Comment