sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Tuesday 6 August 2013

Panas !!! Suspek Culik Aisyah Hubunggi Polis !!!


KUALA LUMPUR: Suspek yang diburu polis berkaitan kes kehilangan adik Wan Aisyah Wan Exzan telah menghubungi polis semalam.

Perkara ini disahkan oleh Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah.



Abdul Rahim berkata susulan panggilan daripada suspek, polis telah menggesa lelaki itu yang merupakan teman lelaki ibu Wan Aisyah, untuk tampil memberi keterangan mengenai kejadian yang menggemparkan negara itu.

“Lelaki itu kini dalam perjalanan ke IPD Gombak dari negeri lain untuk memberi keterangan kepada polis,” kata Abdul Rahim kepada Astro Awani.


Abdul Rahim berkata kes itu kini sedang disiasat mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan atas kesalahan melarikan orang.

Bagaimanapun, beliau berkata polis tidak menolak kemungkinan kehilangan Wan Aisyah adalah bermotifkan penculikan.

Berita kehilangan kanak-kanak berumur tiga tahun itu disebarkan dengan luas di laman media sosial selepas ibunya, Arbaiyah Md Zin, memuatnaik gambar anak beliau yang sedang didukung oleh suspek.

Kejadian itu dikatakan berlaku di pasaraya Jaya Jusco di Rawang.

Arbaiyah, yang telah bercerai dengan suaminya, kemudian, membuat laporan polis mengenai kehilangan Wan Aisyah.

Semalam, ibu suspek tersebut telah menyerahkan Wan Aisyah di Balai Polis Sungai Nibong.

Wan Aisyah dilaporkan hilang pada 2 Ogos selepas Arbaiyah menyerahkan kanak-kanak itu kepada suspek di sebuah pasar raya di Rawang sebelum lelaki itu menghilangkan diri.

Menurut polis, suspek telah berjanji untuk berkahwin dengan Arbaiyah selepas Hari Raya dan Arbaiyah telah menyerahkan wang sebanyak RM25,000 untuk menjana perniagaan emas lelaki terbabit


Read more at:http://www.astroawani.com/news/show/suspek-culik-wan-aisyah-hubungi-polis-19828?cp

No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive