Setor resort kontroversi terbakar
Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor dalam satu kenyataan hari ini memberitahu, polis Kota Tinggi menerima maklumat berkaitan kebakaran pada tingkat atas bangunan dua tingkat itu pukul 12.15 pagi.
Siasatan awal mendapati kebakaran yang memusnahkan kira-kira 50 peratus bangunan di tingkat atas itu berpunca daripada litar pintas dan tiada sebarang unsur perbuatan jenayah.
Polis masih menjalankan siasatan berhubung kejadian dengan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat dan meminta semua pihak bertenang kerana keadaan adalah terkawal. - UTUSAN ONLINE
No comments:
Post a Comment