sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Wednesday, 21 August 2013

TUDIAAA !!!! POLIS CABAR GENG 04 SERANG BALAI !!!! BARU BETUL !!!!



Pemangku Ketua Polis Selangor, Datuk A.Thaiveegan berkata polis tidak akan takut dengan tindakan Geng 04 yang bertindak menconteng dinding Ibu Pejabat Polis sebagai ugutan terhadap pihak berkuasa terbabit.

Menurut beliau, tindakan tersebut adalah satu perbuatan "kurang ajar" oleh kumpulan samseng yang cuba mencabar pihak berkuasa didalam menangani jenayah didalam negara.

"Saya tidak fikir (grafitti) itu bertujuan mengancam. Ia hanya dilakukan oleh 'sampah masyarakat' yang tidak menghormati undang-undang.

"Jika itu adalah satu cabaran, itu bukan cara untuk melakukannya.

"Datang bertemu dengan Ketua Polis Daerah, dan kata 'Saya dari (kumpulan) 04. Jika mereka berani, marilah," kata Thaiveegan dalam satu sidang akhbar.

Semalam, nombor 04, simbol Swastika dan RIP (rehat dengan aman) didapati disembur pada 11 lokasi lain di Banting termasuk pondok polis dan bank dipercayai dilakukan sejurus 5 penjenayah ditembak mati di P.Pinang.

Kejadian itu juga telah membawa kepada bantahan daripada ibu bapa dan rakan-rakan ahli-ahli kumpulan dan juga beberapa ahli politik DAP yang mendakwa polis bertindak "berlebih-lebihan" dalam melakukan tembakan.

Thaiveegan menasihatkan ibu bapa supaya lebih rapat dengan anak-anak mereka dan membuat laporan jika mereka mengesyaki anak-anak mereka terlibat dalam kegiatan tidak baik.

"Jika saya mempunyai seorang rakan yang saya tahu melakukan perkara tidak betul, saya akan cuba untuk membantunya atau membuat laporan. Sesetengah ibu bapa tidak tahu apa yang anak-anak mereka lakukan.

"Mereka tidak tampil ke hadapan dan memberi kerjasama. Tetapi apabila konfrontasi dengan pihak polis berlaku, semua orang menjerit dan menimbulkan masalah.

"Bulan lalu ramai mengadu tentang kejadian tembak dan bertanya apa yang polis lakukan. Jadi, apabila kita mengambil tindakan terhadap mereka yang disyaki, rakyat perlu memberikan polis sokongan.

"Kami melakukan ini untuk melindungi masyarakat," katanya.

SUMBER MPP

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive