Apa yang Apj rasa paling hangat adalah ada blogger-blogger cuba menjatuhkan mereka yang bertanding dengan cara serangan peribadi . Apj memerhati serangan seorang sahabat Apj dari utara nih , Artikel pertamanya tidak menceritakan siapa yang dituju tetapi gaya penulisannya Apj sudah agak siapa sasaranya. Ceritanya mengenai calon Korperat yang bakal bertanding. Salahkah ??? Apj ingin bertanya sahabat Apj kembali , dalam Umno sendiri dari dulu sampai sekarang berapa ramai pemimpin Umno dari bidang Korperat ni ?? Ehem !!
Buat sahabat Apj tu , cukuplah serang peribadi calon , Kalau nak serang pasal calon korperat nih , baik serang semua tak kira siapa , kalau ada saja dari korperat yang nak bertanding kita bantai semua , senang , jangan bantai sorang saja , nanti orang nampak kita ada agenda peribadi , huh !!!
Gambar kat atas ni Apj copy dari blog sahabat Apj nih !! Apj nak ulang lagi , kat gambar tu tertera tulisan 'PERTANDINGAN ADIK BERADIK' , kalau dah serang hal peribadi , ni dah rupa perangai puak pembangkang , huh !! takkan kita nak jadi mereka kot !! lain la kalau calon-calon ni penyangak ka , rasuah ka , pencuri ka , kaki perempuan ka , kaki disco ka , kaki bangku ka , huh boleh la kita bantai , huh !!!
Lagi satu , Apj baca dalam blog sahabat Apj nih , katanya calon 'korperat' si Azwan Bro nih , tak penah nampak muka , huh !!! Bro sahabatku , Apj pernah beberapa tahun berjuang di Perak bersama Gagasan Melayu Perak dulu , Apj tahu bagaimana cara kerja Azwan Bro nih , janganlah pulak kita balon ikut dengar cakap orang saja , nanti jatuh fitnah , kang dah rupa pembangkang pulak yang kuat fitnah , huh !!!
Akhir sekali takyahlah kita duk balun peribadi calon-calon ni , kang bukan takat calon korperat baru ni saja yang sedih kena balun , nanti orang-orang korperat lama dalam Umno pun sedih , kerana 'kerjaya korperat' mereka tu tidak diterima dalam Umno . huh !!
Nak jadi pemimpin bukan senang , hari-hari orang datang minta tolong !! takkan kita tak tahu kot , dah nama pemimpin , rakyat datang minta tolong takkan nak hambat balik kot !! Nasib baik korperat dalam Umno ni ada duit dari sumber korperatnya untuk ditambah bantu rakyat , banyangkan kalau yang tak ada duit dan bukan dari korperat , huh habis kena maki dan ditolak rakyat !! huh !!!
TAPI KALAU NAK TOLAK KEPARAT DALAM UMNO APJ SOKONG 360% HAHAHA
No comments:
Post a Comment