sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Wednesday 8 May 2013

PANAIH !!! TEAM DEPA NI LAGI NAK JATUHKAN AZIZAN SEBAGAI KETUA PAS KEDAH !!!! SABAQ PAK JAN Oiiii !!! #PRU13 #GE13



Berita kat bawah ni, macam platform nak sepak seseorang keluar dari jawatan tertentu. Tak kisah la apa Pas nak buat. BN nak fokus majukan Kedah dulu.

PAS Kedah akan menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi mengenal pasti punca kekalahan teruk parti itu, sehingga hilang kuasa kerajaan negeri kepada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum Ke-13 (PRU13), Ahad.

Timbalan Pesuruhjaya I PAS Kedah Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi berkata PAS Kedah juga akan mengkaji semula struktur pimpinan parti itu termasuk jawatan Pesuruhjaya negeri yang kini dipegang Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

"Bila berlaku kekalahan seperti ini, PAS Pusat akan melantik satu jawatankuasa untuk mengkaji semua struktur kepimpinan bagi melihat dari segi jangka masa panjang," katanya kepada pemberita.

Pada PRU13 dua hari lepas, PAS hanya menang sembilan daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri berbanding 16 pada PRU 2008.

BN Kedah memperoleh 21 kerusi DUN untuk mendapat majoriti mudah bagi membentuk kerajaan negeri yang baharu.

Phahrolrazi berkata hasil bedah siasat itu akan diserahkan kepada PAS Pusat untuk membuat penilaian sebelum menentukan tindakan lanjut demi masa depan parti itu.

Beliau yang mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kundur berkata prestasi buruk parti pada PRU13 mungkin disebabkan beberapa faktor seperti melibatkan kepimpinan parti, percaturan calon tidak sesuai, jentera dan kelemahan dalam organisasi terutama di kawasan yang tewas.

Katanya semua organisasi dalam PAS akan mengadakan mesyuarat agung dan membuat pelantikan baharu dalam masa terdekat.

"Selepas mesyuarat agung tahunan PAS Pusat, jawatan Pesuruhjaya negeri akan dilantik semula. Jika perlu perubahan, kepimpinan PAS Pusat akan membuat keputusan," katanya. KEDAH PI KL

No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive