sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Sunday 5 May 2013

ULANG PRU13 !!! KUIN BAKAL HANCUR TERUS JIKA PAS TERUS MEMERINTAH !!! #TukarKedah #PRU13






Setelah Azizan Razak melantik Jamil Osman sebagai REKTOR KUIN, Jamil Osman telah membawa masuk satu syarikat yang bernama Insaniah Holding SDN BHD kedalam pengurusan KUIN dan di bawah Insaniah Holding SDN BHD terdapat lima anak syarikat yang terdiri dari syarikat Maya SDN BHD, Insan System SDN BHD, Insan Hospitality SDN BHD, Insan Medic SDN BHD dan Insan Bestari SDN BHD




Setiap CEO kelima-lima anak syarikat Insaniah Holding bergaji minimum RM 10,000 dan maximum RM35,000. Tujuan utama syarikat Insaniah Holding di bawa masuk ke dalam KUIN adalah untuk menjana keuntungan kepada KUIN dari kuliah-kuliah yang telah di subkan ( Di Swasta ) kepada kelima-lima anak syarikat terbabit.


Apa yang dapat di lihat, Insaniah Holding mempunyai kadar operasi syarikat yang sangat tinggi setiap bulan sekiranya melihat dari gaji-gaji yang di terima kelima-lima CEO anak syarikat Insaniah Holding.


Oleh kerana kuliah-kuliah pengajian di KUIN di subkan kepada kelima-lima anak syarikat Insaniah Holding. KUIN telah mengalami permasalahan kewangan yang cukup kritikal dan terburuk dalam sejarah penubuhan KUIN pada tahun 1995 apabila Insaniah Holding gagal mendatangkan keuntungan kepada KUIN melalui yuran pengajian yang di kenakan kepada pelajar-pelajar mengikut kuliah-kuliah yang di subkan kepada Insaniah Holding.


Di sebabkan gagal menjana keuntungan kepada KUIN serta kepada syarikat. Insaniah Holding pada tahun 2012 terpaksa menggunakan RM 12 Juta yang di luluskan Jamil Osman dan Azizan Razak dari duit yang di peruntukkan Kerajaan Negeri Kedah kepada KUIN sebanyak RM 15 Juta setahun.


Apakah layak syarikat swasta Insaniah Holding yang di bawa masuk kedalam KUIN oleh Jamil Osman dengan tujuan untuk menjana keuntungan kepada KUIN telah menggunakan duit peruntukkan Kerajaan Negeri kepada KUIN ??. PISAU KEDAH

No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive