sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Wednesday 28 August 2013

GEMPAR !!! PERJUMPAAN BLOGGER-BLOGGER , JANGAN JADI SEPERTI DAHULU !!!

Apj teruja bila mendapat berita satu perjumpaan blogger-blogger terpilih akan diadakan dalam masa terdekat nanti. Sememangnya perjumpaan ni memang amat baik demi mengeratkan lagi tali persaudaraan antara blogger-blogger pro bn tanah air. 

Apj tak tahu la dapat panggilan atau tidak mengenai perjumpaan ni , maklumlah masih mentah atau bahasa mudahnya 'masih menyusu' . Teringin jugak nak jumpa blogger-blogger hebat tanah air , dapat jugak timba ilmu dan pengatahuan dalam dunia blogger nih !! 


Cuma harapan Apj agar perhimpunan kali ini lebih baik dan mendapat manfaat dan tidak mahu pisang berbuah 10 kali seperti yang lepas-lepas yang kita nampak hasilnya amat mendukacitakan pengiat-pengiat media sosial pro Bn. 



Kedengaran cakap-cakap kurang enak juga sudah mula sampai ke halwa telinga mengenai dia boikot itu , kau boikot ini dan macam-macam lagi. Kesahihan ceritanya Apj tak pasti la , tapi ada bunyi-bunyi macam-macam nama naik termasuk kes boikot program perjumpaan anjuran Setiausaha Akhbar Perdana Menteri, Datuk Akmar tu. 


Ikhlas dari hati Apj sebenarnya mahu semua penggiat media sosial bersatu tanpa ada agenda apa-apa demi kekuatan BN itu sendiri , dah nama kita pro BN kan !! 


Pengalaman lalu kalau tak menjagar kita lagi , Apj tak tahu la nak cakap apa !! dah banyak sangat perkara yang tak elok berlaku !! Jadi sebelum semuanya hancur dan berpecah baik buatlah betul-betul !! 


Perhimpunan kali ini jugak janganlah ada agenda-agenda peribadi yang boleh membunuh kita , jangan bila semua blogger dikumpulkan di katakan pula telah mendapat sokongan dan kekuatan dari semua blogger-blogger hebat dan orang itu tidak hebat kerana tidak boleh mendapat sokongan blogger-blogger.

Apa yang jadi dulu adalah duri dalam daging sehinggakan ramai penggiat media sosial yang berkecil hati, segala apa yang ditonjolkan hanya gah pada nama semata-mata , padahal habukpun tak ada !!


Apj : teringin melihat semua penggiat media sosial di bawah satu payung !! :)


No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive