sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Thursday 29 August 2013

PANAS !!! KETUA BAHAGIAN BATU REJAM TIMBALAN DENGAN BATU ??? HUH !! NAK JADI APA NIH !!!! @NajibRazak @NajibRazak @TengkuAdnanReal

uihhh keciknya batu !!! 

Kisah berpanjangan di Bahagian Batu nih memang tak habis jika Ketua Bahagiannya terus menerajui bahagian itu dengan ' kuasa veto' nya !! huh dengar kuasa veto ni dah rupa team Amerika pulak dah !! huh !!!

Ok kali ni Apj nak cerita la kisah mengenai mesyuarat UMNO di cawangan yang melibatkan Timbalan Ketua Bahagian Batu pulak !! katanya mesyuarat telah dijalankan baru-baru ini dan mengejutkan apabila Timbalan Ketua Bahagian Batu , Datuk Ramlan telah menyerahkan segala kuasa pemerintahan beliau di cawangannya kepada seorang yang bernama En. Abu Bakar Ithnin. Beliau nih adalah kerani penghantar surat di pejabat UMNO Bahagian Batu sendiri !! wahhh hebat juga En Abu Bakar nih ehhh !! 

Hasil maklumat yang diperolehi rupanya, Datuk Roslan ni telah menjadi mangsa pollitik kotor Ketua Bahagian Batu sendiri !!! wahhhh cenggini punya perangaippun ada huh !!! Oklah berbalik pada cerita En. Bakar tadi , cuba kita bayangkan seorang perkerja di pejabat Umno sendiri telah melawan Ketua sendiri !! 

Tentu bukan calang-calang punya En Bakar ni kan huh !!! berani gila siot !! Kita bukan menidakkan pertanding dari sesiapa saja. Apj petik satu artikel di blog Sangkakala katanya 


sebab yang pertama, jika Datuk Ramlan tidak menyerahkan kuasa tersebut, maka akan adalah pertandingan merebut jawatan Ketua Cawangan dan Ramlan sudah mengagak bahawa beliau akan kecundang di cawangan, jadi jalan terbaik ialah memberikan laluan kemenangan mudah kepada Abu Bakar dan beliau (Ramlan) masih ada tempat lagi sebagai Timbalan Ketua Bahagian.

Sangkakala nampak lepas ini akan ada pulak orang yang ditaja untuk merebut jawatan nombor dua di bahagian itu dan ianya adalah untuk menamatkan karier politik Ramlan yang selama ini begitu kukuh di Bahagian Batu dimana dari apa yang Sangkakala tahu, Ramlan mempunyai personal touch dengan cawangan cawangan hinggakan semasa pemilihan pada tahun 2008 dulu Ketua Bahagian sendiri menggunakan khidmat Datuk Ramlan dalam kempen ke cawangan cawangan.

Sangkakala pernah terdengar satu masa dulu dalam mesyuarat bahagian, Datuk Ketua Bahagian telah mengatakan bahawa dimana Datuk Ramlan, disitulah dia dan Sangkakala rasa itu hanyalah retorik semata mata, jika ye perkara tersebut berlaku, sudah pasti tidak akan berlaku pertandingan dalam cawangan Datuk Ramlan dan dari apa yang Sangkakala dengar, ada ketua cawangan yang mendapat endorsement dari Ketua Bahagian sendiri hingga hampir menimbulkan kekecohan.

Ini terjadi di cawangan
Taman Batu Permai di mana Datuk Yahya telah memberi tekanan kepada perwakilan untuk memilih ketua cawangan sedia ada iaitu Raof yang merupakan ahli pkr seumur hidup, Tok Abas secara terang terangan telah berkempen menyokong Raof dalam ucapan perasmian beliau dan microphone ditangan beliau telah dirampas dan hampir mangakibatkan pergaduhan sampai Sangkakala dengar pihak polis juga datang dan berkawal bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.

Cuba lihat sandiwara ni, Raof ketua cawangan yang mendapat endorsement daripada Ketua Bahagian, kenapa cawangan Ramlan ada pertandingan dan kenapa Tok Abas tak buat endorsement juga seperti mana di cawangan Raof? Kalau nak diikutkan Ramlan lebih perlu dipertahankan kerana beliau adalah Timbalan kepada Tok Abas, tapi perkara itu tidak berlaku kenapa?

Apa yang Sangkakala nampak ialah, Tok Abas akan memusnahkan karier politik sesiapa sahaja yang dilihat menjadi saingan kepada beliau dan Ramlan adalah saingan paling rapat, jika Ramlan cuba untuk bertanding sebagai Ketua Bahagian dalam pemilihan nanti, sudah pasti isu kekalahan beliau di cawangana akan dikeluarkan untuk memberikan kesan negatif kepada perwakilan dan ini adalah gerakan yang dilakukan oleh Tok Abas.

Beginilah Datuk Ramlan, kalau dah cawangan pun dilepaskan, baik le jawatan di bahagian juga dilepaskan sebab nanti orang akan berkata Datuk Ramlan kecundang di gelanggang sendiri dan mungkin Tok Abas sendiri mahu perkara itu berlaku, jadi tak payah le nak tunjuk sokongan pada orang yang cuba tikam kita dari belakang, sudahnya nanti kita yang kecewa, takde gunanya pun.

Bagi Sangkakala, Datuk Ramlan disenangi walaupun kadang kadang ayat ayat pedih keluar dari mulut tapi bak kata orang habis di situ sahaja, takde dendam dan sebagainya, cuma apa yang berlaku Sangkakala rasa amat tak sepatutnya berlaku walau apa pun alasan, kalau nak dikatakan dari segi umur, ada ramai lagi pemimpin yang lebih berumur dari Ramlan untuk menerajui cawangan dan sekali lagi Sangkakala amat pelik bila seorang kerani penghantaran di pejabat UMNO bahagian boleh menyimpan niat untuk bertanding di cawangan Timbalan Ketua Bahagian.

Dan sekali lagi Sangkakala bagi tau, jika tidak ada jolokan dan sokongan, maka adalah agak mustahil Abu Bakar berani untuk melawan boss beliau sendiri.


Ha tudiaa !!! nampak dak permainan Ketua Bahagian Batu nih !!! huh !!! sangat keji lagi dikeji !! huh !! macam ni ka nak bagi jadi pemimpin ???? ada cerita hot lagi lepas nih !! cerita bawa MT pergi mana Datuk hoi ??? 

2 comments:

Anonymous said...

Mcm nk tgelak bila baca berita d atas mklum ler si Ramlan ingat Abbas nk skong dia jdi timbalan Ktua Bahagian.msing2 ada strategi kotor nya n nk jaga jwatan jer.kita sama2 tengok sape y kena nanti???? Yang nyata 2/2 makhluk ini mmg tk boleh pkai n jangan ckap nk bela pjuangan org Melayu tpi nk jaga kpentingan sendri. org2 begini ler yang buat UMNO btambah jahanam n rosak.selagi mereka ada jgn citer nk menang bertanding di Parlimen Batu melainkn smua jadi batu sahaja coz mereka tiada visi & misi y jelas utk org Melayu kcuali tabur duit itupun bkan duit mereka hahaha

Anonymous said...

hermes outlet
fear of god
off white shoes

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive