sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Thursday 19 September 2013

PANAS CALON KWU !! RAIHAN PERLU TERUS KEHADAPAN !! @NajibRazak

Apj tertarik dengan cakap-cakap dari dalam wanita Umno sendiri mengenai pencabar Ketua Wanita Umno iaitu Raihan Sulaiman Palestine. Terbaru dari Ketua Penerangan Wanita Umno iaitu Datuk Hamidah Osman yang berkata Raihan bakal berdepan laluan sukar untuk memenanggi jawatan panas tu.

Wahh disini sudah nampak permainan saiko dari team Kak Jijat bagi menekan Puan Raihan. Menurut Ketua Penerangan Wanita itu lagi , Raihan tidak dikenali oleh akar umbi , ehhh nak tanya sikit , Kak Jijat ada turun selalu jumpa akar umbi ke ? Kenal ke Kak Jijat dengan akar umbi wanita Umno ?

Masa Azalina nak lawan kata dia belum kawin , tak ada sifat keibuan la bagai , ni Kak Raihan nak bertanding lawan Kak Jijat lain pulak ceritanya ...

Wahh nak jadi Ketua Wanita Umno ni kena jadi sempurna bagai rupanya ... Mungkin Kak Jijat ni sempurna so takleh ada yang lawan dia la ...

Apj terharu dengan keberanian Kak Raihan melawan Jawatan yang disandang Kak Jijat , tanda wanita Umno mahu berubah dari terus terpalit dengan cerita-cerita yang membuatkan rakyat pening kepala menjawab pelbagai isu.

Buat Kak Raihan terus ke hadapan demi perubahan Wanita Umno. Tunjukkan satu tanda aras baru kebangkitan wanita Umno demi masa depan anak cucu kita. Pedulikan cakap-cakap yang saja nak geli-geli tak bagi ada orang menentang wanita Umno.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

1 comment:

Anonymous said...

Dulu NFC sekarang 1Azam. Asyik asyik kes dia sahaja yang Wanita perlu cover. Pemimpin macam inikah yang perwakilan Wanita masih nak pilih?. Pada pendapat saya bukan No. 1 tu sahaja yang perlu ditukar tetapi yang kiri dan kanan yang asyik mengampu walau pun sedar yang pemimpin mereka tu 'tak boleh pakai' dan melambak kat Chow Kit.

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive