sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Monday, 23 September 2013

PANAS PEMILIHAN UMNO !!! KENAPA HARUS TUN FAISAL BERADA DALAM MAJLIS TERTINGGI !!! @tunfaisal @NajibRazak #TF4MT


Apj sependapat dengan sahabat TaipingMali berkenaan dengan salah seorang wakil exco Pemuda Umno Malaysia iaitu Tun Faisal Ismail Aziz yang bertanding untuk berada dalam Majlis Tertinggi Umno. 

Apj tidak nampak ada sebab perwakilan boleh menolak Tun Faisal untuk berada dalam Majlis Tertinggi Umno. Suara muda harus diberi ruang dalam Majlis Tertinggi Umno agar hasrat dan perjuagan orang muda boleh didengari oleh pemimpin atasan dalam Umno sendiri. 

Sebagai ahli kecil pemuda Umno Apj berasa bangga apabila Tun Faisal berani mahu membawa suara orang muda dalam Majlis Tertinggi apabila menyatakan hasrat untuk bertanding dalam pemilihan nanti. 


Tun Faisal bukan sahaja menjadi contoh yang baik dalam pimpinan beliau semasa menjadi exco pemuda malah segala pandangan dan strategi beliau dalam perang siber membolehkan  kita imbanggi dan memenanggi perang siber selapas era 2008.

Tun Faisal juga selalu menjadi benteng terakhir dalam debat-debat antara BN dan Pembangkang selepas ada wakil debat dari Bn menarik diri untuk berdebat dengan pembangkang. 

Keberanian seperti ini sebenarnya harus kita angkat demi memperjuangkan maruah Umno bukannya yang bacul dan pengecut untuk berhadapan dengan pembangkang. 

Untuk para pewakilan buatlah pilihan yang bijak demi masa depan Umno agar Umno itu terus disokong oleh generasi muda. 

Vote Tun Faisal untuk Majlis Tertinggi Umno !! 



POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive