sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Friday 21 February 2014

HOT NEWS !! AIR KEDAH MAMPU BERTAHAN SELAMA 3 TAHUN !!! (VIDEO ) @MukhrizMahathir #KedahAmanMakmur





Kedah tidak menghadapi krisis air yang kritikal kerana tiga empangan di negeri ini mempunyai kapasiti lebih 1,000 juta meter padu air dan cukup untuk menampung kegunaan domestik dan pertanian.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga, Perumahan dan Pembangunan Insan, Badrul Hisham Hashim berkata tiga empangan di Padang Terap iaitu Empangan Pedu mempunyai air sebanyak 773 juta meter padu atau 72 peratus.

Beliau berkata Empangan Ahning pula mencatatkan jumlah takungan air sebanyak 163 juta meter padu atau 67.43 peratus, manakala Empangan Muda pula mencatatkan 74 juta meter padu air.

Katanya jumlah air di tiga empangan itu mencukupi untuk menampung kegunaan domestik dalam tempoh tiga tahun.

"Kapasiti air yang ada di tiga empangan itu juga dapat disalurkan ke sawah padi untuk satu musim penanaman padi yang akan bermula akhir Mac ini," katanya kepada pemberita selepas melawat Empangan Pedu dekat sini hari ini.

Badrol Hisham berkata rakyat di negeri ini juga tidak perlu bimbang mengenai krisis air pada musim cuaca kering ini kerana sumber air yang ada dapat digunakan dalam tempoh tiga tahun walaupun keadaan ini berterusan.

Beliau berkata, setiap bulan sebanyak 1 juta meter padu air diagihkan untuk kegunaan rakyat negeri ini untuk tujuan pengairan pertanian dan kegunaan domestik. - Bernama

1 comment:

Anonymous said...

Dato Jai perlulah sedar diri. Jangan nak memandai mandai

Semenjak ketiadaan orang lama yang menjadi setiausaha politik YAB PM, saya lihat ada sedikit perubahan yang amat ketara di dalam pentadbiran PMO apabila seorang setiausaha politik yang dilantik sejak zaman Pak Lah cuba untuk merencana politik negeri terengganu. Sebelum pru13 yang lalu individu ini lah juga yang telah memporak perandakan umno negeri terengganu dan menyusun atur calon yang akan bertanding. Kini Dato Jai menjadi sebutan semula apabila sekali lagi mencampuri urusan umno terutama mengatur politik negeri terengganu.

Tugas Dato Jai yang merupakan selaku Setiausaha politik kepada YAB PM dalam hal ehwal berkaitan dengan Agama Islam nampaknya tidak lagi dilaksanakan kerana beliau nampak lebih berminat untuk mengatur politik umno.

Beliau akan merosakkan umno apabila PMO mencampuri urusan dalaman parti kerana Dato Jai perlu sedar diri bahawa dari Presiden UMNO lah yang melayakkan seseorang menjadi Perdana Menteri. Bukan dari PM yang menjadi Presiden. Pekara ini perlu Dato Jai sedar bahawa PMO tidak boleh mencampuri apatahlahi memberikan arahan itu dan ini kepada UMNO.

Dato Jai setiausaha YAB PM perlu sedar bahawa beliau duduk di jawatan tersebut adalah atas ehsan YAB Najib Razak Presiden UMNO. Jadi adalah lebih baik Dato Jai fokus untuk menjaga hal ehwal ugama berbanding mencampuri urusan politik UMNO.

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive