sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Showing posts with label MAHFUZ OMAR. Show all posts
Showing posts with label MAHFUZ OMAR. Show all posts

Monday, 23 February 2015

Terkini : Mahpuz Omaq Kencing Wartawan Hidup-hidup !!! Jenis Haprak



Kah kah kah.. Mahfuz.. Mahfuz.. senak perut aku ketawa.. wakakakaka
Tele - Konferen antara Mahfuz & Sirul tak berjaya selepas 15 kali cuba di hubungi.
Walhal sebelum ini pihak Aussie tidak memberi kebenaran tele - konferen ini.

Apabila wartawan bertanya kepada Mahfuz, bukan kah beliau berjaya menghubungi Sirul sebelum ini?

Mahfuz menjawab : " Itu gurauan"

Wakakakakakaka..

Video : CEO SADA BALUN MAHFUZ OMAR



Makin melalut pulak Mahpuz ni aku tengok, dah terbelit dengan jawapan dari SADA di kona pi kot lain pulak !! Mula-mula bising kata SADA nak bawak naik TARIF AYAQ kat Kedah padahal SADA tak penah duk bincang pun pasal TARIF AYAQ, Lepas Terbelit dengan jawapan SADA, MAHPUZ Kona pulak kata SADA nak buat untung BESAQ nak bagi kat Kerajaan Negeri !!

Apa punya ngok la Mahpuz ni !!! nak tunjuk pandai dan hebat bab kira-kira tapi bodoh piang !!! buat malu Pas saja oii !! 

Ni hang dengaq apa CEO SADA Habaq na !! Jangan duk menFITNAH memanjang !! 

Pengguna air di Kedah tidak perlu bimbang kerana pelarasan desposit yang dilaksanakan bermula 1 Februari lepas tidak ada kaitan dengan kenaikan tarif air sebagaimana didakwa pihak pembangkang, kata Syarikat Air Darul Aman Sdn Bhd (Sada).

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Adzmi Din berkata, pelarasan deposit itu hanya membabitkan 1.73 peratus atau 9,401 daripada kesemua 540,000 pemegang
akaun Sada di negeri Kedah.

"Pelarasan deposit oleh SADA bukanlah satu isu kenaikan (tarif) sebagaimana diuar-uarkan atau langkah pertama untuk menaikkan tarif. Tarif bekalan air Sada
sebenarnya masih belum dibuat kajian. Ia tidak relevan langsung (dakwaan pembangkang)," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Tuesday, 13 January 2015

Eric Paulsen Mohon Maaf Dan Kes Selesai - Mahfuz Omar


Aku marah jugak bila Mahfuz Omar, Ketua Penerangan Pas Pusat suruh Eric Paulsen minta maaf dan kemelut kes Eric ni hina Islam selesai. Mudahnya ungkapan Mahfuz ni ya. Tapi aku puji dia balun Eric ni kata Eric tidak ada hak untuk keluarkan kenyataan menghina Islam. Jom baca petikan artikel dibawah : 

Ketua Penerangan Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, Eric tidak mempunyai hak untuk mengeluarkan apa jua kenyataan mengenai Islam.

"Khutbah bukan sesuatu yang menggambarkan ekstrimisme dalam Islam. Khutbah adalah ibadah orang Islam yang diamalkan dalam masyarakat Muslim.

"Sebagaimana kami orang Islam tidak mempunyai sebarang hak untuk mengeluarkan kenyataan mengenai agama Kristian. Begitu juga dengan dia yang tidak mempunyai hak untuk mengatakan sesuatu mengenai orang Islam," katanya kepada Sinar Online, hari ini.

Jelasnya lagi, tanpa khutbah, solat Jumaat yang ditunaikan oleh masyarakat Islam tidak sah.

"Saya sangat kesal dan kecewa dengan kenyataan dan tindakan yang dikeluarkan oleh orang berilmu seperti dia," ujarnya.

Beliau dalam pada itu turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan undang-undang setimpal ke atas Eric jika dia didapati bersalah.

"Terpulang kepada pihak berkuasa untuk melihat hal ini dari sudut perundangan, namun bagi saya tidak seharusnya kenyataan tersebut diperleceh atau diperkecilkan.

"Penting bagi masyarakat kita untuk menghormati hak-hak kehidupan beragama masing-masing supaya keharmonian dapat dikekalkan," tegasnya lagi.

Mahfuz turut mendesak Eric supaya tampil dengan permohonan maaf, sekali gus menamatkan kemelut yang melanda.


Apapun hari ini 13 Januari 2014, PDRM akan mengeluarkan reman ada Eric. Aku amat berharap PDRM akan bertindak dan hukum lahanat Pro PR ini sekerasnya agar semua pihak tidak lagi berani mengeluarkan kenyataan menghina agama orang lain. 

Monday, 25 November 2013

PANAS !! MAHFUZ BEAN KENA SAWAN BILA ORANG PAS BAKUL SAMPAHKAN DIA DI MUKTAMAR !!!

gambar hiasan


Al kisah Muktamar dan pemilihan Pas  melabuhkan tirainya semalam tentu sahaja memberi kesan kepada mereka yang menang apatah lagi yang kalah.

Aku sebenarnya tertarik dengan keputusan perebutan jawatan naib presiden parti itu apabila Pesuruhjaya Pas Kedah, Mahfuz Omar yang lebih dikenali sebagai 'Mr Bean' Pas gagal mempertahankan kedudukannya. 

Aku ingat orang Pas nak tolak Mat Sabu kerana bukan saja kalah tapi sekutu rapat DAP dan PKR !! tambah-tambah Mat Sabu ni Syiah tapi Mahfuz pulak di 'bakul sampahkan' orang-orang Pas.

Tuesday, 2 July 2013

GEMPAQ TENAT !!!! LA GADUH SAMA SENDIRI LAGI PAS KEDAH NIH !!! MAHFUZ BAKAL DIGULING PULAK ?? #HanyaDiKedah

Dulu 


Lanie 



La Apj ingat dah selesai masalah dalaman parti Pas Kedah selepas puak yang bertelagah dengan puak Mahfuz ni letak jawatan dalam pentadbiran Pas Kedah rupanya ada lagi episod balas dendam nih . 

Menurut blog KedahKeKL ceritanya lebih kurang begini la :

Puak Phahrolrazi dan Dr Ismail takkan dok diam bila Mahfuz jadi Pesuruhjaya Pas Kedah. Mula-mula memang depa diam, hanya protes tak puas hati, letak jawatan dan merajuk.

Kemudian depa jolok blogger pro UMNO macam kami ni hentam Mahfuz dengan mainkan isu akademik. Kami sedar, sebab tu kami tak layan sangat, bagi kami Mahfuz jadi Pesuruhjaya Pas Kedah pun dah macam bonus.

Kemudian bila semua dah ikut plan, depa buat pula himpunan Seminar Pemikiran Ustaz Fadhil Noor. Kononnya nak bincang hala tuju Pas, mengikut pemikiran Ustaz Fadhil. Sapa yang taktau, ingat niat depa tu betul la sangat. Rupanya ada udang disebalik batu, niat nak jadi Pesuruhjaya Pas Kedah tak pernah terpadam.

Kalau ikut pemikiran Ustaz Fadhil, sudah tentu kepimpinan Ulamak yang dibawa. Pas zaman lani, mana ada kepimpinan Ulamak lagi, Hadi Awang pun dah jadi Alamak dari Ulamak. Dewan Ulamak Pas pun dah tak dipandang, pimpinan Pas lebih patuh pada Dap dari Dewan Ulamak.

Jadi Seminar Pemikiran Ustaz Fadhil tu, menjadi medan untuk menghentam Mahfuz yang baru saja naik jadi Pesuruhjaya, kononnya Mahfuz tu bukan Ulamak, jadi tak layak untuk jadi Pesuruhjaya Pas Kedah.

Nampak tak permainan yang cuba dibawa oleh Phahrol dan orangnya.

Sebab tu Mc kata si Phahrol ni otaknya bijak, jahat dan licik. Kalau dia naik jadi Pesuruhjaya memang susah sikit kami nak lawan, tapi kalau Mahfuz, bola tanggung banyak, dia senyum pun kami boleh tibai!

Kalau ada orang kata perbalahan dalaman Pas Kedah dah selesai bila Pas kalah, nampak sangat orang tu taktau apa sebenarnya yang terjadi dalam Pas Kedah lani. Semua perbalahan hanya boleh selesai bila Phahrol naik jadi Pesuruhjaya dan Dr Ismail jadi Timbalan. Tu pun kalau orang Ustaz Azizan nak biar la.

Kalau tak biar, nampaknya perbalahan ni akan kekal sampailah PRU ke 14. 

Kalau macam nilah jadinya , makin senang la kerja kami nak buat . Depa duk bertelagah tak habis-habis sama sendiri , dendam sama sendiri , huh ... Inilah dunia politik , nama ja pejuangkan Islam tapi sebenarnya duk gila jawatan dan dengki mendengki ..

Friday, 28 June 2013

HOT NEWS !! BADUT PAS KEDAH DAH PANDAI PERIHATIN RUPANYA !! DULU BODO PIANG !!! @MukhrizMahathir #HanyaDiKedah



Sebelum aku tulis panjang lagi aku nak gelak dulu !!! muahahaha !!! muahahaha !!! muahahaha !!!  Selama 5 tahun Pas Kedah duk memerintah dan memerah hasil tanah bertuah negeri ini baru hari ni aku tahu yang bijak jugak si Mahfuz Pokok Sena ni dalam bab air , dulu bengong nak mampuih !! Cerita bab air di Empangan Pedu dah sekarang ni , dulu tak mau cerita pulak adoiii !!! 

Jom baca apa Mahfuz ni kata : 

Kata Mahfuz, ini adalah satu keadaan yang cukup membimbangkan, walaupun tahap takungan air di Empangan Pedu masih tinggi, tetapi tahap takungan air yang bakal disalurkan ke empangan terlalu rendah, sehubungan itu beliau mengutarakan beberapa persoalan.

1. Kerajaan Kedah semestinya memaklumkan perkara sebenar ini kepada rakyat, bagi membolehkan rakyat dapat membuat persediaan awal menghadapi sebarang kemungkinan mengenai masalah gangguan bekalan air.

2. Kerajaan Kedah jangan menyembunyikan perkara sebenar di sebalik krisis air ini kerana Empangan Pedu adalah empangan air terbesar di Kedah dan air dari sini adalah untuk keperluan minum dan juga pertanian Kedah.

3. Jangan tunggu sehingga tahap menjadi terlalu kritikal barulah kerajaan mahu bertindak.

4. Mewartakan segera kawasan-kawasan tadahan air seperti yang diarahkan oleh Kerajaan Pusat selepas tindakan menghentikan projek Heli-Havesting di Ulu Muda.

Katanya lagi, keadaan ini amat merisaukan para petani yang berkemungkinan besar tidak akan mengerjakan sawah mereka bagi musim kedua 2005 bermula September ini, memandangkan bagi musim pertama enam bulan lalu telah berlaku pindaan jadual tarikh menanam padi.

Apj baru sedar la ni begitu perihatin dan ambil berat sungguh Mahfuz ni pada rakyat , dulu masa rakyat menderita air kotor sebab pembalakkan haram dan lahanat tu sampai rakyat minum air kotor , mandi air lumpur , sakit kudis kerana air kotor ada ka dia sebut atau datang tengok masalah air ni ?? 

Satu video yang Apj petik dari blog MC mengisahkan penderitaan rakyat akibat kerja pembalakkan yang dihalalkan oleh Pas Kedah , mana muka puak-puak Pas ni , la ni pandai pulak depa pertahankan hak rakyat tatkala Kerajaan BN Kedah berusaha keras , berkerja siang malam bagi menutup segala kecurangan yang Pas Kedah buat selama 5 tahun nih . 

Bukan nak terima kasih malah duk kata macam-macam lagi seolah depa tak berdosa langsung selama 5 tahun dulu. Cehh 



Cer tengok apa dan dimana muka puak-puak Pas dan pak lebai Pas ? Ada depa perihatin dulu ? bila rakyat dak tolak baru kelam kabut nak perihatin masalah rakyat , puihhh blah la weiii Mahfuz .... 

Monday, 17 June 2013

FITNAH TAHAP LAHANAT !!! ZUL YA PAS KEDAH KANTOI !!!! PAS APA NI !!!!



Apj : Kali nipun aku tak mau komen banyak kerana gambar ni boleh bercerita sendiri !!! bergaduh sama sendiri lepas tu tuduh UMNO !!! Fitnah tu barang mainan seperti altramen ka wahai Zul Ya ?? 


Sunday, 9 June 2013

PANAS !!! NAK JADI KETUA PEMBANGKANG KEDAH PUN PAYAH KA PAS ?? !! ADOiii #HanyaDiKedah


Mahfuz enggan campur pemilihan Ketua Pembangkang Dun Kedah

Mahfuz Omar

ALOR SETAR - Pesuruhjaya Pas Kedah, Datuk Mahfuz Omar tidak akan mencampuri urusan pemilihan calon PR sebagai Ketua Pembangkang Dun Kedah.

Beliau berkata, perkara itu diserahkan sepenuhnya kepada kebijaksanaan semua Adun PR untuk memilih calon layak dan sesuai menerajui PR selaku pembangkang setelah tewas dalam PRU13 lalu.

“Saya serahkan kepada Adun PR tentukan siapa paling layak,” katanya.

Mahfuz berkata, walaupun menerajui Pas Kedah, namun sebagai ahli parlimen, beliau tidak terlibat dalam persidangan Dun dan mengambil sikap berkecuali.

Sebelum ini, Adun Anak Bukit, Datuk Ir Amiruddin Hamzah yang juga Bendahari Pas Kedah disebut-sebut sebagai pemimpin paling layak untuk berdepan Menteri Besar, Datuk Mukhriz Mahathir setelah Timbalan Pesuruhjaya I, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi melepaskan jawatannya.

Berdasarkan kedudukan dalam parti, Amiruddin dilihat paling sesuai dan layak dilantik sebagai Ketua Pembangkang Dun Kedah, yang akan bersidang 23 Jun ini.

Sementara, Setiausaha Sekretariat Wakil Rakyat PR Kedah, Mohd Nasir Mustafa berkata, kedudukan kerusi dalam dewan akan menentukan Ketua Pembangkang Dun Kedah iaitu berdasarkan aturan senioriti dalam Dun.

Berdasarkan faktor itu, susunan kerusi dimulai Adun Sungai Limau, Adun Tokai, Adun Pengkalan Kundor dan Adun Anak Bukit.

“Memandangkan Tan Sri Azizan Abdul Razak tidak akan hadir atas faktor kesihatan, tidak mustahil Datuk Mohamed Taulan Mat Rasul memikul tugas itu,” katanya.

Bagaimanapun, Adun Kubang Rotan itu berkata, kesemua Adun PR sepakat memilih Amiruddin untuk mengetuai pakatan itu dalam dewan.

“Dalam mesyuarat awal Jun, kita putuskan Amiruddin mewakili PR dalam Dun Kedah, namun ia juga ditentukan oleh susun atur kerusi kelak. Kami harap Speaker Dun membenarkan Amiruddin bertindak selaku Ketua Pembangkang ekoran Azizan uzur,” katanya. SINAR

Saturday, 8 June 2013

HOT INFO : AZIZAN RAZAK TERIMA GELARAN TAN SRI !! TAHNIAH !!

Bekas MB Kedah tak sangka terima gelaran Tan Sri



ALOR SETAR - Bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Abdul Razak terkejut apabila mengetahui beliau dianugerahkan gelaran itu oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah, sempena sambutan ulang tahun keputeraan baginda, 1 Jun lalu.

Isteri Azizan, Puan Sri Faekah Sheikh Hamzah berkata, sebaik mendapat khabar mengenai perkara itu, Azizan dilihat mengerutkan wajahnya seakan tidak percaya dengan apa yang didengarnya itu, namun kemudian tersenyum.

“Beliau seperti terkejut, tetapi kemudian nampak tenang dan tersenyum. Azizan masih belum dapat bercakap seperti biasa kerana terdapat sambungan tiub di kerongkong. Saya percaya beliau bersyukur dan gembira,” katanya, ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya, berita gembira itu disampaikan oleh Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar ketika mengunjungi Azizan di Hospital Pulau Pinang, pada 2 Jun lalu.

“Azizan mahu menyatakan jutaan terima kasih dan menjunjung kasih terhadap Yang di-Pertuan Agong atas anugerah itu. Sekurang-kurangnya berita itu sedikit sebanyak mengubat hatinya yang agak suram kebelakangan ini,” katanya.

Bekas Pesuruhjaya Pas Kedah itu mencipta sejarah tersendiri apabila muncul sebagai pemimpin Pas yang pertama dianugerahkan darjah kebesaran Panglima Setia Mahkota (PSM), yang membawa gelaran Tan Sri.

Azizan adalah antara 45 individu yang menerima darjah kebesaran PSM, yang merupakan antara darjah kebesaran tertinggi negara dan hanya dianugerahkan oleh Yang di-Pertuan Agong. SINAR 

APJ : TAHNIAH PADA TAN SRI AZIZAN RAZAK DAN MOGA CEPAT SEMBUH 

Friday, 17 May 2013

PANAS LAGI !!!! PHAHROLRAZI LEPAS JAWATAN KERANA KECEWA ?? APO KONO EI JANG !!! SUDOH JATUH DITIMPO TANGGO !! #HanyaDiKedah


ALOR SETAR - Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Kundor Datuk Phahrolrazi Zawawi mengumumkan bahawa beliau telah meletakkan jawatan sebagai Timbalan Pesuruhjaya I Pas Kedah.

Katanya beliau menghantar surat peletakan jawatan yang dipegangnya sejak 2009, Isnin lalu, sehari selepas Pas Pusat melantik naib presiden parti itu, Datuk Mahfuz Omar sebagai Pesuruhjaya Pas Kedah menggantikan Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Katanya surat peletakan jawatan tersebut dihantar kepada Setiausaha Pas negeri Musoddak Ahmad dan turut memaklumkannya semasa mesyuarat khas jawatankuasa politik Pas Kedah malam tadi.

Beliau berkata tindakan melepaskan jawatan sebagai Timbalan Pesuruhjaya I Pas Kedah itu kerana mahu memberi laluan kepada Mahfuz melantik orang kepercayaannya di posisi paling kanan itu.

"Jawatan itu dilantik oleh Pesuruhjaya negeri, bukannya menerusi undian. Kerana mahu menghormati Pesuruhjaya Pas Kedah yang baharu untuk mendapatkan timbalan kanan, wajar saya kosongkannya supaya beliau dapat melantik orang kepercayaan dan individu yang rapat dengannya," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Pada Jun 2011, PAS Kedah yang ketika itu diterajui oleh Azizan sebagai Pesuruhjaya merombak kepimpinan parti berkenaan termasuk menggugurkan Mahfuz yang sebelum itu merupakan Timbalan Pesuruhjaya II dan Datuk Taib Azamuddin Md Taib yang merupakan Timbalan Pesuruhjaya III.

Tempat Mahfuz digantikan oleh Datuk Dr Ismail Salleh manakala Taib Azamuddin digantikan Md Isa Shafie. Phahrolrazi kekal sebagai Timbalan Pesuruhjaya I Pas Kedah.

Phahrolrazi berkata beliau berpendapat Pas Pusat sebelum ini mempunyai dua pilihan sebelum membuat keputusan untuk melantik Pesuruhjaya Pas Kedah yang baru iaitu mengarahkan Timbalan Pesuruhjaya I Pas negeri memangku tugas atau menggugurkan Azizan dan melantik orang lain.

Katanya oleh kerana Pas Pusat mengambil pilihan kedua maka elok bagi beliau melepaskan jawatan bagi membolehkan Mahfuz melantik pasukannya sendiri.

Beliau masih mengekalkan jawatan sebagai Yang Dipertua Pas Kawasan Kuala Kedah.

"Saya tidak fikir Mahfuz akan melantik saya semula sebab saya pun tak berapa rapat dengan beliau. Biarlah beliau membawa idea baharu sebab kalau lantik yang lama masih lagi terikat dengan pendekatan lama," katanya. - Bernama

APJ : TUNDUK MENGALAH :p 

Monday, 13 May 2013

TERKINI : AZIZAN DI ICU !! MAHFUZ DILANTIK PESURUHJAYA PAS KEDAH

 Mahfuz Omar

 Pas umum pelantikan Naib Presiden, Datuk Mahfuz Omar sebagai Pesuruhjaya Pas Kedah yang baru menggantikan Datuk Seri Azizan Razak.

Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali berkata, mesyuarat semalam juga memutuskan untuk membuat post-mortem terhadap keputusan PRU13.

Mesyuarat kepimpinan tertinggi Pas, semalam adalah yang pertama diadakan selepas PRU13 yang dipengerusikan oleh Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Dalam PRU13, Pas menang 21 kerusi Parlimen dan berjaya mempertahankan Kelantan namun tewas di negeri Kedah.

Mahfuz menggantikan Azizan yang sehingga kini masih belum sihat selepas pembedahan kedua-dua belah kakinya akibat diabetes.

Mahfuz pada PRU13 menang kerusi Parlimen Pokok Sena manakala Azizan kekal di Dun Sungai Limau.

HOT NEWS : MAHFUZ GANTI AZIZAN !!!! KESIAN PHAHROLRAZI KERUSI ANGANKU MUSNAH !!!! #HanyaDiKedah

Phahrolrazi Mohd Zawawi.

Timbalan Pesuruhjaya I Pas Kedah, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi tidak kecewa meskipun tidak menerajui parti itu di Kedah, sebaliknya Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar dilantik Pusat sebagai Pesuruhjaya Pas Kedah.


Ini kerana katanya, pihaknya percaya Pas Kedah kini memerlukan seorang pemimpin yang hebat dan mampu mengukuhkan semula parti selepas kekalahan teruk dalam PRU13 lalu.

“Saya tidak kecewa, walaupun saya timbalan, namun Pusat berhak lantik sesiapa sahaja yang difikirkan sesuai dan layak terajui Kedah. Saya terima pelantikan Mahfuz atau sesiapa sahaja pilihan Pusat,” katanya.

Menurutnya, pihaknya tiada masalah dan akan memberi kerjasama terbaik kepada pesuruhjaya baru, dalam usaha mengukuhkan kembali parti itu di Kedah.

“Memang benar ada juga timbalan yang dilantik pesuruhjaya, tetapi tidak semestinya. Ia bergantung pada keupayaan dan keputusan pusat,” katanya, yang lebih 30 tahun bersama Pas Kedah.

Menurutnya, tugas sebagai pesuruhjaya amat berat dan memerlukan kepimpinan terbaik untuk memimpin parti, terutama selepas kuasa pentadbiran terlepas kepada parti lawan.

“Jawatan pesuruhjaya hak mutlak pusat, mereka yang tentukan. Tidak seperti jawatan presiden, timbalan presiden atau naib yang dibuat menerusi pemilihan parti. Manakala jawatan timbalan pesuruhjaya dicadangkan oleh pesuruhjaya dan mendapat sokongan jawatankuasa perhubungan negeri,” katanya.



APJ : YANG DI KEJAR HILANG DI BAWA TSUNAMI AZIZAN

Tuesday, 23 April 2013

VIDEO PANAS !!! 3 BADANG PAKATAN AKAN TUMBANG DI KEDAH !!! TUDIAAA !! LAWAN HARIMAU MALAYA !!! #TukarKedah #TolakPAS #GE13 #BNBagus

YANG NI TAK LEH PAKAI , TAK GUNA SATU SENPUN !! MENYEMAK

\

YANG NI BUAT KERJA TAK GUNA AKAI , APAPUN TAKDAK !! 


YANG NI LALANG !! MACAI ANWAR DARI DULU !!! SAT LARI SANA SAT LARI SINI 


KAN DAH KENA BEDAI DENGAN ORANG KUAT KEDAH 




KAMI SOKONG BN

VIDEO PANAS !! MAT MAHFUZ KENA GEGAR KAT POKOK SENA !!! PM HANTAR ORANG KUAT TOQ !!! #TukarKedah #PRU13 #GE13


Berdasarkan petunjuk sokongan yang di perolehi dari penduduk Parlimen Pokok Sena ketika hari penamaan calon pada 20hb yang lalu, Dato' Sahlan Ismail Nasution begitu yakin dapat merampas kerusi Parlimen Pokok Sena (P008) dari Mahfuz Omar, mampu merampas DUN Bukit Lada serta DUN Bukit Pinang dari PAS dan akan mempertahankan DUN Derga yang di menangi BN pada PRU12 yang lalu.

Bagi Dato' Sahlan, siapa pun yang di calonkan PAS, ianya tidak menjadi masalah atau halangan baginya kerana Dato' Sahlan yakin bahawa sokongan dari pengundi BN, pengundi atas pagar dan segelintir pengundi PAS sudah berjaya di perolehinya di Pokok Sena berdasarkan gelombang kebangkitan rakyat menyokong BN di Kedah.

Selain dari itu " Aku Janji BN Kedah PRU13 " juga memain peranan menarik sokongan penduduk di Parlimen Pokok Sena di PRU13 ini setelah penduduk di Parlimen Pokok Sena begitu yakin bahawa BN mampu menunaikan janji-janji yang telah di lakukan berbanding janji Manifesto PRU13 dari Pakatan Rakyat Kedah.

Sokong dari penduduk di Parlimen Pokok Sena pastinya akan di terjemahkan melalui bentuk undi semasa hari pembuangan undi yang akan berlangsung pada 05 Mei ini.





APJ : MAK Aiii !!!! JAUH BEZA DARI MAHFUZ !!! HEH !!! 

SAYA UNDI BN

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...