sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Showing posts with label PR. Show all posts
Showing posts with label PR. Show all posts

Monday, 24 November 2014

Panas !!! DAP Lancar Protes Senyap Untuk Ajar PAS



DAP secara senyap melancarkan protes terhadap rakan komponen Pakatan Rakyatnya, PAS dan Presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang ekoran sering kali bercanggah pendapat dalam keputusan bersama pakatan.

Timbalan Setiausaha DAP Selangor Ng Suee Lim berkata, PAS perlu membuka mata setelah protes DAP mencalonkan ahli dari partinya bagi jawatan Timbalan Speaker DUN Selangor ekoran kekecewaan parti tersebut terhadap PAS.

"Ini tanda protes senyap kepada PAS terhadap peranannya dan protes terhadap isu Hadi yang sering tidak hadir mesyuarat," katanya yang dipetik Malaysian Insider.

Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali semasa awal pentadbirannya berjanji untuk memberikan kerusi Timbalan Speaker Selangor kepada Adun PAS, sebagai ganti kerusi exco PAS yang kurang menjadi tiga berbanding empat semasa pentadbiran di bawah Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terdahulu.

Namun, DAP pagi tadi mencalonkan nama Ng manakala PAS mencalonkan Adun Bangi Shafie Ngah.

Shafie akhirnya memperoleh 28 undi mengalahkan Ng yang mendapat 14 undi.

Kerusi itu kosong berikutan penyandangnya, Nik Nazmi Nik Ahmad meletakkan jawatan bagi membolehkannya dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) baru.

Wednesday, 12 November 2014

BEKAS PEMANDU PEMIMPIN TERTINGGI PEMBANGKANG DITEMUI MATI TERGANTUNG



Seorang lelaki ditemui mati tergantung di sebuah rumah flat di Ampang, dekat sini semalam.


Difahamkan, mangsa yang dipercayai bekas pemandu seorang pemimpin tertinggi sebuah parti pembangkang, ditemui mati di dalam sebuah bilik, kira-kira pukul 6.30 petang.

Mangsa dikatakan telah meninggal dunia sejak kelmarin sebelum mayatnya ditemui oleh keluarganya.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Khairuldin Saad ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan namun beliau enggan mengulas lanjut.

Utusan Malaysia difahamkan mayat mangsa telah dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk bedah siasat. - UTUSAN ONLINE

Sunday, 2 February 2014

PANAS !! TUN M AKAN LAWAN ANWAR DI PRK KAJANG ??? TUDIAA !!!! #PRKKAJANG



Apj gelihati dengan kenyataan Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Idris Haron melihat bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad merupakan calon paling sesuai mewakili Barisan Nasional (BN) untuk bertanding dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang berdepan Datuk Seri Anwar Ibrahim. 


Sudah lebih 10 tahun Tun Mahathir melepaskan jawatannya dan Apj lebih lihat kenyataan Idris Haron sebagai jenaka sahaja, tidak mungkin dan cukuplah Tun berkecimpung dalam politik selama ini , berikan dia rehat. 

Menurutnya Idris Haron , hanya Dr. Mahathir sahaja yang mampu mengugat Anwar yang bukan sahaja bercita-cita tinggi ingin menjadi Menteri Besar Selangor tetapi mahu mencapai matlamat yang lebih tinggi.

Monday, 13 May 2013

TERKINI : AZIZAN DI ICU !! MAHFUZ DILANTIK PESURUHJAYA PAS KEDAH

 Mahfuz Omar

 Pas umum pelantikan Naib Presiden, Datuk Mahfuz Omar sebagai Pesuruhjaya Pas Kedah yang baru menggantikan Datuk Seri Azizan Razak.

Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali berkata, mesyuarat semalam juga memutuskan untuk membuat post-mortem terhadap keputusan PRU13.

Mesyuarat kepimpinan tertinggi Pas, semalam adalah yang pertama diadakan selepas PRU13 yang dipengerusikan oleh Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Dalam PRU13, Pas menang 21 kerusi Parlimen dan berjaya mempertahankan Kelantan namun tewas di negeri Kedah.

Mahfuz menggantikan Azizan yang sehingga kini masih belum sihat selepas pembedahan kedua-dua belah kakinya akibat diabetes.

Mahfuz pada PRU13 menang kerusi Parlimen Pokok Sena manakala Azizan kekal di Dun Sungai Limau.

Tuesday, 7 May 2013

TERKINI !!! ANWAR TERKEDU AMERIKA IKTIRAF KEPUTUSAN PRU13 MALAYSIA #PRU13 #BNBagus


WASHINGTON - The United States has recognized Malaysia's election result, calling it the "most competitive" in the Southeast Asian nation's history, despite opposition claims of irregularities in the vote.

State Department spokesman Patrick Ventrell said the U.S. looked forward to working with the government to be formed by Prime Minister Najib Razak after his coalition returned to power after winning Sunday's parliamentary elections with a diminished majority and despite losing the popular vote.

Ventrell told reporters in Washington on Monday that the U.S. was aware of concerns about voting irregularities and noted the opposition parties faced significant restrictions on access to the media.

He said addressing these issues is important for strengthening confidence in the electoral process, and called on all parties "to peacefully respect the will of the voters."

Sunday, 5 May 2013

GEMPAR !!! DEPA DAH MAIN SMS PROVOK DAH !! CELAKA #PRU13 #GE13


Awas Mainan SMS Oleh PR Mengenai Perkembangan Terkini

Pengalaman lalu menunjukkan banyak perkhabaran palsu dan propaganda songsang disebarkan oleh pihak pembangkang terutama menjelang hari pengundian dalam usaha untuk mewujudkan suasana keliru atau lain-lain tujuan yang bermotifkan politik.

Dalam keadaan tertentu kandungan SMS atau khabar angin itu boleh menyebabkan suasana panik, itu tambah menyeronokkan PR yang mengharapkan kebaikan dari kejahatan yang mereka lakukan.

Isi kandungan SMS atau perkhabaran berita terkini yang palsu itu mungkin sahaja berbentuk propaganda, kempen, serangan peribadi, keputusan sesatu kawasan atau apa sahaja yang pastinya ia mungkin mengelirukan pengundi pada saat akhir.

Mengambil iktibar dari pengalaman itulah rakyat Malaysia perlu sentiasa berhati-hati dan jangan sesekali terpedaya dengan berita angin dan khabar yang tidak pasti yang sengaja disebarkan oleh PR termasuklah SMS yang diterima.

Sedangkan bahan kempen BN pun mampu mereka palsukan demi mencapai matlamat politik mereka, setakat menyebarkan SMS reverse psycho bukannya satu perkara yang sukar pada mereka.

Yang pasti nawaitunya menurus kepada untuk manfaat PR dan impak buruknya pula terbeban di bahu BN.

Kaedah kempen sebegini sememangnya sinonim dengan pembangkang yang sering kali mengharapkan kelebihan dari perkara yang buruk. Mereka akan memanipulasi segala cara yang ada tanpa mengambil kira soal moral atau kebenaran.

Justeru itu khalayak ramai perlu sentiasa berwaspada dan mengabaikan propaganda sedemikian serta pastikan hanya merujuk pada sumber sahih dalam menentukan keputusan.

ULANG PRU13 !!! PUSAT PELACURAN DI KEDAH YANG TERBESAR ?? !! KALAU PERINTAH LAGI MAMPUIH LA !!!! #PRU13 #GE13


Masih ingat lagi isu pusat hiburan House Bar di Alor Mengkudu?? Kalau tak ingat biaq aku refresh balik apa yang Pas buat selama 5 tahun mentadbir negeri Kedah..

House Bar adalah satu bala Kerajaan Pas Kedah di mana ada pemimpin pemimpin Pas terlibat secara langsung dalam hal ini...Akibat terbongkarnya isu ini, Azizan terpaksa mencari pelbagai alasan untuk menafikan pemimpinnya terlibat, walaupun beliau tahu pekara sebenar..


5 tahun Pas perintah kedah pusat hiburan sepatutnya makin berkurang, tetapi lain pula jadinya. Hampir 500 lebih premis pusat hiburan di Kedah dilberikan kelulusan untuk beroperasi.Walaupun tidak mempunyai lesen yang sah tetapi Exco PBT tetap memberi keutamaan kepada mereka untuk memohon lesen..

Bila diserang bertubi tubi, exco berkenaan lepas tangan, MB pulak salahkan orang lain dalam hal ini ?


Bab kelulusan lesen pusat hiburan Di Kedah didalangi oleh Phahrolrazi..Bila isu ini dibongkar beliau menuduh KCS dan pegawai kerajaan tempatan cuba memperburukkan kerajaan negeri..Menurut dari sumber dalaman Pas, beberapa taukeh cina ada datang berjumpa beliau untuk mendapatkan lesen kelulusan pusat hiburan..Ini adalah salah satu contoh bukti surat yang di tandatangani oleh EXCO terbabit.


Ahli majlis sebenarnya tidak pernah meluluskan lesen tapi EXCO yang meluluskan..Akhirnya pusat pusat hiburan ini dibuka..Pusat hiburan ini hanya boleh dikompaun saja dan tidak pernah diarahkan tutup atau di sita oleh EXCO...Zaman Kerajaan UMNO/BN memerintah kelab malam diarahkan tutup tapi bila zaman pas langsung tiada arahan untuk ditutup..Pemilik hanya dikenakan kompaun biasa sahaja..Lepas bayar semuanya SELESAI..

Kalau kita tengok manifesto Pas Kedah pada PRU yang lalu Pas berjanji untuk mengawal semua punca yang boleh menyumbangkan kepada gejala negatif seperti penyalahgunaan dadah, melepak, pergaulan bebas dan hiburan yang melampau..


Adakah Pas berjaya mengawal semua yang dijanjikan pada manifesto PRU lalu atau Pas berjaya menambah pusat pusat hiburan di Kedah ?? Kewujudan pusat pusat sebegini sebenarnya telah merosakkan akhlak anak anak muda ..

Memang benar kata pemimpin pemimpin Pas lesen pusat hiburan ini diberikan untuk tempat berhibur bagi orang bukan melayu TETAPI Pas boleh pasti kah orang melayu tak masuk ?? Malah ada anak berbangsa melayu bekerja dalam pusat hiburan di Alor Star..Pas tak malu kah ??

Kini pusat hiburan di Kedah menjadi satu kebiasaan untuk remaja remaja melepak..Contoh gambar dibawah ini kelihatan beberapa anak muda bangsa melayu datang ke pusat hiburan


anak melayu depan pusat hiburan


tunggu masa nak masuk dalam


depan pintu masuk







Pekara begini sepatutnya boleh dielak jika Pas betul betul menunaikan apa yang janjikan pada manifesto PRU yang lalu..Sekarang ini Pas mentadbir Kedah, pas boleh melakukan apa saja kalau rasa apa yang kerajaan BN sebelum ini buat tak betul..Tak perlu berdolak dalih menyalahkan pihak lain sedangkan kelulusan premis hiburan di Kedah dibawah kuasa kerajaan negeri..


Jadi kepada rakyat Kedah, adakah anda mahu menyokong pakatan?? Kalau pangkah lagi lepas ni Kedah jadi mini danok lah.. Totok lepas Pas tak payah pi di siam dah lepas ni.. MEDAN TEMPUR

Saturday, 4 May 2013

PANAS !!!! MERDEKA CENTRE BUAT ANWAR SAKIT HATI !!! #PilihBN #TolakPR #NajibMyPM #GE13 #PRU13 #BetterNation


Kajiselidik terbaru Merdeka Centre yang menjalankan kajian dari tempoh 28 April hingga 2 Mei mendapati majoriti rakyat Malaysia menerima PM Najib dan percaya kepada BN.

61% responden berpuas hati terhadap prestasi PM Najib.

50% responden mempunyai persepsi positif terhadap BN.

Pakatan Rakyat hanya mendapat 34% persepsi positif.

58% merasakan Malaysia, secara keseluruhan, sedang berada di landasan yang betul.

Isu penting dalam kajiselidik ini adalah isu ekonomi, di mana majoriti rakyat Malaysia berpuas hati dan memuji pembaharuan-pembaharuan ekonomi di bawah PM Najib.

Inline image 1

Inline image 2

Inline image 3

Tuesday, 30 April 2013

KECOH !!!! DAH DI LONGKANGPUN PEMBANGKANG !!! #TolakPR #GE13 #PRU13 #TolakPR #BetterNation




SOKONGAN TERHADAP BN MELONJAK, PEMBANGKANG BAKAL KECUNDANG

Kurang tujuh hari sebelum hari mengundi pada 5 Mei 2013, lonjokan sokongan rakyat terhadap Barisan Nasional semakin mantap dan kukuh.

Di mana sahaja Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menjejakkan kaki untuk berkempen dan bertemu rakyat, beliau di sambut dengan penuh kemeriahan dan keceriaan.

Ini merupakan satu indikasi amat positif bahawa rakyat sudah sedar bahawa BN sesungguhnya ikhlas apabila ia menyatakan iltizam untuk berubah menjadi kerajaan yang lebih prihatin, telus, bertanggungjawab dan dinamik.

Sokongan padu rakyat juga mencerminkan bahawa agenda transformasi yang digerakkan oleh Datuk Seri Najib diterima baik oleh rakyat dan ini dizahirkan dengan respons pro-aktif kepada calon-calon BN di seluruh negara sepanjang kempen Pilihan Raya Umum ke 13.

Kemungkinan BN menang besar dengan mendapat kembali majoriti dua pertiga di dalam Dewan Rakyat tidak boleh dinafikan lagi.

Bagaimanapun keadaan yang sama tidak boleh digambarkan bagi pakatan pembangkang yang terdiri daripada PKR, Pas dan Dap malah apa yang berlaku di dalam kancah politik Pakatan Rakyat adalah amat berbeza sekali dengan situasi yang dialami BN.

Pakatan Rakyat semakin goyang dan pakatan yang digembar gemburkan selama ini hanyalah satu khayalan atau 'marriage of convenience'.

Keadaan di dalam pembangkang sebenarnyya amat parah kerana sejak dari mula diasaskan sebagai Pakatan Rakyat ketiga-tiga parti sentiasa bertelagah dari segi ideologi.

Isu pelaksanaan hukum hudud yang diperjuangkan oleh Pas sentiasa menjadi duri dalam daging dalam pakatan pembangkang.

Dap dengan disokong PKR tetap menentang sebarang usaha Pas untuk memghidupkan impiannya melaksana hukum jenayah Islam jika pembangkang berkuasa.

Malah pemimpin Dap Karpal Singh telah menyatakan parti itu bersama PKR akan menentang niat Pas untuk meminda Perlembagaan bagi melaksanakan hukum hudud.

Pas, PKR dan Dap hanya berkongsi kebencian mereka terhadap UMNO dan BN dan perasaan inilah yang menjadi tali politik yang mengikat perpaduan longgar mereka.

Selain  daripada tidak ada apa-apa persamaan yang membolehkan pakatan tersebut bertahan lebih lama sehingga lepas PRU13.

Ini kerana Pakatan Rakyat hanya wujud untuk mendapatkan kuasa politik bagi kepentingan pemimpin-pemimpin pembangkang dan   bukannya diasaskan untuk memperjuangkan nasib serta kebajikan rakyat.

Perbalahan Pas dan PKR umpamanya amat serius sehingga di tujuh kawasan parlimen serta dewan undangan negeri, calon daripada kedua-dua parti berlawanan antara satu sama lain.

Malah Presiden Pas Abdul Hadi Awang memperlekehkan calon-calon PKR yang mana ada di antara mereka dakwa beliau terlibat dalam penjualan pil kuda, menyokong fahaman komunis dan Marxist serta tergolong dalam kumpulan haru.

Dap juga tidak sunyi daripada masalah dalamannya di mana beberapa pemimpinnya bertindak bertanding sebagai calon bebas di Johor dan Melaka.

Percanggahan ideologi antara Pas, PKR dan Dap serta pendirian berbeza dalam beberapa isu penting yang melibatkan hak-hak orang Melayu dan agama Islam juga kini dipertikaikan rakyat.

Dalam isu kalimah Allah, Pas sehingga kini tidak dapat memberikan penjelasan yang memuaskan kepada penyokong dan rakyat bagaimana parti itu boleh tunduk kepada tekanan PKR dan Dap supaya kalimah itu boleh digunapakai oleh penganut Kristian dan kitab Injil.

Penyokong Pas melihat kepimpinan parti itu telah menjual maruah dan harga dirinya kepada Dap kerana sanggup berkompromi berhubung perjuangan 'Negara Islam'.

Kini dalam pakatan Pas tidak lagi boleh menyebut tentang negara Islam tetapi hanya sekadar 'Negara Berkebajikan'.

Begitu juga skandal video seks yang membabitkan Setiausaha Agung Pas, Mustapa Ali yang sehingga kini sunyi senyap.

Adakah langkah Abdul Hadi yang memilih untuk melakukan sembahyang hajat daripada menyiasat kesahihan video tersebut sengaja untuk menutup kerosakan moral dan akhlak pemimpinnya?

Pemimpin pakatan, Anwar Ibrahim juga tidak habis-habis dengan cerita skandal di sana sini yang hanya membuktikan pembangkang tidak langsung mempunyai kelayakan bukan sahaj dari penilaian kemampuan tetapi juga kredibiliti dari segi moral dan akhlak.

Laungan dan teriakan pembangkang menuju ke Putrajaya seperti yang mereka bertempik selama ini nampaknya semakin jauh kedengaran dan sampai ke 5 Mei nanti suara itu terus tidak kedengaran langsung.

GEMPAR !!! RUPANYA TUN M MANUSIA TERKAYA DI DUNIA !!!! #TolakPR #GE13 #PRU13 #TolakPR #BetterNation



Jika Tun Mahathir Ke-2 Terkaya di Dunia, Anwar Pertama?  

Walaupun sudah bersara, Tun Mahathir kekal menjadi musuh utama pembangkang.  Kesungguhan beliau membantu kempen Barisan Nasional dalam PRU-13 ini benar-benar menyesakkan dada pembangkang.

Sehingga ke satu tahap mereka tidak mampu menahan semarak aura Tun Mahathir dan tidak mampu juga untuk mematahkan kata-kata beliau, maka mereka bertindak melepas geram dengan mempersoalkan ajal beliau yang belum sampai.  Mereka juga tidak mampu lagi menyembunyikan dendam peribadi terhadap beliau dengan menyatakan secara terbuka betapa cita-cita mereka untuk memenjarakan beliau sejurus berkuasa.

Serentak dengan itu, tentera siber mereka pun ditugaskan menyerang Tun Mahathir.  Justeru, tersebarlah berbagai artikel untuk memburukkan beliau.  Antara yang paling menarik ialah artikel yang menuduh beliau sebagai orang ke-2 terkaya di dunia seperti yang tertulis di sebuah blog pro-pembangkang:

Perkara yang paling aneh berlaku sehari yang lalu apabila nama bekas perdana menteri Malaysia, Mahathir Mohamad telah dengan misterinya dipadam dari senarai Wikipedia yang memberi maklumat tentang harta yang dimiliki oleh pemimpin semasa dan bersara di negara-negara serata dunia.  Dengan menyebut 53 rujukan, Wikipedia telah menyenaraikan Mahathir sebagai bekas pemimpin negara yang kedua terkaya di dunia selepas Presiden Mesir, Hosni Mubarak yang memiliki sejumlah sekitar US $40 ke US$ 70 billion.

Kononnya, maklumat ini didapati dari Wikipedia, namun hilang sejurus selepas mereka melayarinya.   Tidak pasti kenapa mereka mesti menyatakan maklumat tersebut hilang secara tiba-tiba.  Apakah mereka cuba menggambarkan seolah-olah Wikipedia juga berada di bawah kawalan Tun Mahathir atau BN?

Sedangkan jika kita melayari Wikipedia berkenaan personaliti-personaliti politik di Malaysia, mahupun jika mencari maklumat mengenai mereka di ‘google search’ atau ‘yahoo search’, kita akan dapati bahawa kebanyakannya mengutamakan atau memaparkan maklumat yang cenderung berat sebelah di sebelah pembangkang.   Justeru, di mana logiknya Wikipedia, google atau yahoo dikawal oleh Tun Mahathir atau BN.

Pelik juga apabila maklumat mengenai kekayaan Tun Mahathir ini hanya tersebar selepas beliau bersara dan menjelang pilihanraya ke-13.   Sedangkan, selama 22 tahun beliau memerintah dan beberapa tahun kemudiannya setelah bersara, tiada pun yang mengungkit perihal kononnya beliau begitu kaya?  Dengan begitu ramai musuh dan begitu hebat sekali ‘korupsi’ beliau sepertimana yang dituduh pembangkang, kenapakah tiada usaha dari pembangkang untuk membawanya ke mahkamah?   Jika pembangkang boleh melakukan cubaan untuk menyaman beliau atas tuduhan memfitnah Anwar, kenapa tidak boleh mendakwa beliau atas tuduhan korupsi?

Jika alasannya ialah mahkamah tidak adil dan berada di dalam kawalan Tun Mahathir, kenapakah Anwar lepas bebas?  

Oleh itu, pesan kita kepada pembangkang, sekiranya ingin memfitnah, sekurang-kurangnya, biarlah konsisten.  Fitnah yang tidak konsisten mudah saja dikantoikan.  Takkanlah dah terlalu banyak kali terkantoi pun masih belum belajar dari kesilapan lagi?

Mengikut senarai Forbes, orang yang ke-dua terkaya di dunia ialah Bill Gates dengan kekayaan berjumlah USD67billion.   Tun Mahathir langsung tiada dalam senarai orang-orang kaya dunia.  

Kehidupan Tun Mahathir juga membuktikan bahawa beliau tidaklah semewah mana.  Tanpa gelaran Bekas Perdana Menteri dan Penasihat Petronas, segala kemudahan yang dinikmatinya dari segi perjalanan dan lain-lain tentulah sukar baginya.  Namun, tentulah bohong juga jika dikatakan Tun Mahathir miskin.  Jika benar beliau miskin maka tentulah satu penangan yang memalukan bagi Malaysia sebagai sebuah negara yang makmur.  Tentulah ada yang tidak kena dengan negara ini jika bekas Perdana Menteri yang begitu banyak berjasa, bertaraf negarawan dan berdiri sebaris dengan pemimpin dunia akhirnya hidup dalam kemiskinan setaraf rakyat biasa.

Tidak kira betapa kaya atau miskinnya Tun Mahathir, apa yang pasti ialah beliau belum mampu memiliki atau menyewa jet peribadi dan helikopter seperti Anwar Ibrahim sekadar untuk berkempen.   Namun, bohong juga jika dikatakan beliau tidak mampu tinggal di hotel mewah di luar negara.   Pun begitu, beliau tidaklah sehebat Anwar yang mampu melakukannya beratus kali setahun dengan wang sendiri.  

Jangan lupa bahawa Anwar keluar negara selalunya bukan atas jemputan, tetapi atas inisiatif sendiri untuk memburukkan negara ini.  Berbeza dengan Tun Mahathir di mana kebanyakan perjalanan beliau adalah atas jemputan dan segala kos yang terbabit ditanggung pihak yang menjemput.

Oleh itu, jika Tun Mahathir dikatakan ke-dua terkaya di dunia, di mana pula kedudukan Anwar?   Lebih dari itu, di mana pula kedudukan Bill Gates?  Atau Carlos Slim Helu, iaitu orang yang terkaya di dunia pada ketika ini mengikut senarai Forbes?

Apakah pembangkang cuba menyatakan bahawa ‘Forbes’ juga dikuasai oleh Tun Mahathir kerana tidak memaparkan senarai sebenar?

Wednesday, 3 April 2013

WOII HAMPA FAHAM DAK NI !! AUKU DAN PTPTN NI APA DIA ?? HUH !! #TolakPR #ManifestoBukanJanji #GE13 #PRU13



Inline image 1


Antara polemik perjuangan Pakatan Rakyat adalah untuk memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) & pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Inline image 2

PTPTN selama 17 tahun telah banyak berjasa kepada pelajar-pelajar yang kini menjadi sebahagian daripada penjana kemajuan negara.

Inline image 3

Inline image 4

Inline image 5

HAMPA TAU DAK YANG PR NI DOK JANJI INTAN PERMATA , GUNUNG GANANG , BULAN  BINTANG , TAPI INI HANYA JANJI MANIS , GULA-GULA UNTUK HAMPA !! LEPAS MENANG APA YANG HAMPA DAPAT ??? 

JANGAN MENANGIS TIADA LAGU SUDAH LA NO !!! 

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...