APJ : TMK DESAK AZIZAN BUBAR DUN KEDAH !!!!
Showing posts with label ADUN PAS KUPANG. Show all posts
Showing posts with label ADUN PAS KUPANG. Show all posts
Tuesday, 5 February 2013
Wednesday, 30 January 2013
KES TANAH KUPANG : PAS KUPANG BODOH LAGI BAHALOL !! UGUT NAK SAMAN PENEROKA !!! TUIHHH !!! SAMAN LA !!! LAIN KALI TELITI DULU SEBELUM SEBUT NAK SAMAN !! MALU SIAL PAS KUPANG BODOH #SlmtknGngInas #tukarkedah
Setelah pendedahan dilakukan oleh media berkenaan kes penipuan YB Pas ambil duit orang kampung, kononnya untuk keluar geran tanah.
Pendedahan tersebut boleh baca kat SINI dan SINI. Kalau tak baca sudah tentu anda semua tak tahu cerita sebenar.
Selepas pendedahan tersebut, blog Kamera Kupang telah mendedahkan jawapan dari Pejabat Adun Pas Kupang. Maknanya Cikgu Joe dah panas pungkoq dengan pendedahan media terhadapnya.
Memang puak pencacai Pas ini bodoh takdak dah. Korang kena dengar betul apa pakcik Tahak Lahamad kata, malah kami ada rakaman pakcik Tahak dalam video kat bawah.
Pakcik ni tak cakap pun dia yang mohon tanah tu...tapi nama beberapa orang anaknya yang memohon. Resit yang dikeluarkan bukan atas namanya tapi atas nama anak-anaknya. Cuma dia yang mengusahakan tanah-tanah tu.
Tak percaya, dengar betul-betul apa pakcik Tahak tu kata.
"Sejak dahulu memang tanah yang kami teroka tiada geran dan pelbagai usaha dilakukan untuk mendapatkan geran tanah ini.
"Apabila Pas berjaya mentadbir negeri ini, pemimpin mereka berjanji mahu memberi geran tanah kepada kami, namun sehingga sekarang tiada apa-apa berita mengenainya.
"Saya juga sudah bayar RM10,000 untuk urusan mendapatkan geran ini di pejabat ADUN Kupang tetapi tiada apa berlaku dan saya rasa ditipu," katanya kepada pemberita selepas sesi dialog bersama ADUN Bayu, Datuk Azmi Che Husin dan penasihat undang-undang Unit Media Baru Pemuda UMNO, Tun Mohd. Amar Aziz di Dewan Orang Ramai Kampung Iboi.
he he he.. nampaknya Cikgu Joe dah mula rasa panas punggung. Tu la orang suruh buat kerja elok-elok, tapi hangpa dok tipu orang kampung. Kalau nak kata hangpa tolong orang kampung pun agak-agak la. Dah hampir 3 tahun, senyap dan sunyi tanpa berita.
Malah tanah di Gunung Inas tu dah diberikan pada orang lain. Bukan ini saja bukti kami, kami ada banyak lagi bukti wahai Cikgu Joe. Kalau Azizan nak jawab, biar dia jawab. Kita tengok apa kata MB taktau apa tu nak bersuara juga.
He he he.. Islam konon.. Islam pala angguk dok muhung orang merata!
APJ : PEKAK LA PAS NI !!!
Monday, 28 January 2013
EKSKLUSIF : VIDEO KEMARAHAN PENDUDUK MAKIN KEMUNCAK KEPADA YB ADUN PAS KUPANG !!! TINDAKKAN AKAN DIAMBIL !! #SlmtknGngInas #tukarkedah

Kemarahan penduduk yang ditipu oleh YB ADUN PAS KUPANG semakin memuncak dan mereka bersatu untuk mengambil tindakkan kepada Pejabat Adun PAS Kupang ~
BALING - Kerajaan Pas Kedah didakwa gagal menunaikan janji untuk memberi geran hak milik tanah kepada 119 peneroka tanah hutan di 11 buah kampung di sekitar peti undi Kampung Iboi, Kupang di sini.
Difahamkan pada 2011 dan 2012, peneroka tersebut juga membuat bayaran di pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kupang, Johari Abdullah antara RM1,000 hingga RM10,000 mengikut keluasan tanah bagi tujuan mendapatkan geran, namun sehingga kini tiada maklum balas yang diterima.
Seorang peneroka terlibat, Tahak Lahmad, 70, berkata, dia mengusahakan tanah seluas 12 hektar di kawasan Kampung Iboi sejak 50 tahun dahulu dengan mengusahakan tanaman getah dan durian.
"Sejak dahulu memang tanah yang kami teroka tiada geran dan pelbagai usaha dilakukan untuk mendapatkan geran tanah ini.
"Apabila Pas berjaya mentadbir negeri ini, pemimpin mereka berjanji mahu memberi geran tanah kepada kami, namun sehingga sekarang tiada apa-apa berita mengenainya.
"Saya juga sudah bayar RM10,000 untuk urusan mendapatkan geran ini di pejabat ADUN Kupang tetapi tiada apa berlaku dan saya rasa ditipu," katanya kepada pemberita selepas sesi dialog bersama ADUN Bayu, Datuk Azmi Che Husin dan penasihat undang-undang Unit Media Baru Pemuda UMNO, Tun Mohd. Amar Aziz di Dewan Orang Ramai Kampung Iboi, di sini hari ini.
Seorang lagi peneroka, Leha Seman, 60 yang merupakan ibu tunggal berkata, dia juga membayar RM1,000 untuk urusan mendapatkan geran tersebut dan sehingga kini geran itu masih gagal diperoleh.
"Saya terpaksa mengeluarkan wang simpanan saya untuk mendapatkan geran tetapi sehingga sekarang tiada maklum balas diterima," katanya.
Dalam pada itu, Azmi berkata, peneroka yang terlibat disaran menubuhkan jawatankuasa bertindak dengan segera bagi menangani masalah tersebut dan membuat laporan polis tentang kemungkinan wujudnya penyelewengan.
"Kita bukan hendak tuduh ada penyelewengan tetapi kita percaya berlaku hal sedemikian berdasarkan bukti dan resit yang dibawa oleh mereka yang terlibat hari ini.
"Kita hendak tahu ke mana duit yang diberikan kepada pejabat ADUN Kupang kerana sampai sekarang tiada geran dikeluarkan oleh kerajaan negeri," katanya.
Dalam pada itu, Tun Mohd. Amar berkata, satu memorandum berkaitan hal tersebut akan dihantar kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dalam masa terdekat dan pihaknya akan melihat perkara itu dari sudut undang-undang. - Utusan
APJ : YB JOE ingatlah ye ~ bukan selalunya kita boleh terbang tinggi dan tak semua orang kampung boleh ditipu . Jangan jadi manusia berbin atau berbintikan syaitan
ADUN PAS KUPANG TIPU GERAN TANAH : PAKCIK TUA LUAH PERASAAN BERGOLOK BERGADAI !!!! #SlmtknGngInas #tukarkedah
Pak Tahak antara 110 orang peneroka tanah di kaki Gunung Inas yang ditipu oleh Adun PAS Kupang kerana janji-janji manis YB PAS Kupang berkenaan. Mereka diarahkan membayar bermacam-macam perkara bagi proses untuk mendapatkan geran tanah yang diterokai mereka.
Ada antara mereka sanggup membayar rm 1000 hingga 10 ribu ringgit untuk mendapatkan geran tanah berkenaan. Bukan bari sebulan atau 2 bulan perkara ini terjadi tetapi sudah hampir 2 tahun penduduk yang membayar kepada pejabat Adun PAS Kupang masih tidak mendapat apa-apa lagi geran atau surat dari pejabat tanah.
Menurut Pak Tahak 70 , beliau terpaksa berhutang dan bergolokgadai bagi menjelaskan rm 10000 untuk mendapatkan geran tanah yang diteroka beliau kepada pejabat Adun PAS Kupang. Pak Tahak ternyata kecewa kerana PAS yang mendaulatkan Islam telah menipu penduduk yang susah seperti beliau dan rakan-rakannya.
Kerana tidak lagi mampu bersabar mereka berkumpul dan berdialog bersama penasihat undang-undang unit media baru iaitu Tun Mohd Ammar dan wakil daripada UMNO bagi mendapat pandangan untuk menyelesaikan masalah yang berlaku ini.
Mereka sepakat menubuhkan Badan Bertindak bagi menghantar memorandum kepada Menteri Besar Kedah dan membuat laporan POLIS dan SPRM beramai-ramai.
APJ : buat YB Jo , Time kamu sudah berakhir ~~~
Sunday, 27 January 2013
PENDEDAHAN EKSKLUSIF : YB ADUN PAS KUPANG TIPU PENDUDUK !! VIDEO SIDANG MEDIA !!!! JOM TENGOK !!! #SlmtknGngInas #tukarkedah
Episod penipuan ini tidak hanya selesai disini, TMK akan update isu ini hari demi hari. Kita dedahkan apa yang Pas buat di Kedah.
Sudah la tidak menolong rakyat, Pas menipu dan curi duit rakyat pulak tu. Apakah semua ini boleh dimaafkan?
BANYAK LAGI LEPAS NI !!!!
EKSKLUSIF : JUAL TANAH TAPI HABUKPUN TAK ADA ! DUIT RAKYAT SAPU!! APA CERITA NI ADUN PAS KUPANG !!!! #SlmtknGngInas #tukarkedah
Diatas adalah alamat pejabat YB Johari Abdullah, Adun Kupang, Adun Pas Kedah. Tengok alamatnya betul-betul, kalau boleh hafal sekali.
Orait.. kalau korang dah hafal alamat pejabat dia, sekarang kita lihat pula surat yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Gunung Inas, yang sememangnya didalangi oleh Pas Kupang. Perhatikan betul-betul!
Tapi yang menjadi sangsi, resit itu pula bukan dari pejabat tanah daerah. Resit yang mereka berikan, resit buatan sendiri yang dicop oleh Jawatankuasa Gunung Inas. Jawatankuasa yang didalangi oleh Pas ini mengambil duit permohonan dari penduduk kampung, kononnya akan memfailkan permohonan kepada pejabat tanah.
Urusan permohonan dan pembayaran ini dilakukan oleh orang-orang YB Johari. Siapa yang tak teruja bila boleh memohon tanah ikut suka kita. Tentulah berpusu-pusu orang kampung ke pejabat Adun untuk memohon tanah dan geran tanah.
Pelik juga bila mengetahui perkara ini. Urusan pejabat tanah boleh dibuat di PEJABAT WAKIL RAKYAT PAS KUPANG. Macam ada yang tak kena saja ni?
Sepatutnya, segala urusan berkenaan dengan Tanah Rezab Kerajaan di bawah urusan Pejabat Tanah Daerah Baling, maknanya disini, PAS Kupang mengambil kesempatan ke atas permohonon Tanah Rezab Kerajaan.
Mc difahamkan, jumlah bayaran yang di buat pemohon tanah geran tu dah mencecah ratusan ribu ringgit. Di kampung itu saja jumlah pemohon melebihi 50 orang. belum lagi dicampur orang luar yang datang bukan sahaja dari dearah Baling, tetapi sekitar negeri Kedah.
Benda ni betul ke tipu? Kita tengok lagi,
Bila dah bayar, pemohon akan diberikan surat diatas. Lihat surat yang dikeluarkan PEJABAT YB PAS KUPANG, SURAT TANPA NAMA dan COP PUN TIADA. Apakah surat ini sah? Tengok lagi gambar dibawah, resit pembayaran yang dikeluarkan oleh Pejabat YB.
Tapi benarkah dia akan tolong? Atau semua ini penipuan?
APJ : BANYAK LAGI PENDEDAHAN LEPAS NI WEIII HUH !!!
Subscribe to:
Posts (Atom)
POSTING PALING HOT
-
Buat artis-artis terutama artis perempuan hati-hatilah memilih pakaian semasa berlakon tu, kang dah jadi lagu ni.... hanya ingatan .....
-
'Bihun Istimewa' cap masjid keluaran sebuah kilang di sini tidak mempunyai sijil halal yang sah, demikian menurut Jabat...
-
J Sebuah page 'Jom Stream' telah membuat undian Online antara Perdana Menteri Dato Seri Najib Razak dan Mantan Perdana Men...
-
Junko Furota – Mangsa Seks yang Paling Malang Salam semua. Tadi saya terbaca tentang Junko Furota, seorang mangsa seks yang pal...
-
Hari pembukaan Sidang Parlimen tadi tercemar apabila pihak Ahli Parlimen Pakatan Rakyat bertindak biadap dengan tidak menghormati Yang ...











