sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Showing posts with label SULU. Show all posts
Showing posts with label SULU. Show all posts

Saturday, 8 June 2013

PANAS !! MAI SERANG LAGI !! KAN DAH KENA HADAP HUKUMAN MATI !!! #Pray4Sabah

LANCAR PERANG TERHADAP YDP AGONG PENCEROBOH BERDEPAN HUKUMAN MATI


Seorang lagi lelaki yang dikaitkan dengan insiden pencerobohan pengganas di Lahad Datu pada Februari lepas berdepan hukuman mati selepas dia didakwa di Mahkamah Tinggi di sini kerana melancarkan peperangan terhadap Yang di-Pertuan Agong.

Totoh Hismullah dituduh melakukan kesalahan itu dari 9 Feb 2013 hingga 29 Mac 2013 di Kampung Simunul, Semporna, mengikut Seksyen 121 Kanun Keseksaan.

Dia turut didakwa menurut Seksyen 130KA Kanun Keseksaan kerana menjadi anggota kumpulan pengganas dan boleh dihukum penjara seumur hidup dan boleh didenda.

Pendakwaan dilakukan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail di hadapan Hakim P.Ravinthran yang bersidang di Penjara Tawau.



Dengan pertuduhan terbaru hari ini, jumlah individu yang dihadapkan ke mahkamah berikutan insiden pencerobohan di Lahad Datu kini menjadi 31 orang termasuk seorang anggota polis, KPL Hassan Ali Basri.

Bercakap kepada pemberita selepas prosiding hari ini, Abdul Gani berkata kesemua tertuduh telahpun melantik peguam masing-masing kecuali seorang tertuduh yang akan diwakili peguam yang bakal dilantik mahkamah tidak lama lagi.

Abdul Gani berkata pihak pendakwaan juga mendapat persetujuan daripada mahkamah supaya kesemua kes berkenaan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu pada prosiding seterusnya termasuk sesi perbicaraan.

"Saya dah mengemukakan proposal (permohonan) secara bertulis kepada CJSS (Hakim Besar Sabah dan Sarawak) untuk semua kes ini dipindahkan ke Kota Kinabalu dan proposal saya sudahpun dipersetujui," katanya.

Katanya kesemua kes itu, kecuali kes KPL Hassan yang tarikh perbicaraannya sudah ditetapkan, akan disebut semula di Kota Kinabalu pada 27 Jun ini manakala perbicaraan KPL Hassan juga di Kota Kinabalu, akan bermula pada 24 Jun.

Sementara itu, James Tsai, peguam yang dilantik Kerajaan Filipina untuk mewakili rakyat negara itu yang berdepan tuduhan dalam insiden pencerobohan pengganas di Lahad Datu, berkata setakat ini mereka mewakili 24 tertuduh.

Tsai berkata permohonan Datuk N.Sivananthan untuk menyertai pasukan peguamnya yang bakal mewakili kesemua 24 tertuduh itu akan didengar di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu pada 12 Jun ini.

Katanya tertuduh yang belum diwakili peguam pula akan diwakili peguam yang dilantik mahkamah.

Antara peguam yang dilantik mahkamah dan hadir bagi mewakili anak guam masing-masing dalam prosiding hari ini ialah Syarulnizam Salleh, YS Lo Yun Sin dan Zakaria Ahmad dengan diketuai Ram Singh. Mereka mewakili Basad H Manuel.

Ronny Cham pula mewakili Ismail Yasin manakala Abdul Gani Zelika mewakili Abd Hadi Mawan dan Atik Hussin Abu Bakar.

Turut hadir ialah Peguam Rowiena Rasid yang mewakili tertuduh, Pabblo Alie. Rowiena dilantik keluarga Pabblo. - Bernama

Wednesday, 24 April 2013

PANAS !! PAKATAN RAKYAT BAKAL DIHUKUM DISABAH #LahadDatu #TolakPR #GE13 #PRU13 #BNBagus #Vote4BN #BetterNation


Kempen Barisan Nasional dapat sambutan luar biasa di Selangor diketuai PM sendiri. Kemuncaknya adalah kehadiran 60,000 rakyat dalam majlis ramah mesra bersama PM di Westport, Kelang

PM dijangka akan mulakan siri kempen di Sabah hari ini dalam usaha untuk memperkuatkan semangat penyokong di sana.

Isu Pencerobohan Pengganas Sulu dijangka akan menjadi antara isu hangat dan PM telah mengajak rakyat Sabah agar "menghukum" PR dlm PRU13 ini.

Kebiadapan pemimpin-pemimpin PR membidas pencerobohan Sulu sebagai rancangan UMNO membangkitkan kemarahan rakyat khususnya di Sabah.
PM bakal umum beberapa lagi langkah tambahan khusus untuk menyelesaikan permasalahan rakyat Sabah.

Inline image 3


AL-FATIHAH - PEJUANG NEGARA TERLIBAT DALAM OP DAULAT MAUT NAHAS #LahadDatu #Pray4Sabah

Lans Koperal maut nahas di Tawau

ALOR SETAR - Seorang anggota tentera yang terlibat dalam Op Daulat di Lahad Datu maut selepas motosikal yang ditunggangnya terlibat dalam kemalangan jalan raya semasa dalam perjalanan hendak membeli makanan di Simpang Jalan Kampung Jawa, Tawau, Sabah pada Ahad lalu.

Kejadian kira-kira jam 8.30 malam itu mengakibatkan Lans Koperal Mohd Idris Ibrahim maut di tempat kejadian selepas motosikal ditunggangnya dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyata Hilux ketika baru keluar meninggalkan Kem Kukusan, Tawau.

Menurut pegawai yang mengiringi jenazah, Leftenan Mohd Elyas Mohd Shafie, sewaktu kejadian, Allahyarham hanya menunggang motosikal berseorangan untuk keluar membeli makanan.

Jenazah Allahyarham kemudiannya dibawa pulang ke kampungnya di Kampung Pida 2, Kodiang untuk tatapan seluruh ahli keluarga terdekat buat kali terakhir sebelum dikebumikan di tanah perkuburan Islam, Masjid Paya Kampung Pida 1, Jalan Sanglang, malam kelmarin.

Allahyarham yang merupakan anak keempat daripada enam beradik itu juga dikatakan sempat menghubungi ibunya, Hasnah Ibrahim, 48, sehari sebelum kejadian meminta supaya dibelikan cincin yang lebih mahal untuk bakal tunangnya nanti.

Difahamkan, mangsa dijadualkan bertunang selepas hari raya Aidilfitri Ogos nanti.

Sementara itu, kakak Allahyarham, Rohaya Ibrahim, 31, berkata, Mohd Idris mula berkhidmat dalam pasukan 7 Rejimen Askar Melayu Diraja yang berpangkalan di Kem Kukusan, Tawau pada tahun 2009.

Dalam pada itu, Umno Kedah menyampaikan sumbangan sebanyak RM10,000 kepada keluarga mangsa.

AL - FATIHAH PEJUANG NEGARA 

Sunday, 14 April 2013

OP DAULAT : ANWAR ANTARA YANG DIDAKWA LANCAR PEPERANGAN TERHADAP YANG DI-PERTUAN AGONG #LahadDatu #Pray4Sabah

Tiga beranak yang dituduh menganggotai kumpulan pengganas antara 11 individu dihadapkan ke Mahkamah Tinggi, di sini, semalam atas tuduhan melancarkan peperangan terhadap Yang di-Pertuan Agong.

Tertuduh, Salib Akhmad Emali bersama dua anaknya, Binhar dan Anwar serta lapan lain didakwa mengikut Seksyen 121 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup jika sabit kesalahan.

Lapan lain, Virgilio Nemar Patulada @ Mohammad Alam Patulada, Aiman Radie, Ismail Yasin, Masir Aidin, Tani Lahad Dahi, Abdul Hadi Mawan, Al-Wazir Osman@Abdul dan Julham Rashid juga didakwa mengikut seksyen sama.

Semua warga asing itu turut menghadapi tuduhan menganggotai kumpulan pengganas dan didakwa mengikut Seksyen 130KA Kanun Keseksaan. Sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara seumur hidup.

Salib Ahmad turut menghadapi dua lagi pertuduhan iaitu merekrut orang lain sebagai anggota pengganas dan melindungi pengganas.

Thursday, 11 April 2013

OP DAULAT : VIDEO SEDIH TRIBUTE LAHAD DATU #PeaceSabah #Pahlawanku #ESSZONE #LahadDatu #OpsDaulat



Bumi Malaysia yang aman damai setelah era komunis berakhir kembali tegang dengan pencerobohan sekumpulan militan Sulu yang datang secara keras mendakwa Sabah milik mereka. Kepala militan ini adalah seorang lelaki tua yang mengaku Sabah adalah miliknya kerana dia adalah pewaris kesultanan Sulu. 

Keganasan mereka memaksa pihak berkuasa melancarkan serangan untuk menghalang mereka ini dari terus mengganas dibumi orang. Pihak keselamatan Malaysia telah mengadakan Ops Daulat dalam usaha memastikan pengganas militan Sulu ini lumpuh.

Setelah Ops Daulat berjaya menggempur penceroboh-penceroboh Sulu di Sabah, keadaan di Sabah mula kembali normal dan keselamatan rakyat di daerah-daerah yang terlibat mula terjamin semula.

Video dibawah adalah pengorbanan pejuang-pejuang Malaysia yang terkorban semasa menentang militan ganas dari Filipina ini. Jasa mereka terus dikenang sampai bila-bila.



Keadaan di Sabah sudah kembali tenang, yang ada sekarang hanyalah sejarah dan keperitan rakyat yang dilanda perang dengan militan Sulu ini.

Sekolah-sekolah dibuka semula, kerajaan bantu bina semula rumah-rumah yang musnah di Lahad Datu. Kerajaan Malaysia telah menubuhkan  ESSZONE iaitu memang untuk menjamin keselamatan Sabah dan  Malaysia pada masa hadapan.

Rakyat di daerah-daerah terlibat Ops Daulat mula kembali semula ke rumah masing-masing.Walaupun keadaan kampung halaman dan rumah mereka hancur kerana serangan ini tetapi peristiwa ini tidak melemahkan semangat mereka untuk memastikan tiada lagi pencerobohan militan ini pada masa hadapan.

Jom baca disini tentang keadaan terkini di  Sabah



Inline image 1

Salah satu keadaan rumah penduduk yang hangus dalam petempuran antara militan dan pihak keselamatan Malaysia.

Lebih lanjut baca DISINI  Kerajaan Malaysia akan menanggung segala kos baikpulih rumah dan kawasan yang teruk sewaktu perang melanda.

Paling best adalah DISINI 


Inline image 3


Inline image 2


Semoga tiada lagi serangan oleh militan Sulu selepas ini dan pihak kerajaan terus mempertingkatkan sistem pertahanan dan mengawal perairan Sabah dengan sempurna.

Anda boleh ikuti laporan OP DAULAT ini di laman web rasmi op daulat 

APJ : MALAYSIA AMAN DAN AKAN TERUS AMAN !!!!




Sunday, 17 March 2013

UPDATE OP DAULAT : GAMBAR KOPERAL KHAIRUL ANWAR YANG DITEMBAK !! DARAH SATRIA #Pray4Sabah


Bantuan penerbangan kecemasan oleh Pasukan Gerakan Udara (PGU) PDRM membawa Koperal Khairul Anuar (ATM) yang mengalami kecederaan ditembak olek pihak penceroboh pada 10 MAC 2013 dan dirujuk ke Hospital Sandakan.


APJ : DARAH SATRIA .. TERIMA KASIH PERWIRA ~ jom like #PRAY4SABAH 

 MUTIARA KATA : Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah

Tuesday, 12 March 2013

UPDATE OP SULU : LUPUS SAGUHATI RM 5300 SETAHUN PADA WARIS SULTAN SULU - TUN M #Pray4Sabah



Tun M kutuk kekejaman pengganas Sulu

KUALA LUMPUR 12 Mac - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengutuk perbuatan kejam pengganas Sulu yang disifatkan sebagai tindakan di luar batas kemanusiaan dan agama Islam.

Katanya, kerajaan dan rakyat Malaysia sudah lama memberi layanan baik kepada orang Sulu memandangkan ramai di kalangan mereka sudah lama tinggal di Sabah dan menjadi maju sebagai rakyat Malaysia.

Dr. Mahathir berpendapat, kerajaan Malaysia juga wajar menimbangkan untuk mengurang atau melupuskan pemberian wang saguhati RM5,300 setahun kepada waris Sultan Sulu kerana tindakan menceroboh Sabah.

Kerajaan Malaysia selama ini hanya meneruskan janji yang dibuat oleh penjajah dengan kesultanan Sulu lama, katanya kepada pemberita selepas menghadiri perasmian Konvensyen Usahawan Tani 1Malaysia di Menara Lembaga Pertubuhan Peladang di sini hari ini.

Katanya Sabah kini telah maju dan kerajaan Malaysialah yang melaksanakan pemodenan Sabah.

Turut hadir ialah Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP) Datuk Seri M.

Kayveas.

Dr. Mahathir juga menyambut baik langkah kerajaan menaikkan gaji polis dan tentera selaras dengan penjawat awam lain sebagai menghargai jasa mereka.

Katanya, apa yang berlaku di Sabah membuatkan kerajaan menilai semula peranan yang dilaksanakan pasukan keselamatan.
- BERNAMA

UPDATE OP DAULAT : SEORANG TENTERA GUGUR !! 3 PENGGANAS MATI DAN 2 CEDERA #Pray4Sabah


Lahad Datu, 12 Mac - Seorang anggota pasukan tentera terkorban dan tiga penceroboh militan terbunuh dalam pertempuran di Sungai Nyamuk, dekat Tanjung Batu di sini hari ini.

Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata pertempuran antara pasukan keselamatan dan kumpulan militan itu berlaku pada 10.45 pagi. "Seorang anggota keselamatan gugur," katanya.

Zulkifeli berkata pasukan keselamatan diserang hendap oleh kumpulan pengganas itu pada 7.45 pagi dan selepas itu mereka melarikan diri sebelum dijejaki pasukan keselamatan dan berlaku pertempuran.

Sehingga kini sembilan anggota keselamatan terkorban dalam insiden pencerobohan itu manakala 57 penceroboh militan ditembak mati.

Zulkifeli berkata Kampung Tanduo kini telah bersih sepenuhnya daripada ancaman penceroboh militan dan operasi pasukan keselamatan kini diperluas ke Sungai Nyamuk, Kampung Tanjung Batu. - BERNAMA

APJ : HAPUS SEMUA PENGGANAS SYAITAN !!

UPDATE OP DAULAT : ILMU KEBAL PENGGANAS TAK MENJADI !!! #Pray4Sabah

gambar cth

BILANGAN PENCEROBOH YANG MAUT BUKTI MEREKA TIDAK KEBAL

Lahad Datu, 11 Mac - Bilangan penceroboh militan yang terbunuh dalam Operasi Daulat membuktikan mereka tidak kebal, sekaligus menolak dakwaan penceroboh menggunakan ilmu mistik untuk berhadapan dengan pasukan keselamatan.

"Ini terbukti apabila pasukan keselamatan berjaya menembak mati 54 orang daripada mereka," kata Penolong Ketua UrusetiaKetua Polis Negara (Perhubungan Awam) ACP Ramli Mohammed Yusoff.

Beliau berkata perkara itu mulai tersebar di laman sosial apabila satu daripada gambar penceroboh militan yang terbunuh menunjukkan pengganas itu memakai tangkal dan kain berwarna kuning pada badannya.

Ramli berkata penggunaan tangkal itu mungkin untuk meyakinkan pengikut kumpulan itu bahawa tindakan mereka kononnya adalah jihad.

"Hakikatnya hanya ilmu pengetahuan yang mampu memberikan kita kepandaian dalam mempertahan negara dan bukan ilmu tahyul yang menyempitkan akal kita," katanya. - BERNAMA

Monday, 11 March 2013

UPDATE OP DAULAT : GAMBAR-GAMBAR OPERASI TERKINI ATM/PDRM #Pray4Sabah








UPDATE OP DAULAT : TEROWONG BAWAH TANAH #Pray4Sabah



TIADA TEROWONG BAWAH TANAH DITEMUI


Kuala Lumpur, 11 Mac - Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib menafikan dakwaan penceroboh dari selatan Filipina berjaya memasuki Kampung Tanduo menerusi terowong bawah tanah yang dibina sejak November lepas.

"Setakat ini kami tidak mendapat sebarang maklumat mengenai adanya terowong itu.

"Malah, apabila tentera mengadakan serangan udara pun kami tidak temui terowong bawah tanah itu, yang ada cuma kereta yang hancur," katanya hari ini ketika dihubungi menerusi program Malaysia Hari Ini (MHI) terbitan TV3 yang disiar secara langsung.

Beliau mengulas laporan sebuah akhbar tempatan yang memetik penduduk Kampung Tanduo di Lahad Datu sebagai berkata penceroboh Sulu telah membuat perancangan rapi ketika memasuki kampung itu termasuk membina terowong bawah tanah.

Penduduk mendakwa penceroboh menggunakan jentera pengorek untuk mengali lubang seolah-olah sedang mencari emas tetapi didakwa helah membina kubu dan terowong bagi dijadikan tempat persembunyian apabila diserang.

Ditanya sama ada kemungkinan penceroboh Sulu hanya berada di sekitar Kampung Tanduo dan Kampung Tanjung Batu, Hamzah berkata: "Tak boleh anggap mereka (penceroboh) berada di dua kampung ini sahaja."

Mengulas mengenai insiden seorang remaja lelaki maut manakala seorang lagi lelaki cedera di kaki setelah terkena tembakan pasukan keselamatan dalam operasi memburu penceroboh di Kampung Sungai Bilis semalam, Hamza berkata kejadian itu berlaku di dalam liputan kawasan operasi.

Tegasnya apabila berada dalam kawasan operasi, kesiapsiagaan pasukan keselamatan sememangnya berada pada tahap yang tertinggi dan tidak akan memberi ruang dan peluang kepada pihak musuh untuk membuat serangan balas.

"Dalam apa keadaan sekali pun kita akan bertindak sebab itu pasukan keselamatan sering mengingatkan orang ramai jangan menghampiri kawasan operasi," katanya.

OP DAULAT : 2 ANGGOTA YANG CEDERA DISERANG MILITAN #Pray4Sabah




Dua anggota keselamatan negara dari BN PGA 12 Miri yang diserang di kampung Tg Batu telah dikenal pasti iaitu:

1. RF 116409 Mohd Zariman; dan
2. RF 160726 Fendi B. Rosli

Sumber diperolehi juga memaklumkan keadaan anggota yang cedera diserang oleh penceroboh yang menyamar sebagai penduduk tempatan itu dalam keadaan stabil.

'Ops daulat' adalah fasa mengepung dan membersihkan saki-baki penceroboh yang kini bergerak secara perseorangan mahu pun dalam kumpulan kecil dengan menyamar sebagai penduduk tempatan.

Seramai 85 orang yang disyaki sebagai penceroboh mahu pun dikaitkan dengan penceroboh yang mengganas telah ditahan oleh pihak berkuasa dan disiasat di bawah seksyen 130c (1) (a) kanun keseksaan dibaca bersama security offences (special measure) act 2012.

Saturday, 9 March 2013

UPDATE OP DAULAT : DEFENDING AND PRESERVING THE NATION’S SOVEREIGNTY ‘OP DAULAT’ - UPDATES CHRONOLOGY OF EVENTS (6 – 9 Mac 2013) #Pray4Sabah



6 March 2013 (continues)

Some gunmen were killed in clashes at three separate locations after police and army personnel widened their search to Kampung Tanjung Batu, but security forces could not confirm the casualty figures yet.

A police forensic team was sent to investigate a mass grave in Kampung Tanduo where the bodies of 9 Sulu terrorists were found. Team members were was shot at by armed terrorists there. Security personnel returned fire. No casualties or injuries were reported.

Police arrested four men believed to be linked to the armed intruders involved in the ambush in Kampung Sri Jaya, Simunul on 2 March 2013.

The Sulu gunmen who escaped the army bombardment on 5th March 2013 were now masquerading as local residents
The operations went according to plan with no casualty from the police or army

7 March 2013

32 more terrorists killed, Malaysia rejects unilateral ceasefire call by Jamalul Kiram.

A total of 32 Sulu gunmen were killed in mopping up operations by security forces, bringing the overall death toll to 52. One of those killed is believed to be a high-ranking general. Of those killed today, 31 were found dead in Kampung Tanjung Batu and the other in Kampung Tanduo.

Malaysia rejected the unilateral ceasefire call by self-proclaimed Sulu Sultan Jamalul Kiram III. Prime Minister Datuk Seri Najib said the Sulu militants must lay down arms and surrender unconditionally and operations against them "will go on as long as it takes."

The PM also announced the setting up of a special security area to secure the borders of the east coast of Sabah and reassure the people of Sabah about their safety. The area encompassed the districts of Kudat, Tawau, Kunak, Sandakan and Lahad Datu.

The Philippine government is studying the possibility of extraditing Sultan Jamalul Kiram to Malaysia to face criminal charges, Justice Secretary Leila De Lima said Thursday.

The residents of Kampung Tanduo, Tanjung Labian, Tanjung Batu, Tanagian and Sungai Bilis, who had to be evacuated following the intrusion by an armed group from Southern Philippines, are confident that the nation's security forces can resolve the situation.

The security forces cordoned off all sea and land routes to prevent food and weapons supplies from reaching the armed intruders from Southern Philippines.

Philippine President Benigno Aquino III blamed self-styled Sulu Sultan Jamalul Kiram III for putting Filipinos in Sabah at risk, and asked the Filipino public to support what was “right”.

8 March 2013

52 suspects linked to Sulu armed intruders detained.

Rajah Mudah Agbimuddin Kiram and his men are now suffering from hunger due to constantly running around on foot to evade the Malaysian security forces, said his relatives Abraham Idjirani, spokesperson of Sultan Jamalul Kiram III.

Police detained 52 people for suspected links with Sulu armed intruders in Sabah. They were detained under the Security Offences (Special Measures) Act 2012.

Peace loving Malaysians laid flowers outside the Philippines embassy.

The initiative themed Fight Fire with Flowers, was simply to call for peace and show appreciation to those at the Lahad Datu and Semporna forefront.

No gun battle has been reported in Kampung Tanduo, Lahad Datu, in the last 24 hours, four days after security forces launched an offensive against Sulu militants.

Inspector-General of Police Tan Sri Ismail Omar refuted rumours that 700 Sulu gunmen have entered Sabah.

Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak visited police and military personnel at Felda Sahabat, Lahad Datu to boost their morale.

9 March 2013

Remnants of the Sulu militant intruders in Sabah have yet to indicate they want to surrender. Security forces continue their operations.

Police tightened security at all entry points nationwide to ensure the safety and security of Malaysians.

The Moro National Liberation Front (MNLF) strongly condemns the violent acts committed by Sulu terrorists in Lahad Datu and Semporna, said its chairman Muslimin Sema.

Police conducted a thorough check at Lorong 5, Kampung Simunul for remaining weapons of the Sulu militants who ambushed and killed six policemen on March 2

Security forces shot dead a Sulu gunman who attempted to slip through a tight security cordon at Kampung Tanjung Batu, bringing to 53 the total number of Sulu gunmen killed.

Total number of suspects detained increased to 79 for investigation into their links with armed intruders.

UPDATE OP DAULAT : JUMLAH TANGKAPAN MENINGKAT KEPADA 106 ORANG !! #Pray4Sabah



OP DAULAT: PASUKAN KESELAMATAN TAHAN 27 ORANG DI ZON MERAH

Lahad Datu, 9 Mac - Pasukan keselamatan menahan 27 orang yang
menaiki tiga buah bot ketika berada di Zon Merah Op Daulat di kawasan pantai Tanjung Batu, dekat sini pada 10 pagi ini.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata, mereka yang mendakwa kononnya ingin menangkap ikan ditahan di atas bot masing-masing setelah pihak keselamatan mencurigai kehadiran mereka di kawasan larangan itu.

"Kita curigai kehadiran mereka berhampiran lokasi operasi, jadi kita serahkan kesemua mereka kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu untuk siasatan lanjut.

"Walaupun tiada senjata ditemui, saya telah arahkan polis Daerah Lahad Datu untuk jalankan siasatan mendalam dan akan ambil tindakan sewajarnya jika mereka mempunyai kaitan dengan kumpulan penceroboh berkenaan," katanya dalam sidang
media bersama Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin di markas operasi Op Daulat Felda Sahabat 16, dekat sini hari ini.

Beliau berkata penahanan itu menjadikan jumlah mereka yang ditangkap kerana disyaki mempunyai kaitan dengan militan dari Sulu meningkat kepada 106 orang, berbanding 79 orang semalam.

Berikutan operasi membersih dan membanteras musuh sedang dijalankan, Ismail menasihati orang ramai supaya tidak memasuki kawasan larangan yang ditetapkan kerana boleh menjejaskan operasi selain membahayakan mereka yang tidak berkenaan.

Berhubung 53 mayat penceroboh yang belum dibawa keluar dari Zon Merah, beliau berkata semua militan yang ditembak itu belum diperiksa oleh unit Forensik berikutan kedudukannya berhampiran dengan lokasi di mana musuh berada dan keadaan itu boleh mengancam nyawa pasukan sekiranya dihampiri.

Ismail berkata walaupun terdapat beberapa mayat telah dibawa keluar, namun sejak unit Forensik diserang Rabu lepas pihaknya terpaksa mengambil langkah lebih berjaga-jaga.

Katanya sehingga kini unit Forensik hanya merakamkan gambar penjenayah yang terbunuh tetapi belum dapat menjalankan proses siasatan dan bedah siasat ke atas mayat-mayat terbabit bagi tujuan pendakwaan.

Selepas lima hari dilancarkan, Op Daulat yang membabitkan pasukan polis dan angkatan tentera berjaya membunuh 53 orang militan, manakala tiada anggota pasukan keselamatan yang dilaporkan cedera atau terkorban. - BERNAMA

OPS DAULAT : LETUPAN BOM DI FELDA SAHABAT #Pray4Sabah

KEADAAN KESELAMATAN TERKAWAL BIARPUN KEDENGARAN BUNYI LETUPAN

Lahad Datu, 9 Mac - Keadaan di Felda Sahabat adalah terkawal
biarpun bunyi beberapa siri letupan bom dilepaskan di kawasan zon merah dalam Op Daulat selepas 24 jam tiada pertempuran berlaku antara pasukan keselamatan dan penceroboh militan Sulu yang menjadikan Kampung Tanduo dan Tanjung Batu, 130
kilometer dari bandar Lahad Datu, sebagai kubu sejak 12 Feb lalu.

Malah di bandar Lahad Datu dan bandar Semporna, yang terletak 150 kilometer dari sini, adalah terkawal dan tenang dengan aktiviti masyarakat serta premis perniagaan berjalan seperti biasa.

Di Felda Sahabat 16, kedengaran beberapa bunyi dentuman bom yang datang dari kawasan zon merah Op Daulat pada 1 pagi dan 7.30 pagi.

Selain itu pada pagi ini turut kedengaran pesawat helikopter berlegaran di ruang udara Felda Sahabat.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang meninjau markas Op Daulat di Felda Sahabat, Khamis lalu berkata Malaysia menolak sebarang tawaran gencatan senjata dan menegaskan satu-satunya pilihan bagi penceroboh itu ialah letak senjata dan serah diri tanpa bersyarat.

Gerakan Op Daulat yang memasuki hari kelima hari ini mengesahkan 52 penceroboh militan terbunuh.

Sejak pencerobohan itu juga seramai lapan anggota polis terkorban iaitu dua wira terkorban dalam pertempuran di Kampung Tanduo pada 1 Mac dan enam lagi dalam serang hendap di Kampung Sri Jaya, Simunul, Semporna pada 2 Mac.- BERNAMA

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...