sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Showing posts with label TENTERA DIRAJA MALAYSIA. Show all posts
Showing posts with label TENTERA DIRAJA MALAYSIA. Show all posts

Thursday, 27 June 2013

HOT INFO !!! KFC DAN PIZZA UNTUK PENGGANAS SULU !!! #Pray4Sabah



Ketua Staf Perisikan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom), Senior Asisten Komisioner (SAC) Zulkifli Abd. Aziz telah disoal dalam pemeriksaan balas oleh peguam Ram Singh yang mewakili Hassan di hadapan Hakim P. Ravinthran.

Peguam itu mempersoalkan suasana 'ceria' melalui gambar-gambar yang dirakamkan semasa pertemuan dan rundingan antara Zulkifli dan kumpulan pengganas terbabit.

Mengimbas semula pertemuan pertama pada 14 Februari lalu, menurut Zulkifli, suasana ketika itu agak tegang dengan pasukannya dikelilingi oleh kumpulan pengganas diketuai oleh Datu Agbimuddin Kiram.

Kumpulan terbabit ujar Zulkifli, antara 60 dan 70 musuh yang lengkap bersenjata tidak termasuk yang sedang bersembunyi dalam kawasan semak.

"Mereka enggan bersalam dan langsung tidak senyum, juga tidak membenarkan gambar mereka diambil. Dalam pertemuan selepas itu iaitu pada 15 dan 16 Februari, saya terpaksa melakukan sesuatu untuk menceriakan keadaan.

"Saya beri rokok kepada mereka, secara santai ceritakan kisah-kisah lucu, baharulah keadaan bertukar ceria hingga mereka izinkan gambar mereka dirakam. Saya cakap muka mereka semua akan masuk akhbar, malah saya juga berjanji akan bawakan mereka KFC (Kentucky Fried Chicken) dan Pizza,'' katanya.
apj : tabik kepada kebijaksanaan pasukan keselamatan negara 

Wednesday, 24 April 2013

AL-FATIHAH - PEJUANG NEGARA TERLIBAT DALAM OP DAULAT MAUT NAHAS #LahadDatu #Pray4Sabah

Lans Koperal maut nahas di Tawau

ALOR SETAR - Seorang anggota tentera yang terlibat dalam Op Daulat di Lahad Datu maut selepas motosikal yang ditunggangnya terlibat dalam kemalangan jalan raya semasa dalam perjalanan hendak membeli makanan di Simpang Jalan Kampung Jawa, Tawau, Sabah pada Ahad lalu.

Kejadian kira-kira jam 8.30 malam itu mengakibatkan Lans Koperal Mohd Idris Ibrahim maut di tempat kejadian selepas motosikal ditunggangnya dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyata Hilux ketika baru keluar meninggalkan Kem Kukusan, Tawau.

Menurut pegawai yang mengiringi jenazah, Leftenan Mohd Elyas Mohd Shafie, sewaktu kejadian, Allahyarham hanya menunggang motosikal berseorangan untuk keluar membeli makanan.

Jenazah Allahyarham kemudiannya dibawa pulang ke kampungnya di Kampung Pida 2, Kodiang untuk tatapan seluruh ahli keluarga terdekat buat kali terakhir sebelum dikebumikan di tanah perkuburan Islam, Masjid Paya Kampung Pida 1, Jalan Sanglang, malam kelmarin.

Allahyarham yang merupakan anak keempat daripada enam beradik itu juga dikatakan sempat menghubungi ibunya, Hasnah Ibrahim, 48, sehari sebelum kejadian meminta supaya dibelikan cincin yang lebih mahal untuk bakal tunangnya nanti.

Difahamkan, mangsa dijadualkan bertunang selepas hari raya Aidilfitri Ogos nanti.

Sementara itu, kakak Allahyarham, Rohaya Ibrahim, 31, berkata, Mohd Idris mula berkhidmat dalam pasukan 7 Rejimen Askar Melayu Diraja yang berpangkalan di Kem Kukusan, Tawau pada tahun 2009.

Dalam pada itu, Umno Kedah menyampaikan sumbangan sebanyak RM10,000 kepada keluarga mangsa.

AL - FATIHAH PEJUANG NEGARA 

Monday, 18 March 2013

UPDATE OP DAULAT : KELUARGA KIRAM DITAHAN #Pray4Sabah


Lahad Datu, 17 Mac -Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata anggota keluarga Jamalul Kiram antara 104 orang yang ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

"Mereka yang ditahan berada di sini dipercayai anggota keluarga (Jamalul) Kiram yang menggunakan nama lain...di sini mereka guna nama lain, di Filipina mereka guna nama lain. Ini kita sedang siasat," katanya dalam sidang media bersama Panglima Medan Tentera Darat Lt Jen Datuk Seri Zulkiple Kassim di Felda Sahabat 16 di sini, hari ini.

Beliau berkata operasi membanteras pengganas tidak hanya tertumpu kepada keluarga Jamalul Kiram, yang didakwa dalang insiden pencerobohan di Sabah sejak 12 Feb lepas, kerana polis turut menjejaki kaum keluarga anggota militan lain yang dipercayai terlibat insiden pencerobohan itu.

"Kita juga turut menyiasat orang lain yang mempunyai kaitan dengan pengganas di bawah SOSMA," katanya tanpa memberitahu bila mereka akan didakwa di mahkamah.

Mengenai kematian seorang tahanan di bawah SOSMA di Semporna semalam, beliau berkata individu itu meninggal dunia di hospital akibat sakit dan bukannya membunuh diri seperti yang didakwa sesetengah pihak.

Sehingga kini seramai 104 orang telah ditahan di bawah SOSMA dan 232 lagi ditahan atas pelbagai kesalahan lain. Dalam pada itu, Hamza berkata keadaan di seluruh Sabah adalah terkawal termasuk di Semporna dan Lahad Datu, kecuali di kawasan operasi di gugusan Tanjung Labian, yang kini dalam proses pembersihan. - BERNAMA

UPDATE OP DAULAT : TUN M TURUN MEDAN PERANG #Pray4Sabah #PejuangNegara


Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad beramah mesra dan bertanya khabar dengan 200 anggota pasukan keselamatan di dewan berkenaan. Beliau juga berharap semua rakyat, terutama di Sabah, memberi penghargaan tinggi kepada pasukan keselamatan yang bertungkus-lumus mempertahan kedaulatan negara daripada ancaman luar.





Seorang demi seorang pemimpin dan bekas pemimpin turun memberi semangat kepada para pejuang di medan perang op daulat , sebagai rakyat aku bangga ada pemimpin macam ni, semangat mereka diberikan kepada para pejuang negara. 

Yang jenis dok mengata belakang memang banyak , tambah-tambah jenis kaum pembangkang yang bukan dok bagi semangat malah bagi runtuhkan semangat , macam-macam depa dok kata kat para pejuang. Nak turun padang takut mati 'katak' macam pejuang negara, itulah kaum pembangkang.

JOM LIKE PRAY4SABAH

Sunday, 17 March 2013

UPDATE OP DAULAT : GAMBAR KOPERAL KHAIRUL ANWAR YANG DITEMBAK !! DARAH SATRIA #Pray4Sabah


Bantuan penerbangan kecemasan oleh Pasukan Gerakan Udara (PGU) PDRM membawa Koperal Khairul Anuar (ATM) yang mengalami kecederaan ditembak olek pihak penceroboh pada 10 MAC 2013 dan dirujuk ke Hospital Sandakan.


APJ : DARAH SATRIA .. TERIMA KASIH PERWIRA ~ jom like #PRAY4SABAH 

 MUTIARA KATA : Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah

UPDATE OP DAULAT : OPERASI DITERUSKAN SEHINGGA ZON MERAH #Pray4Sabah


Kuala Lumpur, 16 Mac - Operasi Daulat untuk memburu saki baki pengganas militan yang menceroboh Lahad Datu sejak 12 Feb lepas akan diteruskan sehingga semua kawasan di daerah berkenaan bersih daripada penceroboh dari selatan Filipina itu.

Yakin operasi itu boleh diselesaikan dalam masa terdekat, pasukan keselamatan percaya kini hanya tinggal sekitar 50 orang lagi saki baki kumpulan militan di kawasan berkenaan.

Anggaran bilangan musuh itu dibuat berdasarkan jumlah yang ditembak mati, ditahan dan lari ke selatan Filipina.

"Kami akan cuba selesaikan secepat mungkin," kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib sambil menegaskan bahawa pasukan keselamatan tidak meletak 'garis masa' untuk operasi itu.

Selepas 12 hari Operasi Daulat, Kampung Tanduo yang sebelum ini menjadi kubu kumpulan penceroboh kini bersih daripada pengganas, dan pasukan keselamatan percaya usaha membersih Kampung Tanjung Batu akan dapat diselesaikan esok.

Hamza berkata penduduk kampung terlibat akan dibenar pulang selepas pasukan keselamatan membersihkan kawasan itu daripada jerangkap samar dan pelbagai ancaman lain serta berbincang dengan ketua masyarakat.

"Kami akan letak anggota keselamatan untuk pastikan tiada musuh dapat kembali semula ke kampung berkenaan," katanya.

Dalam tempoh 72 jam sehingga 5 petang ini, tiada pertempuran antara pasukan keselamatan dan penceroboh militan.

Pasukan keselamatan melancarkan serangan ofensif terhadap kumpulan militant dari Sulu pada 5 Mac selepas beberapa siri rundingan dengan kumpulan yang menceroboh pesisir pantai Lahad Datu sejak 12 Feb lepas, gagal.

Dalam tempoh itu, 61 musuh ditembak mati dan 27 daripada mayat pengganas telah dibawa keluar dari zon merah manakala 104 ditahan kerana disyaki mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas, dan 232 ditahan kerana berada di kawasan larangan.

Sembilan anggota keselamatan terdiri daripada lapan anggota polis dan seorang tentera terkorban dalam pertempuran dengan kumpulan pengganas itu.

Seorang lagi anggota tentera terkorban dalam kemalangan jalan raya melibatkan trak tentera yang dalam konvoi untuk Operasi Daulat. - BERNAMA

JOM LIKE PAGE #PRAY4SABAH 

MUTIARA KATA : Seekor burung di tangan lebih baik daripada sepuluh ekor di atas pohon


Thursday, 14 March 2013

UPDATE OP DAULAT : MILITAN SULU ANGGAP MAYAT PEJUANG NEGERA SEBAGAI BANGKAI !! CELAKA !! #Pray4Sabah




" Apa kita mahu buat dengan bangkai-bangkai ini ? Sudah aku tatak (penggal) kepala mereka " 

Ayat ini penuh penghinaan terhadap mayat-mayat pejuang negara yang terkorban dalam pentempuran di Kampung Simunul , pada 2 Mac lalu . Percakapan militan ini jelas didengar oleh pasukan keselamatan yang terlibat dalam misi membantu pasukan hadapan yang terkorban.

Menurut seorang anggota keselamatan yang terlibat dalam operasi menyelamat ini , militan sulu ini tidak berperi kemanusiaan dan berperangai seperti binatang dan mahu mengerjakan pasukan keselamatan negara cukup-cukup. 

Percakapan militan ini didengari mereka dan mereka ingin menunjukkan mereka meraikan kejayaan menumpaskan pasukan keselamatan Malaysia .

APJ : Walaupun militan sulu bersifat binatang tetapi kami di Malaysia tetap kebumikan militan ini ikut cara Islam bukan cara bangkai binatang '

UPDATE OP DAULAT : PENGGANAS YANG MENEMBAK PEJUANG NEGARA KOPERAL AHMAD HURAIRAH TURUT TERBUNUH !! #Pray4Sabah


Pihak keselamatan Negara menemui 2 lagi mayat pengganas Sulu di Sungai Nyamuk tempat di mana pejuang negara Allahyarham Koperal Ahmad Hurairah terkorban. 

Pihak berkuasa menemui pistol dan selaras senapang penembak tepat yang dipercayai digunakan untuk menembak Koperal Ahmad Hurairah Ismail.

APJ : HAPUSKAN PENGGANAS HINGGA KE AKAR UMBI !!!


Ahmad Hurairah, 24, terkorban dalam pertempuran dengan kumpulan militan di Sungai Nyamuk, Kampung Tanjung Batu di Lahad Datu, Sabah semalam manakala Ahmad Farhan, 21, terbunuh dalam kemalangan di Jalan Tungku, Lahad Datu semasa dalam konvoi untuk Operasi Daulat.

Jenazah Ahmad Hurairah tiba di rumah keluarganya di Kampung Bayu Lalang di sini untuk disembahyangkan pada pukul 11.15 pagi.

Antara yang turut sembahyang jenazah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, Panglima Tentera Darat Jen Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin dan Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakub.

Suasana agak hiba seketika apabila Zulkifli menyerahkan sumbangan daripada pelbagai pihak kepada bapa Allahyarham, Ismail Hussin, 54, sebaik selesai majlis pengebumian itu.

Wednesday, 13 March 2013

UPDATE OP DAULAT : VIDEO WAHAI ANAK #Pray4Sabah


Perkongsian oleh : wira perdana

Buat Isteri, buat anak anak, buat Mak dan ayah, buat Ibu dan ayah mertua, buat kita para penduduk Malaysia. 

Kirimkan doa kita buat mereka ya. Berjuang untuk negara. Moga ALLAH mudahkan semuanya. Amin .

UPDATE TERKINI OP DAULAT : GEMPAR !! #Pray4Sabah




UPDATE OP DAULAT : JENAZAH 2 PEJUANG NEGARA TIBA !! #Pray4Sabah @NajibRazak


Jenazah dua perwira negara, Prebet Ahmad Hurairah Ismail, 24 dan Ahmad Farhan Roslan, 21 tiba di Pangkalan TUDM Subang kira-kira jam 8 pagi tadi untuk istiadat penghormatan terakhir.

JENAZAH DUA ANGGOTA TENTERA GUGUR DI LAHAD DATU TIBA DI PANGKALAN TUDM SUBANG.

Petaling Jaya, 13 Mac - Jenazah dua anggota tentera yang terkorban dalam Operasi Daulat menentang pengganas Sulu di Lahad Datu semalam, tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang di sini hari ini.

Pesawat C-130 milik TUDM yang membawa jenazah Prebet Ahmad Hurairah Ismail, 24, dan Ahmad Farhan Roslan, 21, mendarat sejurus sebelum 8 pagi.

Ahmad Hurairah terkorban dalam pertempuran dengan pengganas di Sungai Nyamuk, Kampung Tanjung Batu, Lahad Datu manakala Ahmad Farhan terbunuh dalam kemalangan jalan raya di Jalan Lahad Datu-Chenderawasih ketika menghantar makanan untuk anggota keselamatan dalam operasi itu.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi antara yang menyambut ketibaan kedua-dua jenazah.

Najib dan Ahmad Zahid memasuki pesawat dan memberi penghormatan terakhir kepada kedua-dua wira negara itu.

Allahyarham Ahmad Hurairah merupakan anggota Angkatan Tentera Malaysia pertama yang terkorban sejak insiden pencerobohan pengganas di Sabah bermula 12 Feb.

Anak kelahiran Kelantan itu terkorban dalam pertempuran yang berlaku pada 10.45 pagi semalam yang turut menyaksikan seorang lagi perajurit cedera dan dua musuh terbunuh.

Sehingga kini, 10 anggota keselamatan gugur dalam insiden pencerobohan bersenjata itu manakala 56 musuh ditembak mati.- BERNAMA

UPDATE OP DAULAT : SENARAI PENUH NAMA-NAMA PEJUANG NEGARA YANG TERKORBAN #Pray4Sabah

1 Mac 2013 – ASP Zulkifli Mamat, 29, dari Pasukan Polis Komando VAT 69

1 Mac 2013 - Sjn Sabaruddin Daud, 46, dari Pasukan Komando VAT 69

2 Mac 2013 - ACP Ibrahim Lebar, 52, dari Cawangan Khas Bukit Aman.

2 Mac 2013 - ASP Michael Padel, 36, dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Semporna.

2 Mac 2013 - Sjn Abdul Azis Sarikon, 48, dari Pasukan Gerakan Am Tawau.

2 Mac 2013 - L/Kpl Mohd Azrul Tukiran, 27, dari Pasukan Gerakan Am Tawau.

2 Mac 2013 – Sjn Detektif Baharin Hamit, 49, dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah.

2 Mac 2013 – Kpl Salam Tugiran, 42, dari Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau.

12 Mac 2013 – Prebet Ahmad Hurairah Ismail, 24, dari Batalion 7 RAMD Tawau.

12 Mac 3013 - Prebet Ahmad Farhan Ruslan ,21 , dari Batalion 3 RAMD, Sabah 

UPDATE OP DAULAT : PREBET AHMAD FARHAN MINAT SERTAI ASKAR SEJAK KECIL #Pray4Sabah


Kota Baharu, 12 Mac - Prebet Ahmad Farhan Ruslan, anggota tentera yang terkorban dalam kemalangan jalan raya ketika mengiringi konvoi menghantar bekalan makanan kepada pasukan keselamatan yang bertugas dalam Operasi Daulat di Lahad Datu, Sabah, hari ini, amat berminat menyertai tentera.

Bapa saudaranya, Mohd Zaki Ghani, 47, berkata Allahyarham menyertai pasukan tentera dua tahun lepas sebagai mewarisi pekerjaan bapanya, Ruslan Hassan, 50, seorang pesara tentera.

"Arwah menunjukkan minat yang mendalam dalam bidang ketenteraan sejak kecil lagi sebab itu dia amat bersemangat menyertai gerakan dalam operasi itu," katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di Perumahan Desa Darulnaim II, Pasir Tumboh, di sini malam ini.

Suasana sedih dan hiba menyelubungi rumah keluarga itu terutama apabila ibu Allahyarham, Roslawati Ghani, 44, terpaksa dipapah sebaik menerima berita kematian anaknya yang disampaikan oleh beberapa anggota tentera yang mengunjungi rumahnya pukul 3.30 petang ini.

Mohd Zaki berkata Ahmad Farhan, 21, menelefon ibunya minggu lepas menyatakan dia akan memasuki kawasan operasi hari ini bersama anggota Batalion 3 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) yang berpangkalan di Sabah.

Mohd Zaki seorang guru yang tinggal di Lundang mendapat tahu kemalangan yang menimpa anak saudaranya itu melalui telefon daripada seorang lagi anak saudaranya.

"Saya bergegas ke rumah kakak saya (Roslawati) kerana khuatir terjadi sesuatu yang tidak diingini apabila menerima berita yang menyedihkan itu, kerana ayah arwah tiada di rumah kerana ada urusan peribadi di Singapura," katanya.

Katanya kali terakhir beliau menemui Ahmad Farhan pada hari raya Aidiladha lepas, sebelum kembali ke kem tempat dia bertugas di Sabah.

"Saya tidak menduga itu adalah pertemuan terakhir dengan arwah yang memang rapat dengan saya dan semua keluarganya," katanya.

Jenazah Allahyarham dijangka tiba pagi esok dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pasir Tumbuh di sini.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed yang menziarahi keluarga Allahyarham, turut menyampaikan sumbangan wang ehsan sebanyak RM10,000.
- BERNAMA

UPDATE OP DAULAT : AGUNG UCAP TAKZIAH KEPADA KELUARGA PEJUANG ALLAHYARHAM AHMAD HURAIRAH #Pray4Sabah


Photo: Agong ucap takziah kepada keluarga Allahyarham Ahmad Hurairah

KUALA LUMPUR 12 Mac - Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah hari ini menzahirkan ucapan takziah kepada anggota keluarga Allahyarham Prebet Ahmad Hurairah Ismail yang gugur sewaktu melaksanakan tugas Operasi Daulat di Lahad Datu, Sabah.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Istana Negara, Seri Paduka amat berduka cita atas kehilangan pahlawan negara itu dan mendoakan rohnya dicucuri rahmat oleh Allah.

Baginda juga berharap agar setiap anggota keluarga Allahyarham Ahmad Hurairah di Kampung Bayu Lalang, Pasir Mas, Kelantan supaya sentiasa tenang serta tabah menghadapi ujian itu.

Allahyarham Ahmad Hurairah, 24, daripada Batalion Ke-7 Rejimen Askar Melayu Diraja, Tawau, Sabah terkorban dalam pertempuran lima jam dengan kumpulan pengganas di Sungai Nyamuk dekat Tanjung Batu, hari ini. - BERNAMA

KUALA LUMPUR 12 Mac - Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah hari ini menzahirkan ucapan takziah kepada anggotakeluarga Allahyarham Prebet Ahmad Hurairah Ismail yang gugur sewaktu melaksanakan tugas Operasi Daulat di Lahad Datu, Sabah.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Istana Negara, Seri Paduka amat berduka cita atas kehilangan pahlawan negara itu dan mendoakan rohnya dicucuri rahmat oleh Allah.

Baginda juga berharap agar setiap anggota keluarga Allahyarham Ahmad Hurairah di Kampung Bayu Lalang, Pasir Mas, Kelantan supaya sentiasa tenang serta tabah menghadapi ujian itu.

Allahyarham Ahmad Hurairah, 24, daripada Batalion Ke-7 Rejimen Askar Melayu Diraja, Tawau, Sabah terkorban dalam pertempuran lima jam dengan kumpulan pengganas di Sungai Nyamuk dekat Tanjung Batu, hari ini. - BERNAMA

UPDATE OP DAULAT : BACAAN YASSIN DI RUMAH PEJUANG NEGARA ALLAHYARHAM AHMAD HURAIRAH ISMAIL #Pray4Sabah


Bacaan Yassin dan Tahlil di Rumah Allahyarham Prebet Hurairah Ismail.. 

APJ : Salam Takziah Buat Keluarga Arwah

UPDATE OP DAULAT : JENAZAH PREBET AHMAD HURAIRAH DIBAWA KE KAMPUNG HALAMAN PAGI ESOK #Pray4Sabah


Petaling Jaya, 12 Mac - Jenazah Prebet Ahmad Hurairah Ismail yang terkorban dalam pertempuran dengan pengganas Sulu di Kampung Sungai Nyamuk, Lahad Datu, Sabah hari ini akan dibawa pulang ke kampungnya di Kelantan pagi esok.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata jenazah anggota tentera berusia 24 tahun itu akan dikebumikan di Kampung Bayu Lalang, Pasir Mas, Kelantan.

"Jenazah dijangka tiba di Lapangan Terbang Pengkalan Chepa, Kelantan," katanya.

Pertempuran yang berlaku pada 10.45 pagi itu turut mengorbankan tiga pengganas berkenaan. Sehingga kini, 10 anggota keselamatan terkorban dalam insiden pencerobohan di Sabah yang bermula 12 Feb, manakala 56 pengganas ditembak mati.

Seorang daripada anggota keselamatan maut dalam kemalangan ketika menyertai Operasi Daulat di Lahad Datu.-BERNAMA

Monday, 11 March 2013

OP DAULAT : 2 ANGGOTA YANG CEDERA DISERANG MILITAN #Pray4Sabah




Dua anggota keselamatan negara dari BN PGA 12 Miri yang diserang di kampung Tg Batu telah dikenal pasti iaitu:

1. RF 116409 Mohd Zariman; dan
2. RF 160726 Fendi B. Rosli

Sumber diperolehi juga memaklumkan keadaan anggota yang cedera diserang oleh penceroboh yang menyamar sebagai penduduk tempatan itu dalam keadaan stabil.

'Ops daulat' adalah fasa mengepung dan membersihkan saki-baki penceroboh yang kini bergerak secara perseorangan mahu pun dalam kumpulan kecil dengan menyamar sebagai penduduk tempatan.

Seramai 85 orang yang disyaki sebagai penceroboh mahu pun dikaitkan dengan penceroboh yang mengganas telah ditahan oleh pihak berkuasa dan disiasat di bawah seksyen 130c (1) (a) kanun keseksaan dibaca bersama security offences (special measure) act 2012.

Wednesday, 6 March 2013

UPDATE LAHAD DATU : GAMBAR 8 PEJUANG NEGARA YANG TERKORBAN !!! JOM SEBARKAN !!! #LahadDatu





SUMBANGAN KEPADA KELUARGA PERWIRA TERKORBAN MELALUI TABUNG KEBAJIKAN PDRM

Pihak polis menerima pertanyaan daripada masyarakat prihatin yang menyuarakan hasrat mereka untuk menghulurkan bantuan kepada balu-balu dan anak-anak mangsa terkorban/cedera dalam insiden pencerobohan di Sabah. Sehubungan itu, segala bentuk bantuan boleh disalurkan melalui TABUNG KEBAJIKAN PDRM, Nombor Akaun Maybank: 564100004646 atau sumbangan cek boleh dihantar terus kepada Pegawai Kebajikan Pasukan Bukit Aman, Kuala Lumpur. Slip bank sumbangan boleh dikirim kepada Pegawai Kebajikan Pasukan di alamat Tingkat 26, Menara 2, 50560, Kuala Lumpur, emel : kebajikan_ba@rmp.gov.my atau fak: 03-26912501.

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian 03-22668036/8038.





Tuesday, 5 March 2013

UPDATE LAHAD DATU : VIDEO @11.00 #LahadDatu





LAHAD DATU: KENYATAAN MEDIA KPN

Pasukan keselamatan telah melancarkan tindakan 'offensive' terhadap kumpulan pengganas yang bertapak di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah pada jam 7.00 pagi tadi. Operasi ini dilaksanakan oleh PDRM bersama pihak ATM.

Sejak operasi ini dimulakan sehingga kini, masih terdapat tentangan dalam bentuk beberapa das tembakan yang dilepaskan oleh pihak musuh. Ketika ini 'mopping up' dan penggeledahan sedang dijalankan. Bagaimanapun, jumlah kematian dan kecederaan di pihak musuh masih belum dapat disahkan dan setakat ini tidak ada kemalangan di pihak pasukan keselamatan.

Oleh itu semua pihak dinasihatkan agar tidak membuat andaian atau spekulasi tentang sebarang kehilangan nyawa memandangkan operasi ini masih lagi berjalan. Berita-berita yang tidak tepat boleh menjejaskan operasi ini.

Orang ramai tidak perlu bimbang kerana operasi ini hanya dilancarkan di Kampung Tanduo sahaja. Oleh itu orang ramai dinasihatkan supaya tidak masuk ke kawasan operasi dan seterusnya menerima arahan dan mematuhi nasihat pihak polis yang bertugas di sekatan jalanraya yang menghala ke Kampung Tanduo.

UPDATE OPS SULU : CERITA 6 PERJUANG MALAYSIA YANG TERKORBAN YANG WAJIB KITA BACA !! #LahadDatu

\\

Barisan perwira yang gugur dalam mempertahankan keamanan dan keselamatan negara.
Allahyarham Supt Ibrahim bin Lebar, 52 tahun berasal dari Besut, Terengganu dan bertugas di Cawangan Khas Bukit Aman. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial dari Universiti Sains Malaysia, beliau meninggalkan seorang balu Puan Rosiah bt Dahlan, 52 dan 3 orang anak masing-masing berusia 22, 20 dan 17 tahun. Jenazah dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan USJ 20, Subang Jaya pada jam 9.00 malam ini.

Mendiang ASP Michael Padel, 36 tahun berketurunan Bidayuh dan berasal dari Serian, Sarawak. Bertugas di Cawangan Khas IPD Semporna dan meninggalkan seorang balu Puan Jabah a/p Mingku serta seorang anak lelaki berusia 1 tahun. Jenazah mendiang akan dibawa pulang ke Kg Bidayuh, Tebakang, Serian untuk disemadikan.

Allahyarham Sarjan Baharin bin Hamit, 49 tahun berasal dari Alor Gajah, Melaka dan bertugas di Cawangan Khas IPK Sabah. Beliau meninggalkan seorang balu, Puan Sumati binti Suarah, 50 tahun dan dua orang anak berusia 16 dan 11 tahun. Jenazah akan disembahyangkan di Masjid Nur Islam IPK Sabah dan akan dikebumikan di Jalan Tuaran, Kota Kinabalu pada jam lebih kurang 3.00 petang ini.

Allahyarham Sarjan Aziz bin Sarikon, 52 tahun bertugas di PGA Batalion 14 Semporna, Sabah. Beliau meninggalkan seorang balu, Sitti Banddorah Bt Mahalil, 39 dan 4 orang anak, 2 lelaki dan 2 perempuan yang masing-masing berusia 18, 15, 12 dan 7 tahun. Jenazah Allahyarham akan disembahyangkan di IPD Semporna untuk dikebumikan.

Allahyarham L/Kpl Mohd Azrul bin Tukiran, 27 tahun berasal dari Klang, Selangor dan bertugas di Batalion 14, PGA Tawau. Beliau yang masih bujang merupakan anak keenam daripada tujuh adik beradik. Jenazahnya akan dibawa pulang ke rumah ibu bapanya di Jalan Teluk Kapas, Kampung Rantau Panjang, Klang dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Shapadu, Kg Panjang, Klang.

Allahyarham Kpl/S Salam bin Togiran, 42 tahun berasal dari Sandakan, Sabah dan bertugas di IPD Tawau. Beliau meninggalkan seorang balu, Puan Marlinah binti Utan dan 4 orang anak berusia 16, 13, 11 dan 1 tahun. Jenazah telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 15, Jalan Apas, Tawau.

Pemergian perwira-perwira negara ini akan dikenang oleh seluruh rakyat Malaysia. Jasamu, baktimu, pengorbananmu akan teguh di sanubari rakan seperjuangan dan menjadi azimat untuk terus berbakti kepada agama, bangsa dan negara.

al-fatihah ~

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...