sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Thursday 1 August 2013

TERKINI !!! LAGI KES TEMBAK !!! KINI DI IPOH !!! MUSIM MENEMBAK KE SEKARANG NI ?? @PDRMsia @zahid_hamidi @NajibRazak #ISA

Lagi Kes Tembak Melibatkan Pemandu Van Kilang di Perak

GAMBAR HIASAN



IPOH - Seorang pemandu van kilang ditemui mati dengan dua kesan tembakan di atas kiri perut dan bahagian kanan bawah pinggang di persimpangan Jalan Permai Utama, Parit Buntar di sini hari ini.

N. Jeevandran, 26, ditemui mati dalam keadaan telentang di tepi simpang sebelah kiri bahu jalan.

Turut ditemui di tempat kejadian motosikal jenis Honda EX5 warna merah miliknya, tiga kelongsong peluru, dompet mangsa mengandungi butiran diri dan wang tunai RM60 serta telefon bimbit jenis Nokia.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Kerian ASP Hilmi Ahmad berkata mangsa memberitahu kakaknya untuk keluar rumah kerana urusan kerja pada 9.40 pagi, namun 10 minit kemudian kakak mangsa dimaklumkan oleh jiran bahawa adiknya terlibat dalam kemalangan.

"Tiba di lokasi kejadian, kakak mangsa mendapati mangsa berada dalam keadaan telentang dan masih bernafas tetapi tidak boleh bercakap. Lebih kurang lima minit kemudian mangsa mati di tempat kejadian," katanya melalui khidmat pesanan ringkas hari ini.

Mayat Jeevandran dihantar ke Hospital Parit Buntar untuk bedah siasat.

Hilmi berkata siasatan awal mendapati mangsa yang berasal dari Taman Seri Semarak, Parit Buntar itu mempunyai lima rekod jenayah lampau.

Beliau berkata berdasarkan maklumat daripada tiga guru di sebuah tabika berhampiran lokasi kejadian, mereka terkejut mendengar dua das tembakan.

"Melalui cermin sisi tabika itu, mereka nampak seorang lelaki jatuh dari motosikal dan menyangka mangsa hanya terlibat dalam kemalangan kerana tidak nampak suspek di tempat kejadian," katanya sambil menambah tiada saksi bebas yang melihat suspek melepaskan tembakan. - Bernama



APJ : Malaysia ni banyak musim diakan !!! hurnn , musim bus terbalik , musim menembak , huh banyak la musim dia lagi !! 

No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive