sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Friday 4 October 2013

GEMPAR !!! KHALID SAMAD SOKONG JUALAN ARAK DILARANG ??? @shaberyc @RameshRaoAKS


Apj mengikuti pertanyaan yang dibuat oleh saudara Ramesh Rao kepada Yb Khalid Samad di twitter mengenai penjualan arak secara terbuka 

Dalam jawapan kepada balas kepada saudara Ramesh Rao , Khalid menyokong penjualan arak dilarang dan diharamkan sama sekali di tempat terbuka dan kepada umat Islam. 

Saudara Ramesh Rao juga di lihat bersetuju dengan apa yang dikata oleh Yb Khalid Samad. Yb Khalid Samad berkata ' hanya Pas saja yang mampu berbuat demikian'  Saudara Ramesh Rao juga berikrar menyokong Khalid jika beliau benar-benar melakukan dan mendesak kerajaan Selangor khususnya dan Malaysia amnya untuk mengharamkan penjualannarak secara terbuka kepada orang awam. 


Apj teringat kisah Dato Hassan Ali yang di pecat daripada Pas kerana melarang dan bertindak tegas terhadap peniaga yang menjual arak kepada umum. Bukan sahaja kepada bukan Islam tetapi juga pada orang Islam. 

Apj harap Khalid Samad tak mendapat nasib sama seperti Hasan Ali. Jika benar ikhlas Apj turut menyokong penuh Khalid Samad. 

Kepada Yb Khalid , kita gempur pusat jualan arak , pusat urut dan pusat pelacuran yang bersepah di Selangor , pedulikan DAP nak kata apa . 

Apj juga tabik kepada Saudara Ramesh Rao, walaupun dia bukan muslim tetapi beliau tidak mahu orang-orang Islam terjebak dengan Arak. 


No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive