sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Wednesday 9 October 2013

GEMPAR !! TPM KENA SERBU DI SUNGAI LIMAU SEMALAM !! #PrkSgLimau








Semalam Di Kubu Kuat Pas di Sungai Limau , TPM dan jentera parti BN telah bertemu dengan masyarakat di sana , memang ramai yang hadir. Maklumlah Timbalan Perdana Menteri datangkan... 

Dalam ucapannya TPM berkata , Barisan Nasional (BN) bersedia menghadapi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Sungai Limau kerana mahu menawarkan khidmat bakti kepada rakyat.

Walaupun Dun Sungai Limau dianggap kubu kuat Pas, tetapi BN juga pernah menang di kawasan Dun itu. Jadi insya'Allah BN akan berkerja dan berusaha bersungguh-sungguh untuk menawan Dun Sungai Limau.

"Prospek menang ada. Tak boleh andaikan hanya kerana sejarah kawasan ini dimenangi oleh Pas yang terakhir oleh Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak (pada pilihan raya umum ke-13).

"BN macam biasa nak tawarkan khidmat bakti dan perjuangan yang kita boleh lakukan untuk membela penduduk di Sungai Limau. Sebab itu kita bersedia bertanding, buat yang terbaik supaya Dun Sungai Limau akan terus dimajukan dan dibangunkan," katanya selepas mengadakan pertemuan dengan pimpinan BN dan Umno peringkat negeri Kedah dan Bahagian Jerai di sini hari ini.

Katanya BN telah mempunyai profil pengundi di kawasan Dun Sungai Limau supaya ia dapat memenuhi aspirasi pepiala malaysiangundi serta membantu mereka. - Bernama

No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive