sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Monday 7 October 2013

TERBAIK !! TOK ALI ANGKAT SUMPAH SENATOR BERSAMA YANG LAIN !!



Bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Mohd Rustam adalah antara empat individu yang mengangkat sumpah jawatan sebagai senator di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang hari ini.

Tiga lagi ialah Pengerusi Barisan Nasional Parlimen Batu Datuk Yahaya Mat Ghani, 55, Timbalan Ketua Umno Putrajaya Datuk Khairudin E.S. Abd Samad, 59, dan Ketua Pemuda Umno Gombak Datuk Megat Zulkarnain Omardin, 44.

Kesemua mereka dilantik buat pertama kali untuk tempoh tiga tahun berkuat kuasa hari ini.

Pelantikan Mohd Ali, 64, diusul oleh Ketua Menteri Melaka Datuk Idris Haron semasa persidangan Dewan Undangan Negeri Melaka Rabu lepas dan dipersetujui oleh 20 daripada 28 anggota dewan.

Mohd Ali menjadi ketua menteri Melaka selama 13 tahun sehingga PRU13 pada Mei lepas. Pada Ogos lepas beliau dilantik sebagai pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB).

Sementara itu, dalam ucapannya pada majlis yang berlangsung di Dewan Negara, Abu Zahar menginggatkan anggota dewan agar berusaha memahami, menghayati, mempertahan dan mendukung Perlembagaan Persekutuan.

Beliau turut menasihati mereka supaya tidak sesekali melanggar dan mengingkari sumpah setia yang telah dilafazkan. - Bernama

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive