sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Monday 28 October 2013

PANAS !! AKHIRNYA PAS KEDAH MENGAKU MENIPU PENGUNDI SG LIMAU !!! #PRKSGLIMAU #BERANIHIJRAH @tunfaisal @tengkuadnanreal


Kecoh hari ini pasal Pas menipu pengundi Sungai Limau dengan membuat gambar palsu menunjukkan calon Pas Mohd Azam sedang berjumpa Allahyarham Ust.Azizan,

Gambar itu sebenarnya adalah gambar wartawan Sinar yang bertemu dan menemuramah Ust Azizan dahulu , terdesak ingin menunjukkan bahawa Mohd Azam baik dengan Ust Azizan tetapi kantoi dengan penipuan mereka. 



Pas Kedah hari ini mengaku satu daripada gambar kempen calonnya merupakan gambar palsu dan mereka sedang menyiasat bagaimana perkara itu boleh berlaku.

"Pihak kami tidak tahu bahawa gambar tersebut bukan asli dan Pas langsung tidak ada niat untuk mengadakan sesuatu yang tidak ada," kata Pengarah Operasi Pas bagi kempen PRK Dewan Undangan Negeri Dun Sungai Limau, Datuk Amiruddin Hamzah dalam sidang media, di sini.

Beliau mengulas penyebaran risalah kempen yang memaparkan gambar calonnya untuk PRK itu Mohd Azam Abd Samat bertemu dengan Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak, di pejabatnya ketika Azizan menjadi Menteri Besar Kedah.

Namun, akhbar Sinar Harian mendedahkan gambar itu sebenarnya gambar kunjungan mesra dua pemberita kanannya ke atas Allahyarham pada 25 Mei 2011 dan telah diubah suai menerusi teknik 'photoshop' bagi menampal wajah Mohd Azam pada wajah seorang daripada pemberita mereka.

Mengulas lanjut, Amiruddin berkata, pihaknya akan meminta penjelasan daripada pereka grafik yang menghasilkan bahan kempen berkenaan.

Beliau juga mengaku lazimnya sebelum bahan kempen dicetak, pereka grafik akan menyerahkan contoh profil kepada mereka untuk diedit dan ditambah baik sebelum diserah semula bagi tujuan pencetakan.

Katanya Pas Kedah akan menarik balik risalah berkenaan dan mengeluarkan profil baharu dalam masa terdekat.


No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive