sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Saturday 12 October 2013

PANAS PEMILIHAN !!! APA KES NI SAMPAI KENA HALAU !!! HUH !!! @NajibRazak



Pengerusi Badan Perhubungan Umno Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin meluahkan rasa kesal dengan kejadian sekumpulan petugas media diusir daripada Mesyuarat Perwakilan dan Pemilihan Pemuda Umno Pasir Gudang hari ini.

Mohamed Khaled yang juga Ketua Umno Bahagian itu berkata pihak berkenaan sepatutnya lebih peka dengan tugas orang media yang mahu membuat liputan pemilihan berkenaan.

"Dia sepatutnya cakap dengan baik... gunakan cara yang lebih sopan dan berhemah supaya tidak mengguris hati mana-mana pihak," kata Mohamed Khaled yang juga Menteri Besar Johor ketika dihubungi. Beliau mengulas kejadian yang berlaku di Dewan UniKL Bandar Seri Alam, di sini apabila petugas media yang mahu membuat liputan dikatakan diusir keluar dari dewan itu oleh Pengerusi Tetap Pemuda Pasir Gudang Moeinuddin Zakaria.

Kejadian dikatakan berlaku apabila petugas media terbabit yang menyangka proses pemilihan sudah berakhir memasuki dewan itu bagi menemu ramah calon. - BERNAMA

Apj juga kecewa apabila rakan-rakan media yang menjalankan tugas telah dihalau di Johor ini , semoga tidak terjadi lagi perkara ini dan memalukan Umno saja.m

No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive