MH370

MH370

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

sahabat-sahabat APJ

Wednesday, 16 October 2013

GEMPAR PRK SG LIMAU !!! PERTEMBUNGAN 3 PENJURU DI JANGKA DI SG LIMAU !!! @MukhrizMahathir


Kesempatan bertemu bekas calon bebas Dun Sungai Limau pada PRU13 lalu baru-baru ini membawa berita yang menambahkan kehangatan Pilihanraya Kecil Sungai Limau awal bulan depan. 

Abdullah Hashim adalah salah seorang calon bebas yang bertanding dalam pilihan raya 13 dahulu bersama seorang lagi calon bebas iaitu Cikgu Sobri Ahmad menentang calon Bn dan penyandang Allahyarham Ust Azizan .


Banyak diceritakan tentang isu semasa dan keadaan terkini di Sungai Limau. Beliau yang di kenali sebagai Lah 46 oleh penduduk sekitar Sungai Limau. 

Apj ada usik-usik pasal PRK Sungai Limau nanti , adakah beliau ingin sekali lagi bertanding di Sungai Limau , katanya Insya'Allah jika ada rezeki !! Wahh nampaknya kalau betul dia turut serta ke gelanggang PRK Sungai Limau makin hangatla PRK ini hahhaa.. 

Sambil hirup kopi di sebuah gerai , beliau berkata , Sungai Limau perlu pembangunan seiring kemajuan negeri Kedah . Di sini kebanyakkan penduduk adalah pesawah dan nelayan ... Banyak benda yang perlu di perjuangkan untuk rakyat ... 

Selamat maju jaya Abg Lah 46. 

No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive