sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Saturday, 5 October 2013

HOT FILEM !! KL GENGSTER 2 SETARAF FILEM ANTARABANGSA !!




Masihkah anda ingat kepada Malik, Jai, Shark, Ajib, Abang Long Fadhil dalam filem KL Gangster yang berjaya mengutip RM11 juta pada tahun 2011?

Filem yang berjaya mencetuskan fenomena itu kembali dengan sekuel kedua di mana ia membawa penonton melayari kisah kumpulan gangster terbabit termasuk Malik, sebelum dia menjalani hukuman penjara lima tahun.

Biarpun berdepan dengan masalah cetak rompak sebelum ia ditayangkan, namun filem yang menelan belanja RM4.5 juta ini nampaknya masih menjadi pilihan ramai apabila mengutip RM700,000 sejak ia ditayangkan secara 'sneak preview' pada 27,28, 29 September dan ditayangkan secara rasmi pada 3 Oktober lalu.

Malah, tinjauan yang penulis jalankan mendapati, beberapa orang yang pernah menonton filem ini di alam maya mengakui menonton di pawagam lebih memberi kepuasan dari segi visual dan audio yang lebih memuaskan, serta beberapa babak yang lebih
kemas suntingannya.

Ternyata bayaran untuk tiket wayang tersebut amat berbaloi kerana semua berpuas hati dengan hasil tangan anak muda berusia 29 tahun ini dan ada yang menyamakan filem arahan Syamsul Yusof ini dengan beberapa filem aksi dari Hong Kong dan luar negara.

Aksi lebih mantap

Tidak hanya memaparkan muka lama seperti Aaron Aziz, Adi Putra, Syamsul Yusof, Zizan Razak, Sofi Jikan, filem ini juga turut memperlihatkan aksi Rosyam Nor yang lebih lasak dan kejam.

Ternyata, biarpun sudah menjangkau usia 46 tahun, aksi Rosyam masih berbisa dan lakonan yang diberikan juga cukup berkesan sehingga mengundang rasa 'benci' penonton terhadap wataknya iaitu Tailong.

Sikap tidak mempunyai hati perut membuat Tailong akan membuat apa sahaja bagi memastikan dia dapat menguasai bandar Kuala Lumpur.

Selain itu, anda juga akan disajikan aksi demi aksi yang lebih mantap, lasak dan mengerikan. Malah ada ketikanya aksi-aksi yang dipaparkan akan membuatkan anda 'sesak nafas'.

Bagi mereka yang mengimpikan melihat gandingan mantap dua aktor kelahiran Singapura, Aaron Aziz dan Adi Putra untuk babak berlawan, filem ini bagai merealisasikan impian anda.


Drama dan emosi

Tidak hanya memaparkan babak aksi semata-mata, Syamsul juga tidak lupa untuk menyelitkan beberapa drama bagi mencantikkan lagi filem ini.

Antaranya adalah sikap Jai yang sebenarnya amat menyayangi seluruh keluarganya namun niatnya untuk membantu keluarga di jalan yang salah menyebabkan dia dibenci ibu sendiri.

Begitu juga dengan sikap Shera yang sebenarnya adalah seorang gadis yang baik dan mendengar kata, namun berubah sikap setelah dirogol Tailong.

Syamsul juga tidak lupa untuk menjelaskan asal-usul Shark yang sebelum ini menjadi pertikaian dan mengapa dia membenci bapanya serta siapa ibunya yang sebenar.


Pantun Ajib

Perkara paling menarik dalam filem ini adalah dialog Ajib lakonan Sofi Jikan yang sentiasa berpantun dan ayat yang dituturkan saling berkait.

Biarpun nampak mudah, akui Sofi dia hampir pecah kepala memikirkan dialog sebegitu dan paling penting ia perlu nampak jahat dan berbisa.

Pastinya beberapa pantun Ajib selepas ini akan menjadi ikutan ramai apatah lagi ada di antara pantunnya kedengaran lucu tetapi bermakna.

Secara keseluruhan, bagi mereka yang masih belum atau hanya pernah menyaksikan filem ini menerusi VCD cetak rompak atau alam maya, nasihat penulis, saksikan filem ini di pawagam untuk merasai aksi sebenar dan penangan Syamsul kali ini.

KL Gangster 2 mengisahkan Malek dan Jai mula berkecimpung dalam dunia gangster selepas bapa mereka meninggal dunia sepuluh tahun lalu. Selepas kematian bapa mereka, Malek, Jai dan ibu mereka sering diugut oleh gangster berikutan hutangnya bapa yang masih belum dilangsaikan.

Akibat terdesak, Jai sanggup melakukan apa sahaja termasuk jenayah asalkan mendapat duit banyak. Tingkah laku Jai ditentang oleh Malek dan ibu mereka sehingga mengakibatkan keluarga mereka tidak bersatu.

Perkara bertambah buruk apabila Malek mengetahui adiknya, Shera telah dirogol dan ibunya disahkan menghidap kanser.


SINAR 


APJ : SOKONG FILEM TEMPATAN !! 

No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive