Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh, Salam bahagia dan Salam 1Malaysia kepada Perdana Menteri Malaysia, YAB Datuk Seri Najib Razak serta Setiausaha Agung UMNO Malaysia, YB Datuk Seri Tengku Adnan bin Tengku Mansor.
Surat ini ditujukan adalah untuk memohon pencerahan tentang perlembagaan UMNO Malaysia yang mana Sangkakala lihat telah dilupakan ataupun mungkin ianya terlepas pandang oleh kepimpinan UMNO Malaysia.
Pencerahan yang Sangkakala perlukan ialah tentang beberapa fasal tentang TataEtika Ahli.
PERKARA 2.
TAFSIRAN:
2.1.2 "TEMPOH PEMILIHAN" ertinya waktu yang bermula enam (6) bulan sebelum tempoh proses pemilihan yang ditetapkan oleh Majlis Tertinggi di semua peringkat parti yang berkenaan sehinggalah enam (6) bulan selepas tamat pemilihan tersebut. Tanpa menjejaskan apa apa maksud diatas, perbuatan perbuatan yang dilakukan sebelum atau selepas Tempoh Pemilihan itu akan diambilkira untuk menentukan niat perlakuan itu.
2.1.3. "BALASAN" termasuklah apa apa pemberian termasuklah wang ringgit, saham saham, konsesi, hadiah pakej percutian, makanan/jamuan, tambang, gelaran/anugerah dan perkara perkara lain yang dinyatakan di dalam etika Tataetika ini.
3. KESETIAAN
3.1.1. Patuh kepada Perlembagaan dan Tataetika Ahli.
5. SALAHLAKU
5.1. Rasuah/Sokongan Politik
5.1.1. Menyalahgunakan apa jua kuasa secara langsung atau tidak langsung dengan sendiri atau melalui mana mana orang lain bagi pihaknya dengan tujuan mendorong atau memaksa orang itu mengundi atau tidak mengundi mana mana orang dalam mana mana pemilihan parti bagi pihaknya sendiri atau bagi pihak lain.
CONTOH:-
(a) Menggunakan kedudukan atau kuasanya secara salah dengan membuat janji janji, memberi pangkat, anugerah/gelaran, peluang perniagaan bagi mendapat undi.
5.1.3. Memberi atau MENERIMA atau membenarkan ahli keluarga atau mana mana orang untuk memberi atau MENERIMA bagi pihaknya, secara langsung atau secara tidak langsung, kepada atau daripada mana mana Ahli yang lain apa apa jua hadiah, benda atau faedah sama ada secara zahir atau sebaliknya bagi mendorong seseorang Ahli supaya mengundi atau tidak mengundi dalam mana mana pemilihan parti bagi pihaknya sendiri atau bagi pihak lain.
CONTOH:-
Menerima sebarang bentuk hadiah atau benda sebagai imbuhan misalnya:-
- Tambang percuma
- Kemudahan perjalanan
- Perkhidmatan
- Saham saham
- Konsesi
- Kontrak
- Hiburan
- Gelaran atau anugerah
Dalam soal ini Sangkakala ingin membuat pertanyaan tentang seorang Senator yang mengangkat sumpah pada hari ini dan beliau ialah YB Datuk Yahaya Mat Ghani @Abbas.
Datuk Yahaya sebenarnya bertanding pada pemilihan UMNO sebagai Ketua Bahagian UMNO Batu Wilayah Persekutuan dan beliau pada hari ini telah mengangkat sumpah sebagai Senator.
Bukankah dalam perlembagaan UMNO dalam Tataetika ahli perkara 2 perenggan 2.1.2 jelas mengatakan tempoh pemilihan adalah 6 bulan sebelum dan selepas tarikh pemilihan di semua peringkat.
Jadi Sangkakala ingin juga bertanya tentang penerimaan Anugerah atau Gelaran iaitu dalam perkara 5 Tataetika Ahli Perenggan 5.1.1 dan perenggan 5.1.3 perkara sama seperti yang Sangkakala nyatakan diatas dimana Datuk Yahaya Mat Ghani telah menerima gelaran sebagai Yang Berhormat Senator.
Jadi disini apa yang Sangkakala lihat, amat jelas bahawa Datuk Yahaya telah melanggar Tataetika Ahli dan perkara ini perlu dilihat secara serius.
Sangkakala amat berharap agar perkara ini dapat diselesaikan dengan segera agar ianya tidak dilihat seperti kita mencipta tapi kita melanggar perlembagaan tersebut.
Apa yang Sangkakala lihat ialah, Datuk Yahaya boleh meneruskan jawatan beliau sebagai Senator tetapi kelayakan untuk bertanding rasanya perlu ditarik balik kerana ini dilihat memberikan kelebihan kepada beliau untuk memenangi kerusi Ketua Bahagian Batu dan UMNO seolah olah menidakkan keadilan untuk calon calon lain yang turut sama bertanding.
Berbeza dengan perlantikan Datuk Ali Rustam yang mana beliau telah diisytihar menang tanpa bertanding sebagai Ketua Bahagian dan tiada siapa yang akan merasa terpinggir atau tersisih sepertimana yang berlaku di bahagian Batu terdapat dua lagi calon yang akan bertanding merebut jawatan tersebut dan apabila Datuk Yahaya menerima jawatan sebagai Senator, ini memberikan kelebihan kepada beliau dan bagaimana pula dengan dua calon lagi?
Keadilan harus diberi kepada semua calon demi untuk merealisasikan demokrasi dan transformasi yang dilaung laungkan oleh kepimpinan tertinggi serta seluruh ahli UMNO di semua peringkat.
Sangkakala menulis surat ini adalah untuk mendapatkan keadilan bagi semua calon yang bertanding dan pada Sangkakala tak salah kalau Sangkakala menegur kepimpinan yang ada kemungkinan terlepas pandang akan perkara ini demi untuk kesejahteraan dan kebaikan UMNO itu sendiri.
Sekian
SANGKAKALAJARI9
4 comments:
berapa banyak kau dapat bayaran post2 mcmni? share sikit..
Banyak jugak ... boleh la buat bangalow 3, 4 biji .... hihi .. mohon pencerahan
Ini bukan soal bayaran tapi keadilan utk semua.Kalau diteliti kterangan di atas mmg UMNO Ibupejabat harus beri pncerahan agar semua pihak bpuas hati jgn smpi nti akar umbi bsuara seolah2 UMNO spt ibu ketam mgajar anaknya berjalan. Buat Abas tahniah diucapkan tapi jgn rs bangga dg jawatan Senator krana itu amanah y perlu dilaksanakn.Jgn asik fikir nk kmbungkn poket sndiri je tpi bangsa Melayu tk terbela di Kuala Lumpur.satu lg nk bgtau mmg patut di sokong dia d gugurkn klayakan bertanding sbgai calun Ketua Bahagian krana fakta2 y dijelaskn di atas
Ya itu sebenarnya .. kita mahu pencerahan
Post a Comment