1. Mesyuarat perwakilan bahagian/sayap:* Pendaftaran perwakilan bermula 8 pagi, dengan mengemukakan kad pengenalan.* Persidangan bermula mengikut agenda mesyuarat termasuk pembentangan penyata tahunan, pembentangan penyata kira-kira sebelum menyerahkan mesyuarat kepada Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO Bahagian untuk proses pemilihan parti.
2. Pengundian.* Perwakilan mendaftar untuk memperoleh set kertas undi.* Perwakilan mengisi nombor calon pilihan mereka di petak kertas undi berdasarkan jawatan dipertandingkan.* Perwakilan memasukkan kertas-kertas undi ke dalam peti undi mengikut jawatan dan peringkat (pusat/bahagian).* Selepas selesai pemilihan, perwakilan akan meneruskan mesyuarat untuk agenda seterusnya, manakala peti-peti undi dibawa ke dewan pengiraan undi.Proses pengundian dilakukan secara berasingan bagi setiap sayap parti.
3. Pengiraan:* Pengiraan kertas undi dilakukan di bahagian masing-masing.* Semakan kertas undi dilakukan mengikut kategori undi sah, undi rosak, undi ragu di hadapan wakil calon dan diasingkan mengikut nombor calon.* Pengiraan dilakukan mengggunakan mesin pengira kertas undi.* Ketua pusat daerah mengundi membuat penjumlahan undi keseluruhan dan akan disahkan oleh pemeriksa kira-kira/auditor dilantik.* Pengiraan undi untuk jawatan anggota Majlis Tertinggi dan Exco ketiga-tiga sayap dilakukan di bahagian.
4. Pengumuman keputusan* Pengumuman keputusan bagi peringkat bahagian dilakukan Pengerusi Tetap bahagian.* Pengumuman keputusan pemilihan jawatan peringkat pusat dilakukan oleh Ibu Pejabat Umno.
5. Dokumentasi:* Semua kertas undi akan direkod dan disimpan untuk suatu tempoh tertentu bagi tujuan rujukan.* Semua dokumen proses pemilihan akan disimpan Ibu Pejabat Umno di Kuala Lumpur.Pada pemilihan kali ini, 146,000 perwakilan akan mengundi serentak memilih barisan kepimpinan peringkat bahagian manakala 100,000 perwakilan bagi Wanita, Pemuda (70,000) dan Puteri (50,000).
No comments:
Post a Comment