sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Sunday 13 October 2013

HOT PEMILIHAN !!! 23 MUKA BARU TERAJUI SAYAP PARTI DI KEDAH @MukhrizMahathir

Ketua Pemuda baru Jerai


Sebanyak 23 muka baharu akan menerajui tiga sayap Umno Bahagian di Kedah selepas selesainya proses pemilihan ketiga-tiga sayap di 15 bahagian di negeri ini awal hari ini.

Daripada jumlah itu, 11 orang menang tanpa bertanding iaitu tiga bagi pergerakan Wanita, satu bagi Pemuda dan tujuh bagi Puteri Umno.

Paling banyak muka baharu ditampilkan adalah Pemuda Umno iaitu seramai 12 orang disebabkan ramai pemimpin Pemuda bahagian tidak mempertahankan jawatan atas faktor usia sudah melepasi 40 tahun. Daripada 15 bahagian, hanya empat Ketua Pemuda sebelum ini yang bertanding mempertahankan jawatan mereka iaitu Shafiqrahman Shamsuddin (Kuala Kedah), Mahadzir Abdul Hamid (Sik), Shaiful Hazizy Zainol Abidin (Merbok) dan Mohd Mustaffa Shaik Ismail (Kulim/Bandar Baharu).

Bagaimanapun, Shafiqrahman kalah kepada Shahron Nizan Mohamad Zain, menjadikan beliau satu-satunya penyandang Ketua Pemuda bahagian yang tewas.

Bagi Wanita pula, lima muka baharu diketengahkan iaitu di Langkawi, Sik, Jerai, Sungai Petani dan Kulim/Bandar Baharu.

Di Langkawi, Hisham Suhaily Othman, Ketua Puteri bahagian sebelum ini, mengejutkan penyandang Meriyam Othman untuk menjadi ketua Wanita bahagian yang baharu. Di Kulim/Bandar Baharu, penyandang Ketua Wanita Bahagian Rokiah Hasan tewas kepada Nazira Abd Rahim.
Antara penyandang ketua Wanita bahagian yang kekal ialah Ketua Wanita Umno Kedah Datuk Maznah Hamid (Jerlun), bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mashitah Ibrahim (Baling) dan Exco Kerajaan Negeri Kedah Datuk Suraya Yaacob (Pendang).

Bagi pergerakan Puteri Umno, enam muka baharu dipilih Ketua Puteri iaitu di Langkawi, Kubang Pasu, Jerai, Kuala Kedah, Merbok dan Sungai Petani.

Bahagian Jerlun pula menyaksikan kemunculan semula bekas Ketua Puteri bahagian itu Yusmawati Yaacub. Yusmawati merupakan ketua Puteri bahagian itu pada pemilihan 2008 tetapi digugurkan daripada jawatan itu pada Jun 2011 berikutan kes di Mahkamah Syariah.

Pada pemilihan kali ini Yusmawati menewaskan pemangku Ketua Puteri bahagian yang merupakan bekas naib ketuanya Siti Hajar Hayazi.

Sebanyak 19,901 perwakilan mengundi pada pemilihan sayap bahagian di Kedah dan juga untuk jawatan sayap di peringkat pusat iaitu 10,056 bagi pergerakan Wanita, Pemuda (6,602) dan Puteri (3,243). - BERNAMA

No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive