sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Thursday, 10 October 2013

PENGUNDI2 DUN SUNGAI LIMAU SILA AMBIL PERHATIAN !!! @NajibRazak @MukhrizMahathir #PRKSGLIMAU




Pengundi di kawasan Dun Sungai Limau, Kedah boleh membuat semakan urusan pengundian menerusi laman web Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), SMS atau di Pejabat Pilihan Raya Negeri Kedah, bermula esok.

Pegawai Perhubungan Awam SPR Sabri Said dalam satu kenyatan hari ini berkata orang ramai boleh membuat semakan butiran peribadi seperti pusat mengundi, nombor saluran mengundi dan nombor siri mengikut Buku Daftar Pemilih Pilihan Raya bagi tempat mengundi masing-masing.

Beliau berkata pemilih berdaftar boleh membuat semakan menerusi laman web www.spr.gov.my atau menggunakan SMS dengan menaip SPR jarak-semak-jarak nombor kad pengenalan dan hantar kepada 15888 atau melalui telefon di talian 04-7001313.

Bagi pilihan raya kecil itu, SPR menggunakan Daftar Pemilih Induk 2012 bagi bahagian pilihan raya berkenaan yang digabungkan dengan Daftar-Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Pertama 2013 dan Suku Tahun Kedua 2013 yang dikemas kini sehingga 26 September lepas, mengandungi 27,222 pemilih berdaftar dan dua pengundi tidak hadir luar negara.

Kerusi Dun Sungai Limau kosong selepas penyandangnya Tan Sri Azizan Abdul Razak yang juga bekas Menteri Besar Kedah, dari Pas, meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar pada 26 September lepas berikutan jangkitan kuman dan kegagalan organ dalaman yang pelbagai, selepas lebih empat bulan mengalami masalah kesihatan yang serius.

SPR menetapkan 23 Oktober ini sebagai tarikh penamaan calon manakala pengundian pada 4 November jika ada pertandingan. - Bernama

No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive