sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Thursday, 3 October 2013

#PEMILIHANUMNO !! SURAYA MAKIN MATANG SELOK-BELOK POLITIK !! @NajibRazak @suraya_yaacob #suraya4NKW


Apj ada terbaca dalam sebuah majalah keluaran Utusankarya iaitu majalah 'Keluarga Harmoni' yang menceritakan tentang Datuk Suraya Yaacob. Apa yang menarik diceritakan di situ Apj kongsikan buat tatapan rakan-rakan pembaca.

CABARAN WAKIL RAKYAT WANITA


Suraya yang juga wakil rakyat bagi Dun Sungai Tiang dan di lantik menjadi Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembangunan Wanita dan Keluarga negeri Kedah ini mengakui bahawa beliau semakin matang dalam selok-belok politik. 


"Pengaruh wanita di akar umbi memang kuat. Pada 2004, saya menang majoriti 4250 undi ketika bertanding di Dun Sungai Tiang sebagai calon BN mewakili Puteri. Pada tahun 2008, saya menang mewakili Puteri dengan majoriti 3006 undi. Sokongan berganda apabila saya bertanding dalam PRU13 lalu sebagai calon wanita apabila berjaya dengan majoriti 6994 undi. 

Ini jelas menunjukkan bahawa jentera Wanita amat berkesan dalam pilihanraya. Bukan mudah sebenarnya untuk diserap dalam Wanita selepas menjadi pemimpin Puteri. Pada tahun 2009, hanya tujuh orang Ketua kita berjaya dalam semua segi, bukan sahaja hebat sebagai wakil rakyat bahkan mereka nak lihat anak kita pandai, kita sendiri pandai masak , seolah-olah seperti kita ini superwomen.

"Tidak hanya itu , saat saya diberi peluang sebagai Exco Pertanian Wanita , ia juga memberi cabaran tidak kurang hebatnya buat diri saya. Ia adalah bagaimana untuk melonjakkan sektor pertanian di Kedah. Ia sememangnya memerlukan komitmen yang tinggi terutamanya dalam mengubah mentaliti petani. Sikap 3T iaitu tabur , tunggu dan tuai ini sebenarnya harus dibuang demi sumber pendapatan petani. Disamping besawah mereka juga perlu gunakan masa menunggu hasil padi itu untuk mencari sumber pendapatan lain misalnya dengan menanam pokok kelapa atau menanam sayur. Kita harus tukar persepsi petani supaya menjadi agronomi. Kita ingin "meremajakan" sektor pertanian supaya dapat menarik minat lebih ramai anak muda terutama graduan pertanian. 

"Di Kedah, kita memang dikenali sebagai negeri jelapang padi.Namun pada saya kita tidak boleh bergantung pada tanaman padi semata-mata. Para petani perlu mengandakan lagi produktiviti menerusi kepelbagaian teknologi tinggi yang diperkenalkan. Kita tidak mahu sekadar mengeluarkan beras, tetapi kita mahu para petani mampu menghasilkan satu produktiviti baharu seperti adanya ricecrispy atau kuih tradisional yang berasaskan beras. 

"Begitu juga dengan para petani lain. Bagi mereka yang mempunyai tanaman cili misalnya boleh meningkatkan produktiviti dengan mengeluarkan cili boh pula. Kita mahu mereka menjadi usahawan bukannya sebagai penanam sayur semata-mata, " luah pemegang ijazah undang-undang dari cardiff universiti, United Kingdom ini. 



No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive