sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Tuesday 19 November 2013

GEMPAR !!! KARPAL SINGH MEMANG BUAT TAHI - ABU BAKAR !!!! @anwaribrahim @cmlimguaneng


Makin dekat dengan Muktamar Pas makin kita lihat macam-macam perkara berlaku , ada gaduh sama sendiri dalam Pas dan paling teruk adalah gaduh dengan manusia yang paling teruk di Malaysia iaitu Karpal Singh. 

Tapi bagi Apj ini adalah coretan sepanjang kempen Muktamar Pas , semua hanya topeng yang hanya mahu memenanggi jawatan dalam pemilihan di Muktamar Pas kali ini. Sebab tu kita lihat ramai yang tidak pernah bersuara tiba-tiba jadi singa !! sebelum ini serupa kambing !! 

Apj sememangnya tak berapa nak kenal dengan AJK Pas Pusat iaitu Datuk Abu Bakar Chik yang Apj lihat antara yang lantang ketika ini menentang Karpal Singh.


“Karpal memang buat tahi,” demikian reaksi Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Abu Bakar Chik berhubung kenyataan terbaru Pengerusi DAP, Karpal Singh yang dikatakan menyinggung perasaan ahli dan pemimpin Pas.

Menurut Abu Bakar, Karpal telah melakukan perkara yang tidak betul apabila mencadangkan supaya pendaftaran parti politik dan badan profesional berdasarkan agama dan kaum termasuk Pas, dibatalkan kerana membahayakan negara.

Malah, beliau turut bersetuju dengan pendedahan dibuat Naib Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Dr Raja Ahmad Iskandar Raja Yaacob kerana sememangnya Karpal membuat kenyataan itu, bukan diputar belit mana-mana pihak.

“Memang dia (Karpal) buat tahi, tapi insya-Allah kita akan basuh..kita tidak mabuk dengan tahi dia,” katanya dalam sidang media di pejabat Pas negeri, di sini semalam.

Beliau berkata sebagai mengulas kenyataan Karpal bahawa pertubuhan berasaskan agama dan kaum adalah sesuatu yang bahaya.

Kenyataan Karpal itu telah menyebabkan ahli Pas tersinggung dan tampil membidas kenyataan tersebut termasuk Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive