sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Friday 1 November 2013

PRK SG LIMAU !! TUDIAA !! MB KEDAH MAHU SG LIMAU SEBAGAI DUN ANGKAT JIKA MENANG !!! MANTAP !! @MukhrizMahathir #BeraniHijrah



Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata beliau akan menjadi anggota Dewan Undangan Negeri angkat Sungai Limau sekiranya Barisan Nasional (BN) menang pilihan raya kecil Dun itu pada 4 November.

Beliau berkata sekiranya BN diberi mandat, penduduk setempat bukan sahaja akan mendapat calon BN, Dr Ahmad Sohaimi Lazim yang mempunyai ijazah kedoktoran sebagai Adun, tetapi juga menteri besar sebagai Adun angkat yang akan memberi perhatian istimewa kepada mereka.

Pengerusi BN Kedah itu berkata ia juga selari dengan slogan PRK Pas iaitu 'Kekal', kerana penduduk Dun Sungai Limau akan turut memiliki seorang Adun menteri besar seperti sebelum ini semasa Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak menjadi Menteri Besar Kedah selepas Pilihan Raya Umum ke-12.

Mukhriz berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui tengah malam tadi sebelum bermalam di rumah keluarga angkatnya di Permatang Buluh, dekat sini.

"Pihak lawan menggunakan slogan Kekal, saya cuba nak faham apa maksudnya, dahulu kerana Adunnya bekas menteri besar...kalau nak kekalkan dengan calon Pas sekarang, maka Dun ini akan dapat wakil rakyat mewakili pembangkang," katanya.

"Maka itu satu perbezaan yang begitu ketara sekali dan tidaklah bersifat kekal, oleh kerana itu saya cadangkan kalau diberikan mandat ini kepada BN, barulah akan ada seorang Adun yang juga daripada parti memerintah dan saya sendiri melantik diri saya sebagai Adun angkat...maka itu paling terdekat kepada mengekalkan keadaan yang terdahulu," katanya.

Mukhriz berkata keputusan itu dibuatnya sendiri sebagai Menteri Besar dan perkara biasa dilakukannya bagi beberapa Dun yang BN pernah kalah sebelum ini.

Dalam perkembangan lain, mengenai kempen PRK Dun Sungai Limau yang berbaki tiga hari lagi, Mukhriz berkata sehingga hari ini perjalanan kempen bergerak lancar, dan BN telah bertindak cepat mengatasi sebarang masalah yang diterima daripada masyarakat setempat.

"(Tinggal lagi) ke depan ini kita (BN) nak pastikan semua jentera kita memahami tugas dan tanggungjawab pada Isnin ini, sebab hari itu agak kritikal kita nak jentera kita mantap pada hari itu, dari segi membantu pengundi datang ke pusat mengundi pada waktu ditetapkan seawal mungkin," katanya.

PRK Dun Sungai Limau Isnin depan diadakan bagi mengisi kekosongan kerusi penyandang, Allahyarham Azizan, dan menyaksikan pertandingan antara Ahmad Sohaimi dan calon Pas, Mohd Azam Abd Samat. - Bernama

No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive